Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 11 March 2016

#1 HONEYMOON | Review Heeren Guest House @ Melaka

Salam (n_n)
Aku baru balik honeymoon! Pergi Melaka je, sebab apa? Sebab kami ni #coupleuitm Lendu, so pergi Melaka sebab nak mengenang zaman-zaman bercinta dulu lah kononnya..poyo kan? Huahahaha~


Btw, aku dengan suami main redah je, tak booking-booking hotel pun sebab dua-dua suka berjalan ala-ala tourist. Haha, so kami turun je bas area bandar merah (Stadthuys), dan berjalan di sekitar Jonker Street untuk misi mencari hotel. Banyak! Serius banyak gila hotel dan guest house yang just nice yang membolehkan korang berlagak ala hipster di sana! Heheh~ 

Hotel Heeren Guest House yang aku nak review ni adalah salah satu hotel yang aku stay. Kalau dari jambatan yang ada Hardrock Cafe tu, korang belok ke belah kiri pada gerbang Jonker Walk, maka korang akan nampak ia terletak di hujung lorong tersebut.

Kalau nak tanya orang kat situ, tanya mana lokasi Balai Polis Unit Pelancong, sebab seberang Heeren Guest House tu adalah balai polis tersebut. Senang nak cari! :)



Sampai je depan pintu, kami tak sempat nak tercongok-congok pun sebab owner guest house tu dah bukak pintu dan approach kami dengan sangat chill! Ayat dia sangat catchy, membuatkan kami rasa macam dalam filem omputih pulak bila speaking dengan dia~ Kahkahkah!

"Come in! Let me show ya my favourite room..." kata beliau.

And no wonder lah apesal bilik tu jadi favourite room dia, sebab view daripada bilik tu sangat cantikkkkkk kot!!! So, kami terus book bilik tu untuk satu malam.

The Room





Konsep Heeren Guest House ni lebih kepada traditional, yang mana semua perabot dan dekorasinya banyak menggunakan kayu, termasuklah lah lampu hiasannya. Tv pun jenis tv lama. So pada anda yang suka tengok tv / movie kat bilik hotel, sorry lah ye..bilik ni tak sesuai untuk anda. Hehe :p


Some Problems Here 

Takde paip langsung dekat area toilet bowl, hanya ada tisu semata. Jadi, aku tutup lubang sinki dan penuhkan air di sinki. Then guna lah pape bekas untuk dijadikan gayung. Hahaha~ but it's okay, sebab aku still enjoy that problem. Benda-benda camnilah yang mampu membuatkan kita jadi kreatif :D
 
Our Free Breakfast

Breakfast kat ruang bawah. Guest House ni selain sediakan tempat untuk menginap, ia juga adalah cafe. So, kita makan di situ~ Hehe!




My Favourite View
Even takde paip, wifi lembap dan tv jenis old school, aku tetap suka sangat dengan bilik ni sebab viewnya tersangatlah cantik. Sebab ia terletak dekat selekoh jalan, so memang nampak liku-liku sungai tu. Bestttt sangat!!


Heeren Guest House, Melaka

Harga bilik kami (Room 4, Hang Tuah) untuk Low Season:
Rm161 (dah termasuk Rm2 untuk service charge & FREE breakfast for 2 adults)

Deposit: Rm20
(akan dipulangkan lepas serahkan kunci masa check out)

View: Sungai Melaka, Kincir Air, Menara Taming Sari dan Hotel Casa De Rio

Location:
-within 3 minutes to Jonker Walk & Hardrock Cafe
-within 10 minutes to Muzium Stadthyus and Bandar Raya Melaka

Counter Services: Very, very good!!

Overall Rate: 7/10

So, itulah dia cerita aku masa duduk di Heeren Guest House. Next is Quayside Hotel, yang terletak seberang je dengan hotel Heeren ni. Tepi sungai jugak, tapi moden dan cool~
 

 P/s: view Quayside Hotel ni cantik gila jugak!!

5 comments:

anajingga said...

wah wah honeymoon sambil throwback lah ni ye lynn, ni belah belakang dari river cruise tu kan lynn, menarik juga lah kan :)

Mommy Cici said...

babe cantiknyaaa view tu, mmg sesuai lah mood honeymoon. ala ala venice gtew kan

babYpose said...

Happy honeymoon!♡ best sangat hotelnya, view tu sangat menarik, lucky couple both of you :)

reenapple said...

Lynn... tahniah kau dah kahwin. :D

miss eimanhikmah said...

seronok jgk masuk hotel lama2 ni..bersih jgk kan...boleh try next time..