Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 26 May 2016

Apa yang best lepas berkahwin?

Salam (n_n)
Alhamdulillah, it's almost 5 months! Ramai orang tanya, best tak kahwin? Gila kau tak best, best sesangat kot. Lepas kahwin, lagi banyak masa untuk bersama, dan sentiasa bersama :)


Sebenarnya aku dengan suami aku ni dulu satu U. Yelah kan, ni lah namanya sambil belajar, cari jodoh~ Hahaha, terjumpa lah pulak :p 5 tahun study sama-sama daripada diploma sampai degree. Habis degree kena berpisah. Sorang balik Ipoh, sorang balik Johor. Sebenarnya itulah detik paling kitorang tak nak hadapi sebab aku tau lepas ni confirm susah gila nak dating.

Memandangkan aku ni takut nak mintak permission keluar rumah daripada parent aku, so tak pernah langsung aku pergi jenguk beliau yang dapat kerja di Shah Alam sepanjang 3 tahun lepas habis study tu. 5 tahun asyik berkepit, sekali kena berjauhan~ Alahai~nasib baik bekerja, takdelah sadis sangat rasa rindu tu. Haha :p

Boleh kira dengan jari berapa kali je kitorang jumpa dalam masa 3 tahun tu. Kira time tu terpaksa menghadapi hubungan cinta jarak jauh pulak lah kan. So, sebab tu bagi aku, lepas kahwin best sebab selalu dengan orang yang kita sayang~ Hehehe

Btw, hari tu kitorang pergi Pesta Buku. Korang pergi tak? Beli apa? Aku macam biasa lah, beli buku hiburan memanjang. Hahah mak abah aku awal-awal dah kirim Ujang ni ha...


Murah je tau, satu majalah Ujang tu Rm2 je. Aku borong 5 buah terus dan dapat free bag itu. Yeayyy (n_n). Lepas tu suami aku borong pulak komik Ben ni sebab aku nak beg dia yg comel tu. Hahaha~


Komik Te@mare karya Ben. Kitorang memang minat Ben. Stroke dan kartun dia cantik kot~ Tu yang pejam mata je beli 4 buku semata-mata nak dapatkan beg ni. Pandai je tau diorang design beg cantik-cantik tapi yang bukan untuk dijual, kan? :p

 
Terjumpa buku AKU ni. Sape tengok AADC taulah pasal buku ni. Haha, tapi aku tak beli sebab rasa macam tak 'masuk' pulak. Haha :p Mungkin sebab aku bukan Rangga mahupun Cinta :p

So, itu jelah cerita kehidupan aku setakat ni (n_n) FYI, aku lepas kahwin stay umah mertua aku. So, nanti aku up entry tentang bagaimana hidup seorang menantu di rumah mertua. Chewah~ tu je dan thanx sudi baca blog aku :D
 
P/s: Lepas kahwin ni rasa kurang mood lah untuk tulis blog. Dan semalam ada sorang peminat tegar blog aku yang aku gelar dia 'suami' telah memaksa aku kembali menulis blog. So, entry ni di-update khas utk bacaan dia, hahaha :p
 

4 comments:

Suriaamanda said...

Ye la...rajin la balik update blog...Lynn pun dh lama x singgah blog akak

Mommy Cici said...

yelah babe. I dok teringat jugak kat you. i rasa you mesti tengah syiok honeymoon takde masa update blog pun hehehe. btw majalah Ujang dh takde kan? I pun minat Ben tu. kalau Gempak I minat kaouru >,<

Diana Rashid said...

padan la susah nak nampak link blog dia naik kat bloglist akak..jarang update dah ye..kalau tak nak blog ni dah bagitau ye..ada yang nak..hahahah...

eima said...

tulis la balik .. sunyi haisshh chek tak dak