Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 29 March 2016

#2 HONEYMOON | Review Quayside Hotel, Melaka

Salam (n_n)
Hahaha~ yaa aku kembali dengan cerita honeymoon yang lama gila tergendala sejak awal bulan 3 yang lalu. Gila malas seyh~ Hahaha, ok biar aku recall sikit, aku tidur kat Melaka tu 4 hari, 3 malam. Malam pertama tidur di Heeren Guesthouse, dan malam kedua pula tidur di sini, iaitu di.... 

Hotel Quayside

Yeay, actually masa tahun 2014 dulu masa aku pergi dengan family aku, aku sangatlah teringin nak stay kat hotel ni, tapi sebabkan kami just pergi balik hari, so tak dapatlah. Sebab tu aku sangat teruja bila suami aku pun setuju untuk tidur kat hotel ni lepas kami check out daripada Heeren tu. Yahoo! Jom2 ikut aku :D

The Lobby and It's Interior

Lokasi Quayside Hotel ni memang tersangatlah mudahnya nak jumpa. Ia terletak di sepanjang tepi sungai Melaka yang di antara replika kincir air dengan muzium kapal besar tu ha. Memang srategik sebab dekat dengan segala tarikan pelancongan di situ.

Ini ruang lobi. Hujung sana tu receptionist. Buat masa skang, satu-satunya pintu masuknya adalah di bahagian belakang, bukan bahagian yang mengadap sungai. Kat situ ada parking reserved khas untuk guest Hotel Quayside ni :D





Style kan interior dia? Minimal tapi tetap nampak mewah! Best2! So, kami decide nak ambil bilik tingkat 2 yang mengadap sungai. Feeling2 Venice gitu lah kan, nak pergi betul-betul jauh ya amat. Hahaha~ so jom tengok bilik hotel Quayside ni pulak :D

The Room

Overall, bilik memang puas hati! Dengan viewnya yang cantik, ditambah pulak dengan facilities yang lengkap, kami puas hati dengan Quayside Hotel. 




Bathroom dia pun okay tapi sory gambar aku tak clear pulak nak up kat entry ni, so aku citer je lah ea. Bathroomnya ada cermin panjang melintang, shower jenis moden yang lekat kat siling tu, then paling penting ada banyak paip. Hahahaha tak macam kat Heeren tu :p).

Selain basic keperluan yang disediakan, terdapat jugak peti keselamatan dalam almari tu hah. Just in case korang nak tinggalkan barang berharga dalam bilik, boleh simpan dalam peti tu. Very nice!

The Precious View

Memang view daripada Quayside Hotel ni akan betul-betul mengadap Hotel Casa De Rio yang mewah ni haa.. dan btw, daripada sini pun boleh nampak hotel yang kami duduk malam sebelum tu iaitu Heeren Guesthouse tu...hehe ;)








Disebabkan kitorang sangat taksub dengan view daripada bilik kitorang, makan malam pun sanggup bungkus semata-mata nak makan dekat room balcony. Hahaha~ suasana dia sangat heaven dan menenangkan weh kalau malam. Sejuk je, aku sampai rasa sayang nak masuk tidur sebab esok-esoknya dah nak balik dah. Huwaa T_T...skang pun terbayang-bayang je sungai tu depan mata. Haha~

So overall, Quayside Hotel berbaloi kalau korang memang suka menikmati pemandangan yang menenangkan, di samping teringin nak merasa duduk di hotel-hotel unik macam ni. Kalau nak try, aku suggest pergi waktu hari biasa macam kitorang dulu, sebab kalau tak...harganya mahal nak mati!

Harga Bilik Hotel Quayside


Btw, kalau duduk kat Quayside Hotel ni, dapat FREE breakfast. Macam kitorang, kitorang memang duk kat room for two, so breakfast pun for two jugaklah kan. Breakfast kat mana? Haa...kat Halia Inc Cafe!!



Kalau korang tengok gambar atas ni, bahagian yang kiri dalam kotak tu adalah lokasi Quayside Hotel, dia bersambung dengan bangunan yang warna putih tu ha. Yang warna putih tu lah cafe untuk kitorang breakfast FREE tu :D


So, tunggu next entry okay kalau nak tengok camne ghopenye dalam Halia Inc. Cafe ni. Tu saja, thanx sudi baca (n_n)

P/s: masuk bilik hotel ni jangan suka sangat ye, kurang soundproof katanya~ Haha

4 comments:

Suriaamanda said...

Ntah bila dapat honeymoon berdua kat Melaka plak..#ehhh..jeles la plak ngan Lynn

babYpose said...

Tula lama tak ke melaka ni, cantik gambar semua, menarik window view tu.

Mommy Cici said...

wahh cantiknya. hrga family room pun okay lah kan sbb view cantik. tempat pun convenience tengah alam. hehehe. and betul. pipe pun sangat penting. I rimas tempat takde pipe ni. nak kena tadah bagai. I tak cukup modern lagi hahahha

eima said...

cantik .. rasanye klu naik bot tu nampak hotel ni ....tp harga boleh tahan la kan ... sbb river view kot ....
kesian pengantin baru bilik tak soundproof hehehehe