Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Thursday, 13 August 2015

Kembara Mahkota Johor Lalu Depan Mata Pun Tak Sempat Nak Lambai

Salam.


Ofiz aku ni betul-betul sebelah jalan besar daripada Kulai nak ke JB. Duli yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan geng Kembara Mahkota Johor (KMJ) beliau akan lalu jalan tu untuk balik ke JB semula. So, daripada pagi tadi asyiklahhh duk dengar siren polis lalu-lalang.

Boss aku kejap2 bangun tengok kat tingkap. Tapi KMJ belum lalu lagi. Sampailah jam 12 tadi aku dah lapo pegi dapur makan dulu. Tapi still tak tenteram weh, siren polis duk bunyi-bunyi je lagi, tapi tak sampai-sampai gak. Aduh. Tak leh jadi ni, aku dengar betul-betul bunyi siren tu.

Kalau tadi dalam jam 10 pagi, sela masa antara siren-siren tu lalu-lalang adalah panjang sikit, tapi sekarang macam makin banyak. Sela satu minit dia punya siren tu, aku pun rasa macam dah dekat je kan KMJ so aku cepat-cepat turun bawah bawak kamera. STANDBY!

Aku tengok jalan besar nak ke JB memang dah clear habis. Itu tandanya ada nak beri laluan kepada sesuatu yg besar! So, memang confirm dah dekat. Cuma aku ingat lambat lah sikit so aku masuk office bawah, sekali time tu jugak lah diorang lalu.

Adeh...berkejaran aku, sempat keluar ofiz je then nampak somebody naik motor tengah lambai-lambai. Aku pun cam terkaku pulak, sebab otak aku pending, eh siapa pulak belakang Sultan tu? Setahu aku, sultan Johor bawak motor sensorang masa KMJ. So, aku tak balas balik lambaian tersebut....sambil tengok dengan mulut ternganga...wuwuwu T_T dah lepas semua, baru aku tahu, itu TMJ lahhhhh, yg belakang tu wife beliauuuu...Che Puan Khaleeda! Adoiiii....nyesal gua tak lambai balik tadi T_T


Tau jelah, tengok daripada jauh dengan cermin helmet berkilau, mana lahh aku cam...wuwuwu...yg Sultan dah jauh ke depan dah haa...kecewa betul aku...nak sangat aku jumpa beliau-beliau ni depan mata..

Penyudahnya, aku cuma dapat tengok geng-geng escort je lah. Hahahaha! Aku tak tau kenapa aku sangat sayangkan kerabat diraja Johor skang ni. Diorang tersangat-sangat mesra rakyat kot. So, tu je lah ceritanya. Sedih ke excited pun entahlah, hahaha~


Monday, 29 June 2015

Lokasi Menarik Untuk Outdoor Wedding Photoshoot di JB

Salam!
Semalam ofiz aku ada majlis iftar dekat restoran
belakang Dataran Johor. Balik kerja jam 5 petang,
so aku dengan staf lain (4 orang) terus gerak.
Sampai sana 5.30, hahaha awal gila, nak buka apa pukul 5.30??
So, masing-masing decide, okaylah..
lepak kat Taman Merdeka, JB (taman rekreasi)
For seriously, memang aku tak pernah lah berekreasi di situ.
Tak sangka pulak dalam tu ada satu bangunan yang rasa macam
cantik untuk dibuat photoshoot wedding kat situ :D

Struktur bangunan tu dua tingkat je dan panjang melengkung.
Kat sini je aku rasa boleh beratus gambar di-shoot sebab
dinding dia ada pelbagai permukaan.
Ada yang guna batu-bata, rustic mozek, batu-batu kecik
dan yang plain putih. 
Bahagian tangga nak naik pun dah berliku-liku dan
banyak sudut. Memang style nak ambil gambar! :D
*apa yang aku nak tunjuk adalah sudut-sudut menarik pada bangunan ni. Mohon abaikan model yang terselit di mana-mana. Hahah


Pandangan daripada atas tangga

Kemudian, ada salah satu bilik tu boleh dimasuk.
Tengok kat dalam ada cermin besar gila 2 bijik.
Apalagi, posing lah kejap dalam tu.
Tengok gaya dalam tu nampak macam Art Studio sebab
bersepah bekas-bekas warna, cat dan spray.


Lorong bangunan tingkat 2 dan atas jambatan pun cantik



Itulah dia sedikit sebanyak tentang lokasi best untuk
dibuat outdoor wedding photoshoot (n_n) Selamat datang ke
Taman Merdeka, JB~


P/s: tak sangka semalam kitorang buka puasa sama tempat dengan pemain team JDT!! Nanti aku update..hihi :D