Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 3 August 2015

Siapa Ada Baby Kecik, Meh Join Contest Ni

Salam.
Anda ada baby berusia 4 tahun ke bawah?
Anda suka gambar bersama anak anda??
Anda nak peluang menang cash money beribu-ribu ringgit???

JOM JOIN CONTEST PETPET HAPPY COMFORT

Cara-caranya semudah ini:


Jangan risau sebab:

1. Tak beli produk Petpet pun boleh join
2. Tak payah dapatkan LIKE banyak-banyak pun boleh menang

SEBAB....
Ramai tau yang dah join! (n_n)
Anda hanya perlu snap picture yang happy-happy dengan baby comel anda tu, lepas tu PM je ikut arahan macam dalam gambar di atas. Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan:
- Kekreatifan caption anda untuk gambar tu (13 pemenang)
- Banyak LIKE (2 pemenang)

HADIAH...
Caption Kreatif
i. Grand Prize: RM 3000 x 1
ii. 2nd Prize: RM 2000 x 1
iii. 3rd Prize: RM 1000 x 1
iv. Saguhati: RM 350 x 10

LIKE paling banyak
RM 250 x 2

Haaa...bestkan hadiah dia! Lumayan tu dapat cash money. Siapa tahu 'rezeki terpijak' anda di sini kan? So, cepat-cepat join okay! Tarikh tutup 31 Ogos 2015!

Maklumat lanjut klik SINI

P/s: nak join belum ada anak lah pulakk..hihi :p

Sunday, 2 August 2015

Taksub atau Ambil Tahu??

Salam.
Hari tu aku kena label taksub dengan sorang kenalan aku. Sebabnya, aku suka sangat ambil tahu pasal politik dan pening-peningkan otak untuk berfikir tentang politik.

Aku tanya diri aku sendiri?
BETULKAH AKU TAKSUB??

Aku cuba selidik perbezaan taksub dan ambil tahu. Taksub itu lebih kepada membabi buta. Tahu? Membabi buta? Sedangkan aku bukan bercakap kosong. Aku tahu dan faham apa yang aku cakap. Aku bukan taksub, aku cuma mengambil berat dan mengambil tahu tentang sesuatu yang besar, iaitu hal politik. Dia kata jangan banyak fikir. 

Well, ikut pemerhatian aku sekarang ni, memang tak ramai yang suka berfikir tentang sesuatu yang susah dan berat seperti hal politik dan dunia di luar sana. Mereka anggap siapa yang ambil tahu tentang politik adalah orang yang tak cool. Betulkah tak cool?

Entahlah. Aku rasa, aku bukan taksub. Tapi lebih kepada nak mencari jawapan kepada apa yang aku tak pasti, aku nakkan jawapan! Aku nak selidik, bukan percaya bulat-bulat. Itu dia kata taksub? Nope!

Apapun, aku rasa lepas ni macam nak kongsi sesuatu yang amat berat dalam blog aku ni, cuma aku takut kena dakwa. Well, kita dah terbiasa dengan keadaan orang yang cuba membongkar rahsia akan ditangkap, kan? Sebab tu aku selalu je batalkan niat untuk kongsikan sesuatu tu. Aku takut nak ambil risiko. Tapi bila aku makin kaji, makin baca dan makin buat research, benda ni nampak logik, sebagai penulis blog, aku rasa macam nak tulis je segala benda tu dalam blog ni. Tapi tu lah, orang kita bukan suka membaca.

Maka sebab itu aku masih diam. Masih lagi update blog dengan cerita-cerita rutin harian yang biasa, cerita-cerita restoran dan makanannya yang sedap, cerita tentang kucing comel aku, dan gosip artis. Semuanya yang ringan-ringan. Entahlah...

Yang pasti, benda yang aku nak cerita itu bukan tentang politik dalaman, tetapi tentang sesuatu yang lebih besar yang berlaku di dunia yang kita sedang duduk sekarang ni. Hmm..

P/s: kalau tiba-tiba korang baca entry aku sedang membincangkan sesuatu yang serius, itu bermakna aku sedang serius. Seriously!