Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 12 November 2013

Apa Yang Kita Dapat Daripada Status 'Negara Maju' ?

KL-PenangMalaysia-page

Menjadikan sesebuah negara itu berkembang pesat dan membangun maju serta terkenal
di serata dunia; mungkin menjadi impian dan idaman setiap mereka yang bergelar
pemimpin-pemimpin negara. Namun, terdapat segelintir pemimpin yang mungkin terlalu
ghairah mengejar nama, harta dan kuasa sehingga menyebabkan 'negara maju, tetapi
rakyat tertindas' akibat kesan-kesan daripada negara maju yang 'hadir' seiring dengan
kemajuan sesebuah negara, seperti di Hong Kong di mana golongan rakyat yang miskin
terpaksa menetap di dalam sangkar!

Status negara maju, mungkin bagus dan dipandang positif oleh majoriti yang berkemampuan,
tetapi apalah ertinya kemajuan tersebut andai bukan sahaja tidak bermanfaat, malah juga
membuatkan golongan yang kurang berkemampuan semakin terseksa. Jadi, apa sebenarnya
yang kita dapat ataupun yang harus kita hadapi apabila negara yang kita diami kini berstatus
'negara maju' ?

1. Kemudahan Fasiliti dan Hospitaliti





Ini memang tidak dinafikan, apabila sesebuah negara berkembang dan menuju ke arah
'negara maju', maka segala bagai pembangunan dan infrastruktur akan dimajukan dan
pelbagai kemudahan yang dahulunya mungkin tiada ataupun kurang, kini ditambah dengan
banyaknya sehingga membuatkan rakyat berasa selesa. Kawasan-kawasan terpencil dan luar
bandar juga bakal mengalami perubahan di mana semakin mudah dan senang dengan
pelbagai kemudahan yang disediakan seperti hospital, sekolah yang lebih selesa, pasaraya
dan sebagainya.

2. Peningkatan Peluang Pekerjaan



Apabila segala kemudahan dan hospitaliti meningkat, maka secara automatik peluang pekerjaan
juga akan bertambah daripada pelbagai sektor. Dan peluang-peluang pekerjan ini, terutamanya
dalam sektor pembinaan semestinya bakal meningkatkan pertambahan warga asing dalam sesebuah negara itu kerana mereka juga memandang peluang itu sebagai peluang untuk mereka, apabila rakyat negara itu sendiri lebih gemar memilih pekerjaan yang sesuai dengan status dan kelayakan mereka.

3. Nama & Kebanggaan



Ini sudah pasti ! Malahan inilah tujuan sebenar segelintir besar para pemimpin demi memajukan
negara di bawah pimpinannya. Untuk mendapatkan nama di mata dunia, untuk disebut-sebut,
untuk dijulang-julang dan untuk dibangga-banggakan. Bayangkan, sebut saja nama negara itu,
terus saja dikenali, siapa yang tak bangga kan? Lebih-lebih lagi kalau negara maju itu mendapat
komen-komen yang positif daripada negara-negara yang lain. Apatah lagi kalau pemimpin
negara maju itu selalu dijadikan contoh ala-ala role model atau inspirasi kepada pemimpin negara
lain untuk mengikut jejak langkahnya, sekaligus berusaha membangunkan negara sendiri di
mata dunia.

4. Sesak & Padat





Kesesakan dan kepadatan ini kebiasaanya dapat dilihat di kawasan-kawasan utama sesebuah
negara atau pun di bandar-bandar besar yang mana menyediakan prasarana yang luas dan
peluang pekerjaan yang amat banyak. Kesesakan ini bukan saja 'dirasa' di jalan-jalan raya,
tetapi juga 'dirasa' hanya dengan memandang di sekeliling kita sahaja.

Jadi, bayangkanlah apabila ia semakin maju, ia akan menjadi semakin ramai, sesak dan padat.
Lebih-lebih lagi apabila masing-masing menggunakan kenderaan masing-masing.

*Baca Pertumbuhan Penduduk & Tahap Pembangunan Negara

5. Peningkatan Kos Hidup

poster

Saya bukan dari jurusan perniagaan atau apa-apa yang berkenaan tetapi saya pernah belajar
tentang ini dari subjek Teknologi Kejuruteraan & Kemahiran Hidup, di mana :

"Semakin tinggi permintaan, 
semakin tinggi harga sesuatu barang atau perkhidmatan itu"

Saya ambil contoh dalam skala yang kecil, iaitu di kawasan taman perumahan saya, di mana
dulunya memang kurang maju, dan bukan merupakan kawasan strategik untuk memasarkan
perniagaan di situ. Tetapi, baru-baru ini setelah wujud Johor Premium Outlets (JPO) dan
AEON Jusco berdekatan dengan tempat saya, harga tanah, rumah, sewa rumah, kedai
semuanya sekaligus meningkat. Jadi, itulah perumpamaannya dengan kes negara maju ini.

*Baca tentang Supply & Demand (BM)

6. Cukai Goods and Services

Cukai ini memang dah lama digunakan oleh negara-negara yang berstatus maju, dan GST
ini diwar-warkan oleh media massa sebagai 'benda' yang sangat positif dan baik demi
pembangunan negara. Media massa juga begitu menekankan dan membuat senarai panjang
tentang barang-barang yang tidak dikenakan GST. Tetapi harus diingat, walau bagaimana
banyak pun barang yang terkecuali dari GST ini, tetap lebih banyak lagi barang yang bakal
dikenakan GST.

Dan walaubagaimana 'baik' pun GST ini, ia tetap memberi kesan dan ketidakadilan berlaku
apabila golongan miskin dan kurang berkemampuan turut dikenakan cukai apabila membeli
barang.

Apa-apa pun, ia akan menguntungkan kepada golongan yang berpendapatan tinggi kerana
bukan saja mereka tetapi semua golongan juga bakal dikenakan cukai yang sama kadar dan
jumlahnya, termasuk mereka yang berpendapatan rendah. Inilah cukai yang saksama. Hm?

7. Hiburan & Peningkatan Masalah Sosial



Dalam sesebuah negara maju, golongan atasan dan yang berkemampuan masih berada
di tahap selamat dan tidak berasa terdesak atau pun mengalami masalah kewangan,
berbanding golongan yang sederhana, kurang berkemampuan mahupun miskin. Status
mereka adalah stabil dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana mereka ada wang untuk
mendapatkan atau memenuhi keperluan dan keinginan mereka.

Walaupun bukan semua, tapi sebilangan besar mungkin akan berhibur dan ada segelintir yang
berhibur dengan cara yang tidak elok, malah mungkin yang diharamkan dalam Islam seperti
meminum arak, berzina dan sebagainya.

Seterusnya, mampu menimbulkan masalah-masalah sosial seperti yang sudah sedia banyak
berlaku seperti pembuangan bayi, pengguguran kandungan, kemalangan maut akibat
pemandu yang mabuk meminum arak, ketagihan dadah dan banyak lagi.

Golongan remaja, mungkin penyumbang terbesar dalam konteks masalah sosial di sesebuah
negara maju.

8. Peningkatan Kadar Jenayah



Okay, ini mungkin saya tak perlu nak terangkan sebab ia sedang berlaku. Anda boleh baca di
akhbar-akhbar, internet, tonton berita atau pun dengar saja di radio;

Berapa ramai yang cuba pecah masuk rumah dan merompak?

Berapa ramai yang cuba melarikan anak orang ataupun tebusan demi mendapatkan
duit?

Berapa ramai yang cuba melakukan rompakan bersenjata di bank-bank mahupun di
kedai-kedai runcit atau kedai-kedai mamak?

Berapa ramai yang kini sebenarnya tertekan dengan masalah kewangan hingga
akhirnya mengalami tekanan melampau sehingga mampu mencederakan diri sendiri
atau orang lain?


Tekanan
Dan tekanan itu sendiri mengalami fasa-fasa dan tahap-tahapnya daripada boleh diselamatkan
atau sudah serius hingga menyebabkan gangguan mental sebelum bertindak melakukan
jenayah seperti merompak, menculik, membunuh; dan persoalannya...

Berapa ramai yang pada saat ini, sedang berada di fasa-fasa pertama tekanan itu di
luar kesedaran mereka ?







* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Perlu dilihat semula, kenapa tekanan-tekanan seperti ini berlaku :

Sebab susah mendapat pekerjaan kah, sekaligus menyebabkan sukar
mendapat wang?

Sebab kos hidup yang semakin tinggi kah, yang menyebabkan gaji sebulan yang
diperoleh terasa tidak pernah mencukupi ?

Sebab ahli keluarga dan masyarakat sekelilingkah yang semakin lama,
semakin memandang harta dan kekayaan, lantas memandang rendah terhadap
golongan yang sederhana atau tidak mampu seperti mereka?

atau, sebab 

kita sendiri yang tidak mampu mengawal diri mengikut syariat yang ditetapkan?

Lihat semula apa yang aku senaraikan tentang apa yang kita dapat
daripada status 'negara maju', nampaknya ada
'sesuatu' yang tertinggal, yang peningkatannya tidak seiring
dengan majunya sesebuah negara :)


...



...






Agama dan moral kita jauh ketinggalan di belakang, tidak seiring dengan
kemajuan negara yang kita miliki.

TERlalu maju dan TERlupa Tuhan, maka TERuntuhlah akhlak dan moral..


Jangan lari daripada ini...


*Sekadar perkongsian pendapat aku. Harap bermanfaat dan terima kasih


8 comments:

eima said...

100% setuju ...
janji tinggal janji .....
tahun 2017 kompom kerajaan umum GST dimansuhkan kerana membebankan rakyat ....... negara maju tp rakyat miskin

Tinta Lana said...

Salam.

Masa aku study subjek sustainable development, pensyarah aku bercerita. Dia kenal ramai individu yang banyak harta.

Sampai satu tahap, harta terlalu banyak, sampai tak tahu nak buat apa. Dibelinya kereta mewah beberapa buah, tak cukup itu beli helikopter n jet peribadi, pun tetap tak puas hati.

Maju, kalau dilihat dari segi kebendaan, material, memang sampai satu tahap kan, kita macam back to zero. Maksud ak, kita rasa jiwa kosong. Tak happy, murung, stress. Cth, bila ada kemudahan pengangkutan awam, mudah pergi balik kerja. Tpi perasan tidak, lama2 hidup boring. Rutin hidup sama setiap hari. Hari2 naik LRT.

Hidup takda pengisian untuk rohani, yang ada untuk jasmani je.

Urmm..aku macam blur2 je nak komen,hahaha. Ok, banyak benda nak ckp sbnrnya, cuma tak ter-recall apa yg ada dlm kepala.

Unknown said...

Setuju sangat..

Lynn Damya said...

Eima : time kasih kak, tulis apa yg sy rasa je..hmmm betul tu..harap2 2017 dikasi ubah sikit ;) hehe

Lana : wah perkongsian cerita yg menarik, babe! mmg pd yg kaya tu, xpernah rasa puas, tak beringat..and aku setuju tntg pengisian rohani tu, itu lah maksud aku ia tak seiring dgn kemajuan negara...

hahaha xpe2, lepas recall dtg komen sini balik, haha :p

Nadya : terima kasih :)

Tengkubutang said...

sedih.. x mau citer bab ni.. sakit jiwa sebab negara makin maju tapi rakyat ibarat tertindas dengan macam2 menda yang kerajaan kenakan.. opsss

Siti Hajar said...

Semoga agama kita maju seiring dengan pembangunan negara. Aminnn ;)

reenapple said...

Aku setuju weh. Negara maju... hurm. Banyak lagi masalah yang timbul dengn status macam tu.. humm

Nong Andy said...

bila jurang pendapatan yg miskin dan kaya terlalu jauh.. akan hanya ada yang kaya dan yg miskin. golongan pertengahan yg sedia ada.. sama ada naik ke tingkat kaya. atau jatuh ke tingkat miskin..

dulu akak fikir.. selain dari naik kan minyak.. dri mana gov nak carik duit utk makbulkan janji brim yg akan di berikan. sekrang sudah terjawab.. ya. subsidi gula di potong.. heh.. dan gst nanti.

janji bagi brim 1000. tapi bagi 650? ya.. akak punya jangkaan. 2 tahun b4 election baru janji 1000 atau 1200 itu akan di tepati utk meraih undi..

gst? positif thing.. rakyat yg selama ini sambil lewa akan mula prihatin ke mana duit cukai itu di belanjakan..myb. cuma pendapat..