Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 27 July 2016

Pengalaman Balik Kampung Naik Ketapi (Part2)

Salam!
Hahaha, nampak tak dia punya malas nak update blog tu macam mana. Lepas seminggu, baru ade entry baru. Then ber-heaven2 lagi sampai seminggu, baru update entry baru. Ish3, dasar kemalasan melanda-landa! So, ni sambungan untuk entry INI.


Daripada Ipoh nak ke Johor mesti kena transit di stesen Gemas, yang mana kami guna perkhidmatan ETS yang selesa dpd Ipoh sampai ke Gemas, then tukar naik KTM untuk terus sampai ke Kulai, Johor.

Kau tau lah kan, dah lah first time naik ketapi, lepas tu mula-mula naik je terus naik ketapi moden yang best dan selesa, tetiba bertukar pulak naik ketapi yang lama tu, berhuhu-huhu lah jawabnya aku dengan suami aku. Hahah!

Masuk-masuk gerabak je, gua terus selfie seketul dua, seat dia best sebab macam seat dalam bas express kan. Hahaha, even seat dia best, persekitaran dia sangatlah berbezanya pun adoi. Dalam gerabak aku tu riuh-rendah dengan suara-suara manusia, tambah pula ketapi lama kan bunyi dia bising sebab besi langgar-langgar kan. Hahaha, suasana nya tu dah macam dalam kelas bebudak sekolah yang takde cikgu masuk mengajar :p

Semua orang macam tak reti duduk diam, hahaha...pastu ketapi tu bergegar-gegar memanjang. Tapi aku takde hal sebenarnya, sebab seronok dan excited first time naik ketapi, cuma ada certain lah yang kurang sebab ia ketapi lama, kan :D Contohnya adalah:

1. Pintu antara gerabak
Ni paling stress sekali, sebab ia berkaitan dengan manners manusia. Tak seperti dalam ETS, pintu antara gerabaknya adalah automatik tertutup sendiri lepas seseorang melepasinya. Tapi dalam ketapi lama ni, manual. Konduktor dalam ketapi tu dah elok dah tutup pintu tu untuk kurangkan rasa bising, tetiba datang seekor manusia yang tak reti bahasa bukak pastu jalan je terus dan biar pintu tu tak bertutup. 

Pastu lalu pulak lagi 2 ekor manusia, yang depan dah elok dah tolong tutup pintu, sekali yang belakang dia bukak, pastu jalan terus tak tutup pintu tu. Aku dengan suami aku asyiklah tergeleng-geleng kepala tengok perangai2 manusia yang tak alert ni. Dah terang-terang kat pintu tu ada tulis;

 'Sila Tutup Pintu Ini Semula'

...pon kebebalan mereka melanda-landa~ Haih~ Then, jangan bagi anak-anak korang main-main kat ruang antara gerabak tu, sebab kat situ ada ruang penyambung yang kalau tak berhati-hati, kaki anak korang boleh terjatuh ke bawah dan tersepit di situ. Scary kan? Aku pun suspen masa lintas ke gerabak depan sebab boleh nampak rel dengan batu-batu kelikir kat bawah tu haa~

2. Toilet
Toilet dia kalau nak bandingkan dengan ETS, of course lah ETS lagi 5 bintang. Aku nak jalan daripada gerabak aku ke toilet kat gerabak hujung tu punyalah bersusah-payah sebab train asyik bergegar ke kiri-kanan. Pening pale gua~ Hahaha! Dah lah aku tak stabil masa nak bukak pintu besi antara gerabak tu, agak berat jugaklah. Sian aku tak kuat! Nasib ada sorang cina tu tolong bukakkan.. Hahaha


3. Facilities


Haa dia punya meja best, sebab besar...muatlah kalau korang nak letak kepala dan tidur atas tu macam yang korang selalu buat masa dalam kelas dulu kan~ Hahah tapi dalam ketapi lama ni takde kafeteria. Kalau korang berani, korang lompatlah keluar jap masa dia tengah stop kat mana-mana stesen, silap-silap boleh tertinggal sebab dia berhenti kejap je...rela berlapar daripada turun beli makanan pastu tertinggal train..hihi :p

4. Pemberitahuan Stesen Secara Manual
Ini serius lah, paling gigih yang jadi konduktor dalam ketapi tu. Sebab ketapi lama takde TV yang memaparkan kita tengah kat stesen mana dan apa stesen yang seterusnya. So, konduktor tu lah yang duk ulang-alik ke hulu-ke hilir inform sendiri kat para penumpang kalau stesen yang diorang tuju tu dah nak sampai.

So, korang boleh je bantaiii tidur sebab konduktor tu pasti akan kejutkan korang masa dah nak sampai stesen yang korang nak turun :)

Okay, tu je...tak banyak gambar entry ni sebab dah pulun habis masa dalam ETS tu, betry fon pun dah tinggal sikit. Hahaha, terima kasih sudi singgah sini (n_n)

P/s: pengalaman berharga, tinggal naik kapal terbang je ni yang aku masih seram nak naik. Hahah

4 comments:

Cici said...

i imagine ketapi ni mcm ktm coach lama tu lah ye. memang tak selesa walaupun naik 1 station je. dulu sanggup tunggu next train sbb nak yg coach baru hehehe.

takde part 3 ke babe? sonok baca jalan jejauh naik ketapi ni =p

eima said...

ape yg seanye ngan kapal terbangnye ...ai tak pernaik ketapi tp klu train laju kat putrajaya ni pernah la

ct cheery said...

Hehe..kau buat aku tegedik-gedik nak naik ets huhu

Afif Rayyan said...

Lama dah tak naik kereta api nie.. one day, teringin nak bawak anak jenjalan naik tren jugak..