Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Bagaimana sistem Affiliate Marketing. Show all posts
Showing posts with label Bagaimana sistem Affiliate Marketing. Show all posts

Monday, 11 May 2015

Pencerahan Tentang Affiliate Junction

(Entry sticky post..sila scroll untuk baca entry terbaru yang lebih hot :p haha)

Salam. 

Disebabkan Affiliate Junction dan program Smartshopper ni masih baru, dan memandangkan belum ada siapa lagi pun yang menerangkan secara telus tentang bagaimana ia berfungsi, maka aku ambil kesempatan ini untuk terangkannya pada anda. Harap sudi baca, aku tulis bukan untuk paksa anda join, tapi untuk beri anda kefahaman supaya anda takdelah tertipu if ada orang menyamar nak kelentong anda tentang Affiliate Junction ni, hehe :)

Industri Affiliate Marketing
Industri ini dah lama bertapak dalam mana-mana negara di dunia ni, terutamanya di Brazil. Brazil memang dah kira master dalam industri Affiliate Marketing ni. Kat Malaysia ni pun dah banyak syarikat yang buat teknik Affiliate Marketing ni, contohnya Lazada dan Zalora. Cuma kita sebagai rakyat marhaen tak panggil teknik tu sebagai Affiliate, yang kita tahu selama ni adalah, 'Kita tolong promote barang dan dapat komisen jika barang tu terjual'. And yes! Itulah kaedah Affiliate Marketing ni gamaknya. Guna orang tengah untuk dirujuk oleh orang ramai. Faham tak? :)

Tapi dalam banyak-banyak syarikat yang guna teknik Affiliate ni, takde satu syarikat pun yang buat offline Affiliate. Semua syarikat buat online Affiliate. Online Affiliate ni maksudnya 'orang tengah' tu berbentuk syarikat di alam maya contohnya laman web, blog dll. Contoh syarikat pula seperti:-
i. ZALORA, laman web mereka diibaratkan macam orang tengah (Affiliater) yang dijadikan rujukan untuk beribu-ribu koleksi baju daripada beribu-ribu jenama besar seperti Dorothy Perkins,  Alfio Raldo, River Island dll, kepada orang ramai.


ii. LAZADA, laman web mereka juga diibaratkan macam orang tengah (Affiliater) yang dijadikan rujukan bukan hanya pada pakaian, tetapi segala-gala keperluan dan kelengkapan daripada sekecil-kecil barang kepada sebesar-besar barang elektrik daripada pelbagai jenama even jenama terkenal pun 'guna' khidmat Lazada untuk promosikan barang mereka.



Banyak lagi syarikat lain contohnya Mudah, Amazon, Ebay, Alibaba dll. Pendek kata, syarikat-syarikat 'orang tengah' seperti itu adalah seperti platform yang dijadikan rujukan untuk menghubungkan antara ribuan peniaga dengan orang ramai.

Orang ramai merujuk laman-laman web 'orang tengah' ni bila nak beli barang, padahal jenama yang dia cari tu ada je website sendiri, tapi diorang lagi suka rujuk di 'platform orang tengah' bila nak beli barang. 

So bayangkan sekarang, 'jika laman web orang tengah itu adalah anda'. Orang yang dirujuk itu adalah anda; iaitu seorang individu. Bukan syarikat, bukan partnership. Beribu-ribu rakyat marhaen merujuk dengan anda untuk tahu kedai mana yang best? Kedai mana yang boleh dapat diskaun? kedai mana yang boleh bagi cash rebate? dll lagi pertanyaan.


Dan tugas anda hanya perlu: Aktifkan Mykad diorang, lepas tu rujuk diorang supaya pergi ke kedai-kedai / perniagaan yang dah pun berdaftar dengan Affiliate untuk berbelanja sambil nikmati diskaun / rebat tunai / lain-lain keistimewaan daripada kedai-kedai tersebut. Haa...inilah yang dinamakan OFFLINE AFFILIATE :) Kita hanya suruh mereka pergi je kedai-kedai tu, guna air liur je weh, tak perlu setup-setup webpage bagai gitu~~ lepas tu, anda pun dapat komisen :D Hahaha best kan?? 

Syarikat I Synergy International (M) Sdn. Bhd


Ya! Sebab best lah, maka syarikat I Synergy telah mengambil peluang keemasan untuk menjadi peneraju terulung kepada OFFLINE AFFILIATE SECARA INDIVIDU, yang membolehkan rakyat marhaen macam kita ni menjadi 'orang tengah' (Affiliaters) , sama macam syarikat Zalora dan Lazada tu. Hah suka tak? :D

So, untuk tujuan itu, I Synergy telah melaksanakan projek Affiliate Junction, yang sangat memberi manfaat kepada tiga pihak utama ini iaitu;


i. Ahli Affiliate itu sendiri
ii. Perniagaan / Kedai
iii. Pemilik Mykad iaitu rakyat marhaen macam kita ni

...melalui program Mykad SmartShopper!! Yeahhh!



Btw, apa bendanya program Mykad ni kan??? 



Program MyKad Smart Shopper; iaitu sebuah program yang dijamin dapat memberikan ganjaran bukan saja kepada ahli-ahli Affiliatenya, tetapi juga kepada perniagaan / kedai yang menggunakan khidmat ahli Affiliate dan juga kepada rakyat marhaen macam kita ni!!! Ya! TIGA PIHAK SEKALIGUS DAPAT MANFAAT daripada program Mykad ni! :D Win-win ;)



i. Ahli Affiliate - Aktifkan Mykad dan dapat komisen apabila pemegang MyKad itu berbelanja

ii. Perniagaan / Kedai - Dapat memajukan bisnes, tidak bazirkan wang untuk kos pengiklanan, dan dijamin dapat RETURN CUSTOMER

iii. Pemegang Mykad - Dapat berbelanja dengan bijak di kedai-kedai yang tawarkan diskaun dan rebat tunai

Bagaimana dan kenapa???

Baca seterusnya di sini (Klik)
Entry bertajuk : "Manfaat Mykad SmartShopper Program kepada para peniaga"


P/s: anggaplah ini sebagai ilmu baru untuk kita, hehe :)