Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Restoran Uncle Jack. Show all posts
Showing posts with label Restoran Uncle Jack. Show all posts

Sunday, 28 June 2015

Melepas Nak Rasa Rendang Set Uncle Jack

Salam.
Semalam dah plan nak buka puasa kat Uncle Jack, Giant Mall. Niat di hati nak try menu buka puasa diorang iaitu, Rendang Set ni haa~ Nampak sedap!


Tapi sebab dah lambat sangat sampai, Rendang Set dah habisss...T_T wuwuwu sungguh kecewa. Terus je lah order set lain sebab masa tu dah jam 7.00 malam. Lagi 15 minit nak buka, so dah tak sempat nak pergi kedai makan lain.

So, inilah menu berbuka aku semalam...Uncle Jack Set A dengan seketul ayam goreng sedap! Rm4.29 per set...:D


Air boleh tukar air lain, ada 2 menu baru untuk air iaitu Fresh Mango / Fresh Orange. Ingatkan kalau tukar air tu kena bayar lebih sikit, rupanya tak payah! Terus aku amek Fresh Orange. Sedappnyaaaa!!! Lengkong pulak memang free untuk bulan Ramadhan kot? Ada dua perisa; Ribena dan Strawberry. Sejuk tapi pekat sikitlah lengkongnya. Hehe~

Apapun, hajat di hati nak merasa Set Rendang dia tak tercapai sebab lambat sangat pergi. Next time maybe! :D


Monday, 29 December 2014

Restoran Uncle Jack dah naik harga


Salam...


Ingat lagi entry aku yang INI?

Sekarang menu di Restoran Uncle Jack tidak akan lagi semurah itu. Jumaat lepas aku pergi, harga dah naik lepas dikenakan cukai 6%. Ya, even GST belum bermula, mungkin nak biasakan pelanggan dengan harga lepas GST kot?


Kenaikannya adalah sebanyak Rm 1.29 kalau tak silap aku, sebab untuk menu berharga Rm5, dah naik jadi Rm6.29. Begitu juga menu kanak-kanak yang dulu cuma Rm3, kini dah menjadi Rm4.29. Baru nak jadikan Restoran Uncle Jack ni sebagai tempat berjimat, dah kena cukai pula. Haihh...


P/s : Memang memasak dan makan di rumahlah yang paling jimat sekarang ni. So, jom masak! Hahaha~