Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 2 December 2015

MyWeddingJournal #4: Ini Soalan Temuduga Nikah Aku

Salam!
Hohoho (n_n) sekian lamanya aku cuba menyerap kuasa untuk kembali menulis blog, akhirnya muncul juga. Itupun cuma sipi2 je yang meresap. Haha lama gila aku tak BW blog rakan2 dan taulan sekalian. Aku agak bz..wuwuwu T_T

***************************************

Ha! Okay! Hari tu kan, aku dah pergi setelkan borang nikah dan biasalah kan, negeri Johor ni kalau nak kahwin, harus di-interview dulu. So, berikut adalah cerita aku masa pergi interview tu. Haha..

Masa kat meja kaunter tu, sorang staff tu check2 dokumen aku, pastu ada yang tak lengkap. Wuwuwu...kena turun balik pergi cari kedai fotostat. Lepas tu datang balik, nasib baik okay! So, terus je dia suruh masuk bilik interview. Nervous gila. Hahaha~

Bilik dia memang kecik gila. Letak je meja sebijik kat tengah, terus bilik tu jadi macam dua bahagian. Tepi meja memang takde laluan langsung sebab dia terus cecah ke dinding. Jahat betul bilik kecik camni. Kat depan pulak dah tercongok Ustaz yang nak tanye2 aku tu. Lagi ah nervous. Aku dah buat macam sopan-santun je. Maklumlah datang pakai jubah siap haa..orang lain relax je datang pakai jeans. (-..-')

Maka sesi interview pun bermula...

U: Kerja mana ni?
A: Kerja kat Senai.
U: Kerja apa?
A: Pereka grafik... (dalam hati aku dah malas nak layan, sebab aku fikir ustaz ni mesti sengaja tanya2 aku supaya aku lupa nota yang aku hafal malam tadi..haha)
U: Dekat Senai? Yang kedai dia dekat Econsave tu ea?
A: Ehh, taklah...Senai, kat tepi jalan besar.

(perbualan berterusan selama lebih 5 minit dan akhirnya rupa-rupanya dia pernah pergi tempat aku kerja tu sebab nak order design)

U: Design semua boleh buat lah ea? Banner bunting namecard boleh?
A: Boleh.
U: Okay lah, saya nak order namecard lah...
A: (=_=)...(adoi, dapat client pulak time2 camni)

(baaaaruuulah mula sesi interview nikah sebenar)

U: Hmm..okay! Nak tanya apa ek? Tadi dah tanya dah kan...
A: .....*gelak
U: Okay, mengucap 2 kalimah syahadah
A:.....*lafazkan 2 kalimah syahadah...

U: Apa dia tanggungjawab isteri?
A: Jaga maruah dan harta suami, mewujudkan pergaulan yang baik (ayat skema sebab hafal skema jawapan), pastu jangan keluar rumah kalau suami tak bagi...
U:  Kalau awak nak keluar jugak, tapi suami tak bagi camne?
A: Aaa...tak yah lah keluar....
U: Yeke?
A: ...err......
U: Kalau suami tak bagi, pujuklah suami tu. Pujuk pelan-pelan, cakap lembut-lembut, mesti dia bagi nanti...
A: ....*angguk-angguk setuju
U: Ini budak-budak zaman sekarang, kahwin muda-muda...sikit-sikit nak gaduh. Tak kasi keluar gaduh. Pujuklahh lembut-lembut, tau!
A: ....*sengih je

U: Rukun kahwin ada berapa?
A: Lima! (hahaha part ni aku semangat jawab, sebab aku dah baca malam tadi..hahaha)
U: Yeke?
A: Yeeee....
U: Apa dia?
A: Pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, lafaz nikah dan 2 org saksi.
U: Saksi kalau perempuan boleh?
A: Tak boleh.
U: Habis kalau yang aww aww (pondan)?
A: ....(ah, sudah. Benci betul soalan trick camni. Confuse! Haha)
U: Aww aww pun lelaki jugak..haa boleh tak?
A: Tak yah amek dia jadi saksi lahh...
U: Haha...tak yah amek ea? Ramai lagi lelaki yang tulen ye tak?

********************************

So, itulah dia antara soalan temuduga aku hari tu. Dia bukan setakat soal benda-benda yang ada dalam buku teks, tapi juga menyoal dengan memberi situasi dalam kehidupan realiti kita ni. So, time tu dapat lah ilmu tambahan kan. Hehe, apa pun interview aku hari tu santai2 saja..Alhamdulillah (n_n)


P/s: Next aku nak cerita masa aku ushar harga barang kat beberapa kedai borong barang perkahwinan kat Johor ni. Ada yang murah gila, dan ada yg mahal...stay tuned!


8 comments:

Raz said...

hahahaha lawak gak kan ustaz tu.. hahahahha.. saja nak bg soalan tu jadi tricky... hahahah

Zee Suhaini said...

lama tak apdet ingatkan dah selamat jadi isteri :)

eima said...

hahaha kami kat kedah tak interview .... selamat ... hahaha
nasib ko konpiden ... klu kurang konpiden mmg mcm soalan keluar katenye

Mommy Cici said...

hahaha rezeki betul dapat client time nerves. hehehe. btw I baru tau Johor kena interview befre nikah. ke I pernah di interview tapi I pun tak ingaat/ ahhahaha .

all the best babe. bila tarikhnya >,<

anajingga said...

selesai satu bab ye Lynn hihi legaaaa :) next??

IntaNBerliaN said...

ustaz ni nmpk mcm boleh melawak kan... kiranya mcm xdalah seram sejuk beria sgt kita.. hihi

ct cheery said...

Nak kawin kena interview ke? Aduyai..nervous tiba2 haha

Aisya Ahamad said...

Sempoi je ustaz tu eh. Buatnye dpt ustaz muka garang yg strict mau tercabut lutut agaknye. Hehehe