Happy Three Friends

Miss Money

Friday, 28 June 2013

FINAL MATCH !!

Huarghhhhhhhh ! Pada mulanya, aku support biasa-biasa je lah terhadap pasukan negeri
kelahiran aku iaitu Johor Darul Takzim ni, TETAPI......



Apabila kawan officemate aku, si Ana ni ambil cuti hari ni dan esok semata-mata nak pergi
stadium untuk tgk final ni,

dan apabila radio jahat ni on air kan lagu-lagu bola dan lagu-lagu yang boleh menimbulkan
semangat sukan aku ni menjadi berkobar-kobar tahap dewa punya....

membuatkan aku tension, sebab aku tengah kerja....arhhhh damn !!!
Rasa nak ambik cuti gak, tapi tiket dah habis T_T

Kau nak tahu apa turutan lagu yang radio jahat ni bukak sejak pagi tadi ??

1. Lagu JDT (Johor)
2. Lagu Red warrior (Kelantan)
3. Standing In the Eyes of The World
4. Zamina mina ey..ey Waka waka ey..ey (lupa tajuk)

dan kemuncaknya....

" We are the championnnnn~~~ 
                 we are the championnnn~~~~"

Imagine kau adalah seorang lelaki yang minat gila dengan bola, tapi oleh kerana kau
bekerja sebagai tukang masak kat kedai mamak 24jam yang menyiarkan live match,
kau tak dapat gak tengok, sebab kau kena masak....hahaha

macam tu lah perasaan aku nih T_T


All the best for both team, aku seronok melihat scene bola sepak kita yang makin
lama makin mendapat sokongan semula daripada rakyatnya sendiri. Hehehe...


Wednesday, 26 June 2013

Will You Marry Me.... ? (bunyi jantung)


Tuu diaaaa....siap dengan bunyi jantung bagai kan~~over sangat ! Hahaha
Tadi aku round-round Facebook, (apa kena bahasa aku hari ni) then aku ternampaklah
pic kat bawah ni :


Beberapa persoalan mula timbul blup blup bluppp dalam fikiran dan minda aku ni...

1.Macam mana perempuan tu nak ber-reaksi terkejut / terharu?

Macam tak best je, reaksi akan jadi slllooooooowwwww mmoooootiiiioooooonnnnn je,
yelah kan dalam air....pergerakan semuanya terhalang dek kerana tekanan air..

2. Macam mana perempuan tu nak lompat-lompat dengan excited?

Hahaha ni aku pon tak tahu lah apa punya reaksi ni, mungkin sebab terlampau excited
or dah bertahun sangat menunggu kan? Haha :D Cuma, kalau aku, mungkin akan 
terlompat bintang lah sikit, sebab terkejut sangat + happy. Eh?

Tapi tu lah, kalau kat darat, boleh lah macam lompat-lompat or lari-lari keliling pinggang
just untuk menunjukkan betapa terujanya seseorang gadis itu apabila dilamar, tapi kalau
dalam air, adakah gadis itu akan berenang-berenang ke muara untuk mengekspressikan
rasa keterujaan tersebut? Hmmm....

Yang penting aku tak nak kawen dalam air, sebab kucing aku tak leh berenang/menyelam.
Aku nak kawen kat darat, nanti kucing aku 2 ekor tu leh jadik pengapit aku~~~ Haha


Meow~

meow~



Ni aku ke kucing-kucing aku yang kawen nih ??