Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 5 March 2013

Design Button Badge & Mesin Pembuat Button :D

Salam semua. Hadoi busynya aku. Semuanya 'cikgu tersebut' punya pasal.
Okay, aku tak kira aku nak update gak blog aku yang dah bersarang sepaideman nih.

Hari tu, aku buat design button badge dan banner untuk client aku. So, kali ni aku
nak share lah button-button yang dah siap tu. Aku nak introduce sekali mesin
ajaib pembuat button badge kat tempat aku ni, kat korang.

Ini design-design button :




Sebenarnya, design-design kali ni tak boleh nak dibanggakan sangat bagi aku, sebabnya
kartun-kartun yang aku guna tu memang ready-made doodles. Cikgu tu nak design cepat,
pastu nak demand itu ini, memang aku pun buat 'kerja pantas' je lah. Haha

Ini pun design button untuk sorang lagi customer aku, tapi yang siap jadi buttonnya aku tak
sempat nak snap  :


Owh seperti yang aku cakap tadi, aku nak kenalkan kat korang mesin pembuat button
badge yang memenatkan~~~~ Ini dia :


Menatang ni memang mujarab kalau korang teringin nak rasa sakit pinggang ke, sakit
belakang badan ke, haaa memang mesin ni dapat membantu korang. Serius !


Haa, benda alah bawah dia tu boleh berpusing-pusing, siapa tahu guna menatang ni tahulah
macam mana nak buat button. Memang best kalau dapat memiliki mesin ni. Boleh buat
button sendiri sesuka hati :p

Okay itu je, ini lah 500 button yang sudah disiapkan untuk sekolah tersebut.



Hasil kerjasama ala-ala Wonder Pet memang sangat membantu walaupun aku rasa bini boss
aku ni kejam sebab bagi kitorang masa selama 4 hari je untuk siapkan. Huh! Owh ye, aku lupa
nak kenalkan lagi satu mesin yang terlibat dalam pembuatan button badge ni, iaitu mesin
pemotong kertas menjadi bulat. Itu lagi lah, aku try gak guna, memang kalau tak kuat iman,
boleh mencarut sebab penat. Haha..

p/s : dulu order button tahu nak cepat siap je, sekarang bila aku dah tahu betapa mencabarnya
buat button, rasa macam tak nak bagi orang order button lagi kat sini. Haha




10 comments:

Nurrul Hazieqah said...

wahhh !! banyaknya.. 4 ahri aje siapkan ? ? gile ke apa... nasib baik lah dapat yg cekap.. hehe..

nak satu boeh ? :D

Nong Andy said...

menariknya :)

rasa-rasa nak buat button tu untuk hari jadi Shinta. buat door gift hehehehe

reenapple said...

wahhhh.. menarik. tapi aku tak reatif bab design ni. Wuwuwuw

hana hadi said...

mahal x mesin tu.. hana pernah tengok org buat button tu. hana ingat diorang lukis atas button. rupanya print tampal guna mesin tu.hehe

Lynn Damya said...

Nurrul : haah tau xpe, kejam kan~haha

Nong Andy : boleh je kak, mesti shinta suka, haha

reenapple : eh kau pun kreatif apa, tp kau kreatif buat novel lah, haha

Hnahdy : haha lagi hebat imaginasi awk, hana..hihihi :D

Unknown said...

waaa comelnye button >_<

Unknown said...

Hi lynn, tomeinye button ni. Kalo na mintak lyn design kan blh x? Reply akak blh? memillionare@gmail.com

Unknown said...

Hi lynn, camner nak tempah ni?

Unknown said...

Sis,kat mana ada jual mesin tu

Cik Siti Aminah Ramli said...

salam..sis mcmana nk order button tu? Comel la..Tlg pm sy harga ye..email sy aminahramli@gmail.com