Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 15 March 2016

Jual Bantal Ni dan Dapat Komisyen RM5 untuk setiap bantal

Salam (n_n)
Okay, tak nak mukadimah panjang sangat. Aku sebenarnya baru hasilkan bantal baru yang mana menurut firasat aku, bantal jenis itu mungkin yang pertama di Malaysia. Jadi, aku memerlukan dalam 10 orang yang berminat untuk tambah duit poket mereka dengan membantu aku cari customer untuk bantal baru tersebut. Komisyen Rm5 untuk satu bantal. Best kan! So,aku kenalkan~~~~

Bantal Oilcloth Hummy Lovey


Apa yang bestnya bantal ni?
Korang rasa apa? Mestilah bantal ni best sebab korang boleh print muka korang sendiri dekat bantal tu dengan harga yang sangat murah!! Depan belakang boleh letak gambar okay, gambar yang berbeza pun boleh, takde hal. Contohnya macam sample kat bawah ni..

i. Boleh request untuk letak gambar kahwin, gambar masa sambut birthday party ataupun moment-moment indah yang lain dalam hidup korang :)


 ii. Boleh request untuk letak muka kawan kita / mak ayah kita / pasangan kita or even muka musuh kita pun boleh je kalau nak, dan boleh tulis nama atau bagi ucapan kat belah belakang bantal, macam ni..


iii. Ataupun buat penggemar kucing, korang boleh abadikan gambar kucing korang yang tersangat gebu dan comel itu atas bantal-bantal ini untuk dijadikan hiasan bilik korang!


Kalau aku, aku lagi suka print gambar kucing tu besar je sekor camtu. Ya, at least kalau terpaksa berjauhan dengan kucing tu, boleh lah lepas rindu dengan peluk bantal kan..? Hahaha :p

Keistimewaan Bantal Oilcloth
1. Tahan lasak
2. Kalis air
3. Mudah dibersihkan jika terkena kotoran
4. Selesa dijadikan bantal kepala kerana udara yang termampat dalam bantal menjadikan bantal tidak mudah lembik
5. Jika bantal menjadi nipis setelah lama dipeluk, cuma perlu tepuk permukaan bantal beberapa kali je untuk kembalikan ia kepada bentuk asal.
6. Cantik dan menarik kerana kualiti gambar yang dicetak nampak real.
7. Boleh dijadikan hiasan di luar rumah (outdoor decoration) sebab materialnya yang berkualiti
8. Murah dan berbaloi!!


Saiz Bantal Oilcloth Hummy Lovey
- Segi 4 tepat: 11 x 16 inchi (lebar x tinggi)
- Segi 4 sama: 13 x 13 inchi (lebar x tinggi)
 

Harga Bantal Oilcloth Hummy Lovey
Sebijik : Rm35
2 bijik dan ke atas : Rm30 / sebijik

(design depan dan belakang, boleh letak dua gambar / design yang berbeza antara depan dan belakang, serta boleh juga request untuk letak nama / ucapan pada bantal)

Macam mana nak dapat komisyen RM5 tu???
Senang je! Anda perlu mohon untuk jadi Affiliate Hummy Lovey. Setiap satu bantal yang berjaya ditempah MELALUI ANDA, anda akan dapat komisyen sebanyak Rm5.00. Katakanlah anda target satu hari mesti dapatkan tempahan sebijik je bantal, untuk sebulan anda boleh dapat RM150!

Cara-cara
1. Daftar jadi Affiliater of Hummy Lovey untuk dapatkan satu kod khas ahli.
*Daftar Affiliate Hummy Lovey adalah PERCUMA seumur hidup!

2. Promosikan Bantal Oilcloth Hummy Lovey mengikut cara anda masing-masing (melalui blog, FB, Instagram, dan apa saja, masa sembang dengan kawan-kawan pun boleh korang tanya nak tempah tak bantal ni? Hahaha)

3. Beri link FB Hummy Lovey kepada customer yang berminat nak tempah, beserta kod khas ahli anda untuk kegunaan customer tersebut dapatkan ganjaran istimewa daripada saya. Segala tempahan daripada customer hendaklah dibuat secara DIRECT dengan saya, dan bukan melalui ahli Affiliate.

4. Saya akan refer daripada mana customer tu tahu pasal bantal oilcloth ni dengan merujuk kepada kod khas ahli tersebut, dan jika ada customer yang membuat belian dengan menggunakan kod khas anda, maka anda akan menerima komisyen RM5.

***********************************

So, tunggu apa lagi, hantar email kepada
hummylovey@gmail.com, dengan tajuk

'Apply Affiliate Hummy Lovey'

dan nyatakan nama penuh, no.IC dan no.phone anda untuk mendaftar sebagai Affiliater Hummy Lovey


Terbuka untuk 10 orang yang terawal sahaja (n_n)



TAK NAK JADI AFFILIATE, TAPI ANDA SENDIRI YANG NAK TEMPAH BANTAL TU??
BOLEH!! Tempah melalui PM di FB Hummy Lovey atau email kepada hummylovey@gmail.com.

Btw, selain bantal oilcloth custom, terdapat jugak bantal oilcloth yang ready-design seperti bantal parody Tora dan Dingdang tu. Kot berminat nak tengok design yang lain, boleh lah klik Hummy Lovey Online Store ya! Terima kasih :D

P/s: Saya sangat berbesar hati kalau korang dapat share / viralkan link online store tu di laman sosial masing-masing. Thank you so much! :)

Friday, 11 March 2016

#1 HONEYMOON | Review Heeren Guest House @ Melaka

Salam (n_n)
Aku baru balik honeymoon! Pergi Melaka je, sebab apa? Sebab kami ni #coupleuitm Lendu, so pergi Melaka sebab nak mengenang zaman-zaman bercinta dulu lah kononnya..poyo kan? Huahahaha~


Btw, aku dengan suami main redah je, tak booking-booking hotel pun sebab dua-dua suka berjalan ala-ala tourist. Haha, so kami turun je bas area bandar merah (Stadthuys), dan berjalan di sekitar Jonker Street untuk misi mencari hotel. Banyak! Serius banyak gila hotel dan guest house yang just nice yang membolehkan korang berlagak ala hipster di sana! Heheh~ 

Hotel Heeren Guest House yang aku nak review ni adalah salah satu hotel yang aku stay. Kalau dari jambatan yang ada Hardrock Cafe tu, korang belok ke belah kiri pada gerbang Jonker Walk, maka korang akan nampak ia terletak di hujung lorong tersebut.

Kalau nak tanya orang kat situ, tanya mana lokasi Balai Polis Unit Pelancong, sebab seberang Heeren Guest House tu adalah balai polis tersebut. Senang nak cari! :)



Sampai je depan pintu, kami tak sempat nak tercongok-congok pun sebab owner guest house tu dah bukak pintu dan approach kami dengan sangat chill! Ayat dia sangat catchy, membuatkan kami rasa macam dalam filem omputih pulak bila speaking dengan dia~ Kahkahkah!

"Come in! Let me show ya my favourite room..." kata beliau.

And no wonder lah apesal bilik tu jadi favourite room dia, sebab view daripada bilik tu sangat cantikkkkkk kot!!! So, kami terus book bilik tu untuk satu malam.

The Room





Konsep Heeren Guest House ni lebih kepada traditional, yang mana semua perabot dan dekorasinya banyak menggunakan kayu, termasuklah lah lampu hiasannya. Tv pun jenis tv lama. So pada anda yang suka tengok tv / movie kat bilik hotel, sorry lah ye..bilik ni tak sesuai untuk anda. Hehe :p


Some Problems Here 

Takde paip langsung dekat area toilet bowl, hanya ada tisu semata. Jadi, aku tutup lubang sinki dan penuhkan air di sinki. Then guna lah pape bekas untuk dijadikan gayung. Hahaha~ but it's okay, sebab aku still enjoy that problem. Benda-benda camnilah yang mampu membuatkan kita jadi kreatif :D
 
Our Free Breakfast

Breakfast kat ruang bawah. Guest House ni selain sediakan tempat untuk menginap, ia juga adalah cafe. So, kita makan di situ~ Hehe!




My Favourite View
Even takde paip, wifi lembap dan tv jenis old school, aku tetap suka sangat dengan bilik ni sebab viewnya tersangatlah cantik. Sebab ia terletak dekat selekoh jalan, so memang nampak liku-liku sungai tu. Bestttt sangat!!


Heeren Guest House, Melaka

Harga bilik kami (Room 4, Hang Tuah) untuk Low Season:
Rm161 (dah termasuk Rm2 untuk service charge & FREE breakfast for 2 adults)

Deposit: Rm20
(akan dipulangkan lepas serahkan kunci masa check out)

View: Sungai Melaka, Kincir Air, Menara Taming Sari dan Hotel Casa De Rio

Location:
-within 3 minutes to Jonker Walk & Hardrock Cafe
-within 10 minutes to Muzium Stadthyus and Bandar Raya Melaka

Counter Services: Very, very good!!

Overall Rate: 7/10

So, itulah dia cerita aku masa duduk di Heeren Guest House. Next is Quayside Hotel, yang terletak seberang je dengan hotel Heeren ni. Tepi sungai jugak, tapi moden dan cool~
 

 P/s: view Quayside Hotel ni cantik gila jugak!!