Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 30 May 2016

Gambar Majlis Kahwin Hafiz Suip Bersama Rakan Media

Salam (n_n)

Hahaha, tak pernah-pernah aku update gambar artis berkahwin, tetiba buat entry untuk gambar Hafiz awan nano ni :p Haha, sebenarnya suami aku ada freelance job buat live update untuk majlis tu, jadi gambar memang semua ada kan. So, aku pun upload je lah~ Haha :p

Live update ni kerjanya adalah designer yang edit gambar tu mesti ada waktu majlis tu berlangsung, duduk tercongok depan laptop. So, photographer dari semasa ke semasa akan berlari-larian ke designer tu untuk transfer gambar yang baru je diambil. So that, designer akan segera mengedit gambar, letak watermark dan segera upload ke dalam instagram artis tersebut. Memang kena edit on time dan upload segera. Jadi, tetamu yang datang habis majlis, balik rumah terus dapat tengok gambar2 masa majlis tadi :) Gitulah citer dia~

Gambar Majlis Kahwin Hafiz Suip & Isteri Bersama Rakan Media























Dan kalau dah Hafiz punya majlis, takkan lah takde nyanyi2 sikit kan~ :D




Antara rakan artis yang hadir adalah Aril Pilus (sebagai pengacara), Dato' M.Nasir dan isteri; Marlia Musa, Nabila Huda, Nina Juren dan Ella. Ada lagi dalam gambar tu tapi tak ingat nama mereka siapa. Hehe :D

Btw, ini adalah antara doorgift yang suami aku dapat selain dari dapat berpeluk dan bergambar dengan Hafiz. Hahaha :p




So, itulah dia. Suami aku kata, Hafiz ni friendly orangnya. Sempatlah beliau jumpa dan tegur dengan krew-krew photographer tu semua untuk ucap terima kasih. Camtu lah bagus kan (n_n) Ok, thanx sudi singgah blog saya :)

P/s: Jadi artis ni penat, banyak majlis nak kena buat, dengan family lah, dengan rakan media lah... cuma diharapkan setiap kali majlis tu dengan orang yang sama lah ye, bukan tetiba dengan orang lain. K bai.


3 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamulillah..moga berbahagian hingga ke syurga..amin...

Mommy Cici said...

cantik sangat. orang cantik, mekap cantik baju cantik :D

eima said...

wow tu semua hub lynn ke yg edit tu ...cun !!