Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 6 March 2017

Logan Movie + Strawberry Popcorn

Salam (n_n)


Yahoo! Semalam dapat kuar jalan-jalan pergi IOI City Mall. Lama tak pergi jalan-jalan kat mall besar katanya~ Btw, semalam kitorang pergi dating naik Uber kot~ Hew..hew..hew.. ni kali kedua kitorang dating naik Uber. Sangat mudah, sistematik dan menyenangkan kehidupan kami. Hahahaa!

So agenda pertama sekali apabila sampai adalah beli tiket wayang. Citer apa? Citer Logan lahh~~ favourite suami aku ni..hahaha

1. Tonton movie Logan


You know what, even aku tak lah fanatik dengan X-Men, tapi cerita ni berjaya buat aku macam...Alahaaaiii~~ sedihnyaaaa~~ touchingnyaa~~~ damn, cerita apakah ini~~~ wuwuwu~~ btw, agak menyesal lah sebab aku konon taknak nangis dalam cinema semalam. Tak pasal-pasal kuar wayang gua tak boleh move on~ kahkahkah!


Ni anak Logan. Aku admire gila watak dia dalam movie tu sebab dia sebijik macam Logan, cuma bila ada musuh cederakan orang yang dia sayang, memang dia mengamuk tu macam harimau kecik yang ganas, tapi comel. Sebab dia cakar2 tu sambil jerit2. Harimau kecik sangat kau ni, comel! Hahahah~

Tapikan, at least aku cuma sedih gila masa ending cerita ni je. Kalau nak bandingkan dengan peminat2 X-Men sejati macam suami aku ni, seluruh movie ni buat dia jadi sayu. Sebab? Dia 'membesar' dengan childhood yang penuh teruja dengan aksi superhero-superhero ni. Daripada kecik sampailah ke besar nak masuk 30 series ni haa...mana tak sedih? Aku tak boleh cakap sedihnya part mana sebab nanti spoiler bagi yang belum tengok movie ni... so, tu je aku boleh cakap. Peminat sejati X-Men akan rasa sedih bila tengok realiti kehidupan superhero mereka bila dah tua, sakit dan lemah. Siannn... :(

2. Popcorn Strawberry GSC
Owh ya, semalam aku ternampak iklan kat bawah ni haa, terus gigih beli popcorn rasa srawberry ni. Melting gila iklan dia~


Sambil beratur sambil mintak maaf awal-awal kat suami lah sebab aku takut rasa dia tak sedap, tapi aku nak jugak, tak kira.. Hahaha~ rupa-rupanya, rasa dia sedap nak mampos! Sedap gila kot! Aku tak boleh berhenti makan! Setiap kali suap, setiap kali tu nak cakap sedapnyaaaaaa~ Hahaha.. dia punya sedap tu sampai aku gigihlah bawak balik popcorn tu ke rumah. Selalu kalau popcorn original tu duk makan separuh je mampu, pastu kua wayang tinggal je malas nak bawak. Hahah :p btw popcorn strawberry ni ada dekat GSC je kot?

3. First Time Makan Ramen


Ini paling lawak. Seriously, aku ala-ala teringin nak makan ramen. So kitorang makan dekat BBQ Chicken Restaurant dalam IOI tu. Restaurant ni memang terkenal dengan hidangan resepi ayam bbq korea diorang. Memang sedap! So, kitorang order ayam tu dengan Egg Ramen.


First time makan dowh, sekali pandang macam maggi kari kat kedai mamak. Dengan gambar jauh beza daripada dalam menu, dalam menu ada telur mata. Sampai kat kami, hancur dah telur tu takde mata terus, buta~ Relax lagi, sampai part suami aku rasa. Belum habis suap dalam mulut dia dah tergelak pasrah. Aku pun dah kenapa, terus suspen nak makan...hahaha!

Rupanya dia tergelak pasrah tu sebab rasa ramen tu tak ubah macam rasa meggi makan kat mamak. Hahaha! Serius lah, ramen tu cam meggi je ke sebenarnya? Abis tu kenapa budak2 kpopers ni suka sangat makan ramen ek? Kan sama je rasa beliau macam meggi.. Aku ingat adalah rasa sesuatu yg lain dalam rencah dia ke apa, rupanya tak pun! Hadoi, tertipu rasa :p Daahhh kitorang duk makan ramen tu sambil ketawa pasrah memikirkan rasanya yang sebegitu. Maggi paling mahal pernah kitorang makan itu lah dia, Rm11.90. Ramen + telur buta mata~

Duk mintak maaf je kat suami...

"Sorry~ sorryy....saya ingat ramen ni sedappp~ Hahahaha!"

Btw, nasib baik pilihan kami tepat tentang hidangan ayam tu haa. Terasalah pedas, manis dan bbq dia tu. Ayam, memang sedap gila. Crunchy dan sos dia buat kami melting dan terus mengabaikan rasa ramen yang lucu itu. 9 pcs ayam cukup untuk dua orang, harga RM31.90. Amek kau~ sekali-sekala nakk... tengok gambar tu pun dah buat aku terliur dah sebab sedap gila rasa dia...hahah :p

So, itu lah dia kisah dating dengan suami, semalam~ Beliau yang merupakan peminat sejati X-Men sangat susah untuk move on daripada movie terakhir Hugh Jackman sebagai Wolverine sebab beliau kata, takde orang lain yang boleh ganti watak dia sebagai Wolverine tu...wuwuwu...

Punyalah suami terbawak-bawak, sampaikan dia terlelap kejap malam tadi, pastu bangun-bangun terus sebut...

"Wolverine..."

Diaaa mengigaauuu~~~~~

Mengigau Wolverine ngko, unik tak? Aku yang tengah baca novel baru kat sebelah dah tergelak-gelak dah. Hahahaha!


P/s: Btw, nilah novel baru aku tu. Dapat gak beli. Nanti aku review ;) Hihi~


1 comment:

Zie Azi said...

bg yg tahan pedas bolh la try ramen..tp ada jugk yg cakap xpedas..