Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 26 November 2014

Demand Barang Hantaran Kahwin ??


Salam :)


Hantaran kahwin bukanlah ruang untuk anda 'mendapatkan' segala apa yang diidam-idamkan selama ini ya. Kaum gadis-gadis terutamanya, jangan menyeksa sangat bakal-bakal suami anda untuk memenuhi hantaran kahwin dengan barang-barang yang anda dah lama sangat nak, tapi tak cukup duit nak beli. Bukan tak cukup lagi, tak mampu sebenarnya~

Seriously, pasti anda lebih mengenali pasangan anda dan tahap kewangan dia macam mana, jadi...kalau si dia bukan datang dari keluarga yang berada dan gaji pun cukup-cukup makan untuk zaman sekarang ni, sila lah beragak-agak sikit dalam 'mendemand' barangan hantaran.. Jangan manja sangat :) *nak beli sendiri

Kecuali lah kalau bakal suami kau anak dato' ke, artis ke, businessman yang bulan-bulan gaji dia Rm5000 ke atas ke, itu korang nak minta Range Rover letak atas dulang hantaran pun aku tak amek port, asalkan tak menyeksakan kewangan si dia..okay~

P/s : duk sibuk kumpul duit untuk kahwin, tapi jangan pulak guna semuanya untuk kahwin tau, lepas kahwin pun kena ada ongkosnya~ hehe ;p

2 comments:

Anonymous said...

all the best lynn.

aku dulu hantaran basic je. semua makanan.

yg penting dahulukan agama. kemudian adat dan yang ketiga baru kehendak.

kalau mampu. hehe.

eima said...

tah kami biasa2 je ... bj lelaki kami beli jenama BUM je .... yg paling mahai pun jam bonia je ... sepasang .... ala kadar sudah .. buat nk gah2 ngan org menengok ...