Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 29 May 2016

Kuatkah kita untuk tinggal dengan mertua selepas kahwin?

Salam (n_n)


Sesetengah orang menganggap isu ni agak sensitif gitu, sampaikan jarang gila orang bagi tips bagi mereka yang terpaksa tinggal sebumbung dengan mertua selepas berkahwin. Aku dengan suami aku pada mulanya, memanglah merancang nak duduk rumah sendiri lepas kahwin, tapi kita hanya merancang. Lagi berapa bulan nak majlis kahwin tu, akhirnya dia tanya boleh ke tinggal dengan mak ayah dia untuk sementara waktu?

Masa tu aku kata boleh. Tinggal dengan mertua je pun, ibarat macam mak ayah aku sendiri jugak lah kan. Jadi, tak kisah lah. Masa tu aku rasa aku boleh. Like no big deal~ Hahah, yakin sangat :p

Tibalah harinya...
Iaitu hari majlis kahwin belah lelaki. Mula-mula seronok lah, tapi part rombongan belah aku nak balik semula ke Johor, haaa time tulah detik-detik yang sadis bagi aku. Hahaha..nangis woo masa peluk mak dengan abah masa diorang nak balik. Aku tertinggal di Bangi, diorang balik. Sedih tau~ wuwuwu T_T Tengah tulis ni pun rasa nak nangis sebab rindu diorang. Haha demit!

Dan bermulalah kehidupan di rumah mertua...
Seminggu pertama masih okay lagi. Aku belajar cara rutin harian keluarga mertua, apa yang diorang selalu makan, bila waktu diorang bangun / tidur, apa yang diorang buat masa weekend. Dan begitulah seterusnya. Tapi dalam masa yang sama, lama kelamaan...tiba-tiba aku macam jadi homesick dan jiwa aku memberontak. Tapi entahlah, rindu mungkin. Hahah...dan aku mula bandingkan rutin aku masa belum kahwin tinggal dengan keluarga, berbanding sekarang tinggal dengan mertua. 

Perbezaan Rutin & Gaya Hidup Yang Sangat Berbeza
Ini bukanlah luahan, tetapi adalah perkongsian bagaimana perbezaan kecil macam ni sebenarnya sangat memberi kesan kepada 'orang baru' iaitu aku dalam keluarga mertua aku. Kalau setakat kena bangun pagi, buat kerja rumah tu aku tak kisah sangat, tapi ada benda lain yang buat aku homesick dan rindu lifestyle aku yang dulu.

Kalau korang follow blog aku / friend dengan aku di FB, korang akan perasan yang hidup aku asyiklah berjalan je dengan family. 


Bukan jauh pun, sekitar JB je pun. Dalam seminggu tu, parent aku tak niaga 4 hari. So, rutin kami adalah pergi keluar berfoya-foya untuk cari makan malam. Pada setiap 4 hari tu, aku akan call tanya mak aku, petang ni keluar tak. Kalau keluar, memang aku happy giler lah weh tak sabar lah nak tunggu habis kerja jam 6 petang sebab keluar je ofiz dah nampak dah kereta kecik warna merah tengah tunggu aku. Nanti mak aku lambai2 daripada dalam. Haha :D

Benda ni macam rutin kitorang untuk lepas kan stress kononnya. Kitorang suka fikir nak makan kat mana dan ambil udara segar. Pernah 3x hujung minggu straight kitorang pergi Bazar Karat semata-mata nak cari makan dan jalan-jalan. Pastu pergi lautlah, mana-mana lah. Itulah hidup aku selama 3 tahun aku stay dengan family before aku kahwin.

So, imagine how stress could I bila tiba-tiba bertukar rutin yang mana setiap hari aku hanya duduk di rumah, tidak berjalan dan tidak bersantai-santai di malam hari untuk ambil udara malam? Tanya suami aku, aku sampai demam disebabkan perubahan ni. Tambah lagi dengan homesick. Aku jarang demam ok. So, aku percaya ini memang impak daripada perubahan gaya hidup yang aku alami. Hahaha~

Masih belajar dan mencuba
Tapi Alhamdulillah, mak dan ayah mertua aku diorang semua memang baik, layan aku dengan baik. Tak pernah pun buat aku macam orang asing, diorang anggap aku macam anak. Mak suami pun tak pernah marah sebab aku tak pandai masak. Diajarnya lagi adalah. Dia suka kalau aku tolong-tolong dia kat dapur. Aku pun suka, sebab dalam masa yang sama nak curik resepi dia pastu pikat suami aku. Hahaha~ 

So, itulah dia antara realiti yang semua orang pun hadapi masa dia terpaksa tinggal sebumbung dengan mertua, iaitu perbezaan. Tak kisahlah dari segi apa pun, tetap akan ada perbezaan yang memerlukan kita take time untuk menghadamnya. Dan terpulang macam mana cara masing-masing untuk handle, slow-slow nanti lama-lama mesti okay :)

Paling penting, suami pun kena faham situasi isteri sebab seumur hidup dia, inilah first time dia tinggal dengan orang lain. Selalu terjadi pergaduhan sebab ada suami yang terus-terus nak isteri adapt segera budaya dan lifestyle family dia, nak terus-terus isteri dia sesuaikan diri tanpa merungut. It's a drastic changes, dude. Come on, bukan senang nak terima perubahan, lagi-lagi untuk orang macam aku yang kurang sukakan perubahan. Give them some time, ok! (n_n)

Apapun, this is life and those memories are forever. Kena belajar lah terima suasana baru kalau nak 'naik stage' baru kan? :) All the best for all. Saya sayang keluarga mertua saya (n_n)

P/s: Terima kasih suami sebab dia sangat-sangat supportive dan bagi aku masa untuk faham family dia macam mana. Dan terima kasih sebab selalu bagi aku balik JB ;)  Hehe~
 

3 comments:

Cici said...

hehhe I taktahu macam mna perasaan you yang. sebab I tinggal dengan my parents kan. tapi memang nampaklah husband I cuba adapt cara kami masa memula dulu. weekend bekpes mamak, jalan jalan cuci mata etc.

ohh dah kat bangi. taklah jauh ye :D

Unknown said...

tahniah..tapi macam akak memang tak boleh dok dengan mertua...hahhaha...setakat 2,3 hari je boleh..lepas tu nak balik le..I nak berguling2 depan tv...ada masa2 nya malas nak masak..nak makan luar..nak order pizza je..heheh

eima said...

hmm rindu mak rupanye .. ni stay kat bangi la skrg ni parent hub kat bangi ek ...permulaan mmmg cam tu .... tp akak suggest nanti pindah rumah sendri ye ... hidup berdikari ..sebaik mana pun mentua kita ..satu hari nanti pasti akan timbul sesuatu ... mak mentua kita pun baik .... tak penah nak marah2 kita syg dia mcm mak kita tp kami laki bini cuba elak tinggal sebumbung ... gitu la