Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Craft Review. Show all posts
Showing posts with label Craft Review. Show all posts

Wednesday, 16 March 2016

Bantal Oilcloth Custom Hummy Lovey (Ini Bantal Baru)

Salam (n_n)
Hoyeah-hoyeah~ dekat dua bulan setup untuk bereksperimen dengan bantal baru ni, hampir je aku berputus asa. Alhamdulillah, sebab Tuhan hadiahkan aku suami yang maha pen-support untuk aku, so inilah dia hasilnya. Untuk semua, aku kenalkannnn~~~

Bantal Oilcloth Hummy Lovey


Apa yang bestnya bantal ni?
Korang rasa apa? Mestilah bantal ni best sebab korang boleh print muka korang sendiri dekat bantal tu dengan harga yang sangat murah!! Depan belakang boleh letak gambar okay, gambar yang berbeza pun boleh, takde hal. Contohnya macam sample kat bawah ni..

i. Boleh request untuk letak gambar kahwin, gambar masa sambut birthday party ataupun moment-moment indah yang lain dalam hidup korang :)


 ii. Boleh request untuk letak muka kawan kita / mak ayah kita / pasangan kita or even muka musuh kita pun boleh je kalau nak, dan boleh tulis nama atau bagi ucapan kat belah belakang bantal, macam ni..


iii. Ataupun buat penggemar kucing, korang boleh abadikan gambar kucing korang yang tersangat gebu dan comel itu atas bantal-bantal ini untuk dijadikan hiasan bilik korang!


Kalau aku, aku lagi suka print gambar kucing tu besar je sekor camtu. Ya, at least kalau terpaksa berjauhan dengan kucing tu, boleh lah lepas rindu dengan peluk bantal kan..? Hahaha :p

Keistimewaan Bantal Oilcloth
1. Tahan lasak
2. Kalis air
3. Mudah dibersihkan jika terkena kotoran
4. Selesa dijadikan bantal kepala kerana udara yang termampat dalam bantal menjadikan bantal tidak mudah lembik
5. Jika bantal menjadi nipis setelah lama dipeluk, cuma perlu tepuk permukaan bantal beberapa kali je untuk kembalikan ia kepada bentuk asal.
6. Cantik dan menarik kerana kualiti gambar yang dicetak nampak real.
7. Boleh dijadikan hiasan di luar rumah (outdoor decoration) sebab materialnya yang berkualiti
8. Murah dan berbaloi!!


Saiz Bantal Oilcloth Hummy Lovey
- Segi 4 tepat: 11 x 16 inchi (lebar x tinggi)
- Segi 4 sama: 13 x 13 inchi (lebar x tinggi)
 

Harga Bantal Oilcloth Hummy Lovey
Sebijik : Rm35
2 bijik dan ke atas : Rm30 / sebijik

(design depan dan belakang, boleh letak dua gambar / design yang berbeza antara depan dan belakang, serta boleh juga request untuk letak nama / ucapan pada bantal)

NAK ORDER? OK!
Email saya di hummylovey@gmail.com untuk tempahan :)



Owh btw, selain bantal oilcloth custom, terdapat jugak bantal oilcloth yang ready-design seperti bantal parody Tora dan Dingdang ni. Kot berminat nak tengok design yang lain, boleh lah klik Hummy Lovey Online Store ya!

Klik sini untuk peluang dapat komisyen RM5 dengan jual bantal oilcloth ini

P/s:Dan aku sangat berbesar hati kalau korang sudi untuk share / viralkan link online store tu di laman sosial masing-masing. Thank you so much! :)

Tuesday, 16 September 2014

Review Patung Kecil Felt by Lylac House :D


Salam...(n_n)
Kalau korang perasan, Hummy Lovey 'berkenalan' dengan Lylac House daripada suatu kejadian yang tak best. Tapi kami dah setel secara baik, dan aku pun dapat lihat yang Lylac House ada keunikan kraf yang tersendiri. Jadi, aku berbesar hati dapat review hasil kraftangan daripada Lylac House di sini (n_n)

Actually, hasil kraftangan di Lylac House tidak ada nama khas, jadi aku namakan je ia sebagai Patung Kecil, sebab semua kraf kat sini jenis yang kecil tetapi dibuat dengan kemas dan terperinci.

Jom lihat hasilnya :D

Ini baru siap kepala saja...tapi kalau korang nak request kepala saja pun boleh..saiz kepala lelaki tu (w)7cm x (h)5.5cm, manakala untuk saiz kepala perempuan tu lebar sikit sebab ada tocang (w)10cm x (h)5.5cm

Haa..ini baju untuk kepala perempuan tadi tau, lepas badan dia dah siap, dia akan pakai baju ni...

Tadaaaa !!! Comel takkk???


Aku sebenarnya begitu kagum dengan hasil felt kraf daripada Lylac House ni sebab beliau begitu mentabahkan diri menjahit kraf-kraf kecik comel begini, dah lah kecik, kemas dan siap terperinci sungguh. Kau tengok gambar atas tu, nampak tak camne rajin beliau buat kasut kecikkkk untuk patung comel tu? Haha~

Ini pula antara hasil-hasil patung kecil yang siap dihasilkan :


Ini pulak dibuat khas untuk anaknya, memang sama dan sangat comeyyy nyee kannn~~
 
Siap boleh bukak-bukak topi bagai~~ comel betul!

Sesuai untuk anak-anak kecik korang yang suka berangan nak jadi princess-princess tu~ hehehe
Dia siap boleh designkan baju dan kasut sekali tu, alahai rajinnya beliau nih..haha tapi memang comel, rambut ditiup angin tu~~
Aku suka dengan kekemasan yang diutamakan ni, jahitan tepi dia halus bebenor kan~
Haaa...kiut-miut sesangat kan...eee geram betul tengok!
Okay, patung-patung kecil ni tadi, bukan saja boleh dijadikan hiasan semata-mata, tapi boleh juga dijadikan sebagai

1. Hiasan untuk cover Photobook
2. Keychain
3. Hiasan untuk gantung kat dinding
4. Fridge magnet
5. Cucuk dengan lidi sebagai photobooth props / Jambangan bunga
6. Lekat pada bantal / lekat pada frame gambar
7. Sebagai cake topper

dan lain-lain. Pendek kata, semua pun bolehhh lahh! Haha, jom tengok gambar lagi :








Lekat di cover Photobook



Pencil Topper
Teddy bear kecil yang dilekatkan pada frame gambar :D


Haaaa okay! Banyak gila dah gambar aku letak, geram betul tengok semua patung kecik tu comel-comel semuanya. Paling best lengkap dengan baju tu dan lain-lain aksesori lagi tu. Hihi..

Okay, pada siapa-siapa yang berminat nak tempah patung kecil comel ni, bolehlah PM terus di FB LYLAC HOUSE (KLIK) atau whatsapp beliau di 011-3750 8703 (Akuma San) ya :)

*******************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


Friday, 29 August 2014

Quick Updates! Latest Pillow Design :D


Salam... :D


Yaa...aku dah jarang betul update pasal bantal handmade aku kat blog sekarang ni. Kemalasan melanda-landa u'olls~~ So, ini quick updates tentang design-design dan hasil bantal handmade aku yang dah aku buat selama sebelum raya tahun ni. Jom tengok :D

1. 'Meow' what you're like!

2nd Batch Meow (harga bermula daripada Rm 50)

Meow jenis ini, anda boleh request meow tu nak pegang apa. Kalau yang ini, boyfriend customer tu suka something yang macam bertukang-tukang dan bengkel macam tu, so beliau request meow tu pegang something yang ada kena-mengena dengan minat boyfriend dia tu. Jadi, aku suggest lah meow pegang toolbox dan barang-barang tersebut. Itulah hasilnya :D

2. Two is better than One

Doublelove Pillow (Rm 90)


3. Give them the REAL PRESENT !!

 
Present Box Pillow (Rm 55)

4. Baju baru untuk Miko-miko :D

Wedding Miko-miko (harga berbeza mengikut dress miko-miko)
Haaa okay tu je aku rasa..lain semua design yang dah sedia ada dalam album aku. Okay selamat menyambut hari kemerdekaan ya :D Kalau berminat nak cuci mata lagi, boleh lah terjah Facebook online business saya di :


p/s : Cuti 2 hari :)

Wednesday, 25 June 2014

Craft Review : Logam Washer Souvenirs



Hai korang :D Haa pernah tahu tak pasal craft yang berasaskan logam bulat yag dikenali sebagai 'washer' ni?



Banyak gila benda sebenarnya boleh dibuat melalui 'washer' ni. Antara yang selalu orang buat adalah buat loket rantai, keychain, bookmark dan macam-macam lagi untuk dijadikan souvenirs kepada ahli keluarga, sahabat mahupun yang tersayang. Meh kita tengok contoh-contoh kraf yang dah pernah dibuat orang dengan menggunakan logam 'washer' ini :

Loket rantai / jewellery



ada juga yang boleh diukirkan dengan nama seperti ini :




Keychain / souvenirs





Haa paling menarik, washer craft ni juga boleh dijadikan salah satu cara untuk 'ber-kreatif' bersama kanak-kanak. Tak kisah lah nak buat dengan anak-anak, or dengan adik-beradik, kalau korang cikgu tadika, pun boleh buat benda ni. Meh tengok hasil washer carft yang dibuat oleh kanak-kanak pulak :


Cara ikatan reben yang paling simple dan mudah, sesuai untuk dibuat bersama kanak-kanak :D

Kat mana nak beli logam 'washer' ni ???

Jangan risau, logam 'washer' ni memang tersangat lah mudah nak cari, korang pergi ke kedai-kedai hardware, dan cakap 'washer' ada? Haa nanti dia tunjuk lah kat mana. Washer ni ada pelbagai saiz tau, daripada yang kecik comel sampailah kepada yang besar sikit. So, pandai-pandai lah pilih yang sesuai ya :) Harga dia tak mahal pun, ringgit-ringgit je macam tu. hehe

Bentuk logam 'washer' yang asli (sebelum di-craft-kan)

Bahan-bahan untuk buat 'washer' craft ???

- Logam 'washer'
- Reben / tali pengikat / tali getah / apa-apa saja yang sesuai
- Bahan perwarna : Quittic (pewarna kuku tu haa..camane entah nak eja :p)
- Kalau tak nak gunakan warna, boleh guna kertas-kertas pembalut hadiah, potong ikut bentuk washer, dan tampal kan.
- Top layer : beli sekali masa beli perwarna kuku tu (lapisan atas lepas kita selesai warnakan kuku, berwarna jernih)





Haaa, dah tau cara nak buat, buat je ikut kreativiti sendiri ye. Mana tahu boleh jual, selamat mencuba ! (n_n)