Salam (n_n)
Ya, tahukah anda bahawa kulit kita ni akan jadi lebih cantik secara natural sekiranya kita menggunakan produk skincare yang tidak mengandungi bahan kimia? Tapi, produk tanpa bahan kimia selalunya mahal kan? Jadi, sebab tu lah aku nak review produk PUREbySO ni kat korang :D
100% Handmade Tanpa Bahan Kimia
Produk ini sangat organik sebab memang pure diperbuat daripada ekstrak dan minyak yang bagus dan berkhasiat semata-mata, seperti ekstrak orange, pati delima, gula tebu, madu asli, minyak zaitun dan banyak lagi. Semuanya adalah asli dan tanpa bahan kimia.
Antara Produk-produk PUREbySO
1. Powerful Hair Mist
Hair mist yang bukan saja berfungsi untuk merapikan rambut di saat-saat 'emergency', tapi juga mampu membuatkan rambut kita kurang berminyak, jadi lebih kuat dan bersinar serta mengurangkan kelemumur. Aku suka spray ni kat rambut sebab bau orange dia tu. Terasa segar dan wangi je kepala lepas tu~ Haha :p
Bahan: Organic argan oil, orange extract, sweet orange oil, vitamin E, Coconut oil, grapefruit
Harga: Rm 35.oo (SM)
2. Lip Scrub
Okay, lip scrub ni sangat moist dan terasa nyum~nyum~nyum kat bibir. Cara pakai dia, kita ambil sikit sapukan kat bibir dan disebabkan ia ni bebas bahan kimia, so kita just ratakan dengan cara menjilat bibir kita je. Dah siap! Scrub ni berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan bibir yang gelap akibat pemakaian lipstick / merokok.
Bahan: Pati delima, gula tebu, Madu Asli dan minyak zaitun.
Harga: Rm 15.oo
3. HOTlips
Lip balm HOTlips ni aku suka tagline dia iaitu "Made For Kissing". Aww~ soo hot kan? Hahaha yang ni pun aku suka guna. Bila pakai, rasa bibir moist gila dan rasa dia unik. Ala-ala macam rasa madu gitu. Sedap! Lama jugaklah tahap kelembapan dia tu, so takdelah sekejap-sekejap dah nak kena pakai lagi kan. Hehe :D
Bahan: Madu Asli, Sweet Almond Oil, Stevia, Vitamin E dan Shea Butter
Harga: Rm 15.oo
4. BeetRED Cheek & Lip Tint
Okay seriously, ini one of my favourite product. It's like a magic. Dia macam liquid lipstick, tapi tersangatlah cairnya, macam air je gitu, tapi merah dia pekat. Bila pakai lipstick BeetRED ni, tak rasa macam tengah pakai lipstick pun, tapi bibir time tu dah merah dah. Dia rasa tak melekit langsung okay. Hahaha~ owh btw, ia juga berfungsi sebagai pemerah pipi. Cara pakai dia just sapu je, then ratakan guna tangan. Mudah dan merah~ haha :D
Bahan: Stevia, beetroot extract, aloe vera, castor oil, vit E oil
Harga: Rm 20.oo
5. Face Mask Heroin & Pure (Chocolate)
Haa, marilah kita menyapu coklat di muka masing-masing. Kenapa coklat? Sebab coklat ni mengandungi flavonoid dan bahan anti-oksida yang tinggi tau di mana ia sangat penting untuk mencegah penuaan di wajah kita. So, awet muda lah gitu. Hihi (n_n) pakai ni confirm tenang, sebab bau coklat dia tu sedapp dan nyaman. Hehe :D Mampu menanggalkan blackhead dan whitehead yang jahat!!
Bahan: Clay, serbuk cocoa, rolled oat organic dan minyak asli.
Harga: Rm 25.oo
Actually ada banyak lagi rangkaian produk yang best daripada PUREbySO ni. Semuanya best dan rasa nak review je semua tapi nanti panjang pulak entry ni kan, haha. Apapun, produk ni mendapat tempat di hati pengguna sebab ianya bebas bahan kimia, 100% handmade dan tentulah berkesan. Lagi pulak yang buat produk ni memang orang kita, nama dia Sofiyyah Osman, so lagi ramai lah yang percaya nak cuba dan repeat order, weh~~
Testimoni Pengguna
1. Eczema kanak-kanak
2. Bibir tak kering dan mengelupas lagi
3. Jerawat kecut dan semakin flawless
So itulah dia kehebatan produk natural tanpa bahan kimia ini bertindak membersihkan wajah anda. Tak cuba maka tak tahu, harga pun memang murah dan berbaloi dengan kesan dia :) Ada banyak lagi produk, boleh tengok di sini:
FB Page: AE Qeffaviame
Nak lagi diskaun untuk produk PUREbySO ni?? Just cakap korang pembaca blog Lynndamya je, dan boOM!! Korang akan dapat diskaun (n_n) Serius, tak tipu! Hehe :)
Akhir kata.....
P/s: korang try lah semua produk yang aku review tu, lagi2 yg BeetRed tu, sangat best tau~ Haha