Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label iklan Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label iklan Nuffnang. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

Cek Nuffnang aku bermasalah?

Salam.
Patutlah cek Nuffnang yang aku cashout bulan November tu tak dapat-dapat lagi, rupa-rupanya kena reject.


Korang punya cek pernah kena reject tak? Pasal apa ye?

p/s: baru ingat nak guna duit ni buat beli novel. Kena reject lah pulak..haha

Monday, 20 October 2014

Penjelasan kenapa Nuffnang bagi CPUV terlalu banyak???


Salam!
Hahaha..dapat sikit, bising, dapat banyak pun bising. Actually, daripada awal bulan oktober hari tu aku dah hairan bila check Nuffnang aku...

Segedebuk haa dapat 16 ketul iklan, gila banyak!!

Seperti blogger lain, aku memanglah happy gila, sehinggalah aku terbaca satu entry yang blogger ni update mengenai kenapa nuffnang bagi banyak iklan CPUV...

Blogger tu hantar Ticket pada nuffnang, dan Nuffnang reply, sistem mereka ada masalah teknikal, sebab tu iklan-iklan tu semua macam 'terdouble' or 'tertriple' camtu... (check Nuffnang korang)..mereka janji nak setelkan dalam masa yang terdekat.

Nah baca lebih lanjut daripada Nuffnang di SINI

P/s : masalahnya macam dah lama sangat masa untuk diorang fix problem ni, tapi tak betul-betul jugak? Makin banyak dah blogger yang update diorang dapat CPUV banyak gila. Dan tengok kat page Nuffnang, takde pun diorang explain pasal kerosakan teknikal ni. Hmm~sampaikan aku pun dah berdoa-doa, minta-minta lah iklan yang banyak tu memang betul-betul wujud, bukan sekadar bayangan gitu~ hahaha


Tuesday, 9 September 2014

Rezeki Yang TERPertama hasil menulis blog :D


Salam...:D
Ya, aku tahu ramai yang dah dapat, malahan selalu pulak tu dapat, tapi...izinkanlah aku untuk bergembira kali ini, sebab ini adalah buat julung-julung kalinya aku akhirnya dah boleh cash out kan duit hasil iklan Nuffnang di blog aku ni...isk..isk..terharu rasanya dapat duit daripada menulis blog ni T_T

Sekian lama menulis, barulah dapat Rm 70 tu..haha Alhamdulillah (n_n)

Aku check semula, tarikh hari first aku dapat iklan CPUV adalah pada tarikh 3 September 2013...lepas tu, langsung takde sampailah iklan tu mula masuk balik dalam blog aku pada 10 Jan 2014..start awal tahun hari tu, sampailah sekarang, blog aku baru dapat sebanyak 40 iklan CPUV sahaja. Hahaha...orang lain dah beratus-ratus cik kak oi, blog kau masih bawah 50 iklan saje..haha

So, dalam masa 9 bulan ni, aku baru dapat cecah Rm 70..itupun banyak dibantu oleh CPUV berbanding iklan CPC...blogger lain dah siap dah boleh dapat sebulan Rm 50 dah..aku kena gigih lagi ni~ hahaha..

Okay tu je lah kisah rezeki saya pada hari ini..tunggu banyak sikit lah baru cash out~ :p