Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 29 June 2015

Lokasi Menarik Untuk Outdoor Wedding Photoshoot di JB

Salam!
Semalam ofiz aku ada majlis iftar dekat restoran
belakang Dataran Johor. Balik kerja jam 5 petang,
so aku dengan staf lain (4 orang) terus gerak.
Sampai sana 5.30, hahaha awal gila, nak buka apa pukul 5.30??
So, masing-masing decide, okaylah..
lepak kat Taman Merdeka, JB (taman rekreasi)
For seriously, memang aku tak pernah lah berekreasi di situ.
Tak sangka pulak dalam tu ada satu bangunan yang rasa macam
cantik untuk dibuat photoshoot wedding kat situ :D

Struktur bangunan tu dua tingkat je dan panjang melengkung.
Kat sini je aku rasa boleh beratus gambar di-shoot sebab
dinding dia ada pelbagai permukaan.
Ada yang guna batu-bata, rustic mozek, batu-batu kecik
dan yang plain putih. 
Bahagian tangga nak naik pun dah berliku-liku dan
banyak sudut. Memang style nak ambil gambar! :D
*apa yang aku nak tunjuk adalah sudut-sudut menarik pada bangunan ni. Mohon abaikan model yang terselit di mana-mana. Hahah


Pandangan daripada atas tangga

Kemudian, ada salah satu bilik tu boleh dimasuk.
Tengok kat dalam ada cermin besar gila 2 bijik.
Apalagi, posing lah kejap dalam tu.
Tengok gaya dalam tu nampak macam Art Studio sebab
bersepah bekas-bekas warna, cat dan spray.


Lorong bangunan tingkat 2 dan atas jambatan pun cantik



Itulah dia sedikit sebanyak tentang lokasi best untuk
dibuat outdoor wedding photoshoot (n_n) Selamat datang ke
Taman Merdeka, JB~


P/s: tak sangka semalam kitorang buka puasa sama tempat dengan pemain team JDT!! Nanti aku update..hihi :D


2 comments:

Razfira said...

cantik! eh mcm sunyi xde org jer

eima said...

ko guna tmpt ni utk photoshoot gambar kawen nanti hehehehe