Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Saturday, 9 July 2016

Happening Raya di Gopeng

Salam (n_n)


Hoho~ tahun ni first time aku beraya kat kampung suami di Gopeng, Ipoh. Meriah dan happening tak terkata tau! Aku pun tetiba hilang rasa segan, entah camana boleh blend dengan sedara-mara belah suami dengan cemerlang sekali! Hahahaha~

Banyak gila aktiviti masa raye kat sana, sampai-sampai je, kena kemas rumah lah dulu...

Malam pulak, ada macam berbuka ramai-ramai kat rumah Uci (nenek/opah). Sekali dengan sambut birthday sorang anak buah ni ha...berderet diorang makan sesama dengan pakai topi memasing..dah macam ahli sihir kenit dah aku tengok~ Hahah

Esok malam iaitu last berbuka puasa pun kami berbuka kat rumah uci, tu yang malam raya tu meriah temankan anak-anak buah dan anak sedara main bunga api...seronok betul ramai bebudak kat belah Gopeng ni, hihi (n_n)

Memang penat gila~ budak baju pink yang bulat tu beria nak naik beskal tapi tak reti kayuh. Tak nak 'merangkak' pulak aku tolakkan beliau ke hulu- ke hilir. Tak nak berhenti main pulak tu, nak tercabut tulang sebab penat gila, hahah (T_T)

Dah penat main dengan diorang, aku lari pergi umah kak sedara sorang ni, saje nak tolong dia buat brownies kedut. Datang jugak si kenit-kenit tu mengacau, hahadoi :D

Sampai je dapur, masing-masing dah 'wahh, coklat! wahh coklat!'. Pastu memasing nak tengok aku kacau periuk macam nak masuk sekali dalam periuk tu. Lawak betul bebudak ni :p

Dan tibalah keesokan harinya, iaitu HARI RAYE!! Yeayyyy!!!

Dan kami sedondon berwarna sehijau warna daun!!!



Sangat meriah dan seronok dapat beraya di Gopeng belah suami. Dan esoknya iaitu raya kedua, aku dan suami bertolak pulak pergi ke Jb, balik kampung aku pulak lah kan~ 


Hahaha...ni rombongan cik kiah yang hantar kitorang kat stesen ketapi. Naik ketapi dowh, first time in my life. Memang best! Haha nanti aku cerita ye...so tu saje cerita hari raya aku di Gopeng, Ipoh. Thanx sudi baca dan selamat hari raya untuk korang, maaf zahir dan batin ya.. (n_n)

P/s: baju aku dengan suami ala-ala warna kusyen kat rumah Uci. So penyamaran kitorang berjaya bila duduk berdua di kusyen tersebut :p

4 comments:

Mommy Cici said...

hahaha terus i scroll laju laju carik kusyen tu =p selamat hari raya dear. so next year turn rumah you pulak lak ye ?

amira faqihah said...

selamat hari raya :)

eima said...

tang mana sama kusyen nye ke tak de dlm gambar ....

syok ek raya pertama as a wife ni kan ... rasa best sgt kan ... tgu nk best lagi ade anak plak ... time tu lagi best

ct cheery said...

Selamat hari raya maaf zahir batin...best entry raya nih...meriah