Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 1 April 2016

FREE Breakfast @ Halia Inc. Cafe, Melaka

Salam (n_n)
Okay ini sambungan daripada entry lepas, entry yang aku tidur kat Quayside Hotel tu, lepas tu dapat Free Breakfast kat cafe ni. So, this is the review about the cafe. Jom! (n_n)


Aku boleh cakap yang Halia Inc. Cafe ni adalah antara salah satu cafe hipster yang ada di bandar Melaka. Lokasi strategik, interior dan deco dia menarik dengan ada side bar yang river-view lagi, memang santai (n_n)!

The Interior & Deco
Cafe ni luas gila dan banyak bahagian. Tu belum masuk bahagian meja yang outdoor lagi. Memang besar betul tau, tengok ni...





That Free Breakfast
Free breakfast ni khas untuk guest yang menginap di Quayside Hotel sahaja. Dan yang bestnya tu, untuk breakfast tu dia bagi kita option, sama ada nak Western atau Malay Food. So, aku ni sebagai seorang mahkluk yang suka makan nasik, memang gembira lah bila ada menu nasik untuk sarapan! Hahaha (n_n)

Kitorang stay Quayside Hotel tu 2 malam, so dapat breakfast Free kat Halia Inc. Cafe ni pun 2x lah kan :D First day, kitorang pilih seat yang tepi dia real bricks ni. Second day duduk kat side bar yang mengadap Sungai Melaka. Duk situ best sebab dapat tengok gelagat tourists yang excited. Hahaha~

Ada satu group tourist yang entah daripada China ke Taiwan ntah, masing-masing pakai kemeja macam uniform gitu. Masalahnya, ade gambar KLCC kat kemeja tu. Dan masalahnya bukan sebijik KLCC, tetapi berbijik-bijik KLCC di kemeja mereka itu okay. Aku macam, doubleUTheeH!! Tergamak mereka pakai design baju macam tu?? I mean, kami ni adalah designer. So, design apakah itu??? Sangat menyakitkan hati tengok design kemeja ada KLCC bersepah-sepah macam tu. Urghhh terus stress jap. Hahaha~


Okay melalut pulak dah, so ini menunya. Dua hari Breakfast sini, dua-dua hari aku mintak nasi goreng kampung. Suami aku dia amek Western sesaje~ Hahah

Nasi goreng dia sedappppppp dan banyak! Western Food tu pun portion dia banyak! Puas hati lah, memang sedap. Nyum~nyum~ Then, untuk air dan roti-roti kita boleh amek sendiri. Aku ni kan orang kampung, so agak awkward lah nak pergi sapu-sapu roti dengan strawberry jam bagai. Jarang kot breakfast camtu, sebab tak kenyang! Tapi sebab dah free, maka aku amek jugak lah. Hahaha~


Ini dia syurga roti~ Sapu planta banyak-banyak, sapu jem banyak-banyak. Owh ye, kat situ pun ada Honeystar, Coco Crunch dan biskut-biskutan untuk diminum atau dicelup dengan susu / coklat sesuai untuk anak-anak korang makan :D


Cakes and Pretty Sweets Food

Semua nampak menarik, tapi aku tak amek pun. Sebab bukan FREE~ Hahaha :p



Harga Makanan Halia Inc. Cafe


So itulah dia sedikit review tentang Halia Inc. Cafe, Melaka ni. Dah nama cafe hipster kan, so rege dia pun boleh tahan lah jugak. Hipstaaaa lah katekan~~ Terima kasih sudi baca (n_n)

P/s: Kat Melaka memang kalau time hari biasa, lepas pukul 10 malam je memang susah gila dah nak cari makanan ek? Gua jalan jauh kot semata-mata nak cari sebutir nasi di tengah malam. Wuwuwu :'(

3 comments:

eima said...

ooo ptt la ckp free bfast .. rupanye hotel tu tak xde cafe so die tumpangkan customer die mkn kat restoren tu hehehehe

Jueliza Jamani said...

nice la hiasan dalaman dia..

Mommy Cici said...

mak oi babe. dia punya Fried Mee -___- tapi memang cantik lah cafe tu. and kalau makanan dia sedap , berbaloi lah >,<