Happy Three Friends

Miss Money

Monday 7 April 2014

Lagu Berhantu...


Lagu berhantu....
masa aku kecik, aku tak faham apa maksud lagu berhantu...
Dulu, lagu Cindai sangat popular,
aku sangat minat lagu tu...
sampai satu ketika aku terdengar di radio,
DJ cakap lagu tu berhantu....


...


Tak nak cuak pulak aku masa tu kan. Setiap kali aku
dengar je lagu tu, mesti aku dah terfikir yang seram-seram.
Aku terbayang orang menari lagu Cindai tu macam menari
jenis yang pergerakan dia macam orang patah-patah tulang.
Owh ngerinya......

...


Kemudian, aku lupa tentang lagu berhantu...sampailah satu
ketika aku sedar sendiri, rupa-rupanya lagu berhantu tu
adalah lagu yang ala-ala tak lekang dek panas, tak lapuk dek
hujan. Lagu sepanjang zaman gitu. Ohhhhhhh....... (-_-)

................................

Btw, korang tahu tak misteri lagu berhantu yang bertajuk
Menanti Kekasih? Dinyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia
yang bernama Alda (dulu glamour dengan lagu 'Aku tak biasa')


Lagu dia sangat misteri dan seram, kalau korang fahamkan
lirik dia, seolah-olah dia menggambarkan diri dia dah mati
masa nyanyi lagu ni. Atau lagi tepat, masa dia tengah nyanyi
lagu ni, dia adalah seorang pontianak!

Pelbagai spekulasi dibuat mengenai lagu ini, antaranya selepas
3 hari lagu ini dibuat, polis menemui mayat Alda mati dalam
sebuah hotel. Tetapi yang pasti punca kematiannya kerana
overdose dan berkaitan dengan boyfriendnya.

Namun, selepas forensik check mayatnya, didapati Alda telah
meninggal dunia 7 hari yang lepas. So, siapa yang rakam lagu
tu?? Khabarnya, lagu tersebut secara tiba-tiba je dah siap
direkod, even pengurus Alda sendiri tak tahu mana datangnya
lagu ni.

Haaa....misteri nusantara kannn lagu ni, nah dengar di
Youtube sini. Aku sarankan kalau nak layan lagu ni, tunggu
tengah malam nanti, duk sorang-sorang, pakai earphone, dan 
dengar. (make sure PC korang ade Adobe Flash Player)


Kalau takleh bukak, leh terus tengok di SINI kot?

Okay, tu je. Terima kasih sudi singgah sini (n_n)

5 comments:

reenapple said...

banyak aku nak komen:

1. Yg lagu Cindai, masa aku bebudak, ada orang cakap, kalau nyanyi lagu Cindai dalam bilik air, nanti hantu muncul. Aku pun percaya dan tak nyanyi dah lagu dalam bilik air. Kakaka.

2.Yg lagu berhantu kedua, aku taktahu kalau itu adalah lagu sama. Aku dengar lagu tu, and at the end of that lagu, tetiba ada bunyi orang mengilai macam pontianak. Erk.. lagu sama kah?

Ummi Hanie said...

lagu cindai tu mcm2 gak dgr citer.. konon ada org sambung nyanyilah... adoii lawak pula

eh Alda tu dah mati ke akk tak tahu pun.. akk suke lagu Aku tak biasa tu

ni baru nk dgr lagu berhantu... jeng3x...

Cik Anita said...

Alda?

Ouh siapakah? Kenapa daku tak pernah tahu menahu pasal kematian dan kisah lagu beliau?

Adakah aku tak ambik tahu? Atau aku sebenarnya orang muda yang tak tahu pape.

HEHE.

Seriously first time dengar!

Hana said...

xdengar apa2 plak pasal lagu aida ni.. tapi menarik. nak dengar lah

Unknown said...

Cipek betol la... aku saja try search lagu berhantu yg best utk aku dgr mcm mamat allen castello tue nyanyi lagu she gone... saje la google2 nak tao lagu apa lagi yg syok n best mcm tue...sekali lagu nie pula yg naik include dgn story dia... aku nie guna earfon...so xpe la...aku baca la story dia yg panjang2 tue sbb aku pon agak bosan...jam hampir 12malam beb...dlam bilik tutup semua lampu...ok fine la...da baca tue..mula la interesting nak dgr sbb admin tue suh alau nak tao kena dgr...so aku dgr la tp x de la pula tgok video clip dia...earfon nie beb...jelas sgt2 nie..... aduhhhh....aku pon pelik la...pehal la lagu nie lain macam sgt...tengok2 lirik..yela btol la dgn apa dia nyanyi...so aku still tahan lagi...smpai part dia ketawa n mengilai tue....pehhhh...meremang bulu tengkuk nie.siot la...teros aku stop automatik sepantas kilat..hahahahhahaha.... seram beb...adoi2....then aku dok google2...tiba2 plak earfon aku nie bunyi tup tup dalam 5 second or 7 second sekali...walhal apa2 player or music aku x buka...malang btol nasib aku nie...adoi2...terok weiiii...now aku nak kua dari bilik g sap kok dulo....hahahhahaha... hope xde pape la... nie bukan rekaan...serious beb....