Salam :)

Hantaran kahwin bukanlah ruang untuk anda 'mendapatkan' segala apa yang diidam-idamkan selama ini ya. Kaum gadis-gadis terutamanya, jangan menyeksa sangat bakal-bakal suami anda untuk memenuhi hantaran kahwin dengan barang-barang yang anda dah lama sangat nak, tapi tak cukup duit nak beli. Bukan tak cukup lagi, tak mampu sebenarnya~
Seriously, pasti anda lebih mengenali pasangan anda dan tahap kewangan dia macam mana, jadi...kalau si dia bukan datang dari keluarga yang berada dan gaji pun cukup-cukup makan untuk zaman sekarang ni, sila lah beragak-agak sikit dalam 'mendemand' barangan hantaran.. Jangan manja sangat :) *nak beli sendiri
Kecuali lah kalau bakal suami kau anak dato' ke, artis ke, businessman yang bulan-bulan gaji dia Rm5000 ke atas ke, itu korang nak minta Range Rover letak atas dulang hantaran pun aku tak amek port, asalkan tak menyeksakan kewangan si dia..okay~
P/s : duk sibuk kumpul duit untuk kahwin, tapi jangan pulak guna semuanya untuk kahwin tau, lepas kahwin pun kena ada ongkosnya~ hehe ;p