Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 2 June 2016

Aku & Bawal Ruffle Qimsani

Salam (n_n)


Aku adalah peminat tudung bawal. Dan hari ni aku nak share sikit kenapa aku suka gila dengan tudung Bawal Ruffle daripada Qimsani ni :D

1. Fabric ringan
Even harga dia Rm10 je, tapi kualiti memang tip-top. Paling best sebab takde lubang sangat bila kita cabut pin brooch daripada kain tudung tu. Lepas tu, bila fabriknya nipis dan ringan, mestilah pakai tak panas kan. So, memang selesa.

2. Tak panas
Sebab fabriknya nipis dan ringan, so amat selesa untuk aku lilitkan ia macam lilit shawl. Tetap rasa sejuk dan entahlah, sangat selesa lah pada aku.

3. Murah
Rm10 je sehelai. Tapi disebabkan owner Qimsani ni pemurah orangnya, kadang-kadang hujung minggu dia akan buat sale sehelai Rm8 je! Gila murah tahu! Design pun best, tepi dia ber-ruffle-ruffle gitu. Orang melayu kata macam ropol-ropol lah sikit gitu :p Hihi~

4. Mudah dibentuk dan digayakan
Yess!! Tersangatlah mudahnya. Sebab tu aku suka pakai tudung ni. Awning mudah bentuk even bukan kain cotton, dan senang pula nak digayakan dengan gaya lain selain selimpang hujung tudung tu kiri dan kanan.

Sekarang ni, aku dah ada 4 helai Bawal Ruffle daripada Qimsani. Dan aku suka pakai camni...


Tudung bawal je pun, tapi hasil lilitan seperti pakai shawl. Dengan tepi dia yang bergelombang-gelombang tu. Suka sangat (n_n) Hahah, ke mata aku sorang je yang nampak cenggitu? Hahahah..fine~ T_T

Ok, untuk orang Johor yang terasa nak jugak beli Bawal Ruffle Qimsani ni, boleh lah pergi Bateri ye, butik dia warna pink comel je. Banyak gila tudung dalam tu tau, segala keknis, instant shawl, halfmoon semua bagailah ada. Harga pulak memang sangat mampu milik punya. Hahah~



P/s: Sebab aku friends dengan owner Qimsani ni kat FB, tetiba rasa macam segan pulak nak pergi butik lepas dah tulis entry ni. Hahaha, saya ni pendiam orangnya, tulis kat blog je kepoh lebih..haha

 

6 comments:

Cici said...

cantik je tengok you pakai yang oi. I pakai senget benget -_- and lagi satu bawal kena gosok. i is pemalas. hahaha

eima said...

AI ADE SATUPEATERN MCM NI TP BKN BRAND NI BELI HARGA RM10 JUGA .. MMB NAMPAK CANTIK BAWAL YANG MCM NI TD NANMPAK OWNER BUTIK SUDAH HIGHLIGHT LYN HEHEHE

Encik Suami said...

Assalamualaikum.

Datang singgah n follow skali.wanita dan hijab mmg x dapat dipisahkan.mmg byk koleksi hijab dipasaran skrg nie.pestaim dengar hijab QIMSANI nie.mesti banyak koleksi peribadi kan?

wanihasmi said...

Sy pn peminat bawal.. simple & senang nak pakai.. hikhik
follow u sis.. jemput singgah blog sy =)

Wani said...

saya pun peminat bawal sis.. simple & senang nak pakai..
follow u sis.. jemput singgah blog sy =)

reenapple said...

Oh wow Lynn, lama aku tak jenguk sini.

Rindu zaman blogging. heheh

Apa apa pun aku suka bawal juga compare to shawl. Ahaa