Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Monday, 8 April 2013

Ulasan Tentang ABPBH 2013 daripada aku (-_-)

Ini semua poyo!! Kau tengok tajuk entry aku tu, poyo kan? Macam lah aku ni juri,
hahaha tapi dekat kawasan Lynn Damya, akulah yang paling berkuasa untuk menaip
segalanya tentang ABPBH kali ni. Hahahaha (gelak sumbang)

Okay, dengan berkonsepkan Ledakan Geometri, aku rasa stage dia very nice, ade
macam diamond kat tengah-tengah tu (ni semua nak interframe Habib Jewels lah ni).
Cuma aku rasa konsep ledakan geometri tu tak berapa nak meledak sangat lah sebab
tak ketara sangat pada fesyen artis malam tadi. Pape pun, aku bersyukur sebab hanya
Didie Alias je yang err...mengikut tema (-_-')

Didie Gaga in the house you alls~~~
1. Artis Wanita Paling Cantik ABPBH 2013

- Lisa Surihani (ahh, damn takde gambar baru pulak, belum masuk google)


- Khilafairy (hmmm, xde gambar gak)

- and of course Anzalna (peminat setia)..hahaha apa? neelofa tak cantik ke?? Not my taste~


Malam tadi Anzalna dan Neelofa digandingkan bersama untuk menyampaikan award.
Dan bila ditanya mengenai perselisihan faham antara mereka, Neelofa beriya cakap
diorang dah berbaik. Ishh, apesal aku tak suka betul si Neelofa nih. Huh~

2. Artis Lelaki Paling Hensem ABPBH 2013

- Aiman Hakim Rizal

Yang ni boleh lah, aku tak reti nak tengok lelaki ni tang mana kehensemannya. Owh, Aaron
Aziz ke? Sorry, tak minat gak. Huh~ (habis aku kena hentam dengan fans dia nanti :p )

3. Fesyen Artis Paling Berani ABPBH 2013


- Memang secara automatiknya aku terus pilih Didie Gaga, eh? Sangat sangat sangat berani
  dan gila kukuh keyakinan beliau. Ala, tapi memang dia daripada dulu dah terkenal dengan
  fesyen-fesyen pelik dia tu. High taste kononnya~ Hehe

- Fida (ala yang muka macam Siti tu, yang dulu gossip dgn Mamat Sepah tu)...Hmmmmm..
  tak berkenan menengoknya semalam. Entahlah, macam tak best gitu, sebab dulu baju-baju
  dia takdelah begitu..Hmmm...

- Rosyam Nor (wahhhh coat dia warna oren terang derrr, cool habis. Naseb baik Rosyam
  Nor yang pakai, nampaklah cool sikit, hahah)

4. Part Paling Huru-hara ABPH 2013

Yang pink tu Dato AC Mizal, dan yg pakai seluar pendek warna biru tu Fida
- Starting dah okay, tapi bila masuk AC Mizal, estrellar entah macam mana nak eja dengan
si Fida bawak lagu Apo kono eh jang tu, perghhhh bingit. Sakit telinga. Terjerit-jerit. Arhhh !
Stress ! Bila live je hancurssss lagu kau. Damn~~~

- Then, masuk pulak One Nation Emcess. Aku minat gak group ni tapi tu tak menghalang
aku untuk mengomen mereka. Okay diorang bawak lagu Dikir Puteri. Serius ke laut. Adoi
pening pale otak aku dengar. Entah dikir nya kemana, puteri nya ke mana.

* Starting ABPH je dah huru-hara, terkinja-kinja. Sorry aku rasa majlis ABPH ni berprestij
dan segala performance haruslah nampak 'segak dan ekslusif'. Ini starting dah macam
gig underground mana nih~

- Part performance untuk penutup yang menampilkan Zizan, Johan dan group yang nyanyi
lagu Aku Pelat tu. Lagu tu best tapi bila live je, hadoiiiiiiiii !

5. Part yang macam...."Krikkk...krikkkk....."

- Part Tasha Shila, Nazim Othman dan NurFathia jadi tetamu untuk umumkan
pemenang award. Tasha Shila konon nak beramah mesra dengan bertanyakan
Nazim dan Fathia tentang siapa pelakon kegemaran mereka. Dan lepas dorang dah
jawab, benda tu macam owhh...then 'krikkkk...krikkkkk.....' Dan Tasha Shila agak gila
kuasa pulak malam tadi, dia pegang kad, dia bukak kad, dan jerit sorang-sorang nama
pemenang. (-_-')

6. Part PALINGGGGG BESTTT ABPBH 2013 !!!


- Kemunculan otai-otai rockers yang mempersembahkan lagu-lagu mereka yang hit
di pusat-pusat karaoke. Gamat suasana, Rozita Che Wan ikut nyanyi bersungguh-
sungguh haa~~Minat sangat nih ! Haha

Search menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Serius Legend !! :D
- Part paling best dan nostalgia aku rasa waktu artis-artis terpilih yang menyanyikan
lagu Search iaitu Ella, M. Nasir, Ziana Zain, dan sape entah aku lupa, diorang nyanyi
ramai-ramai lagu korus Rozanna. Fiuhhhh~~ layan~~~ nostalgia sangat~~~ :D

7. Part Paling Pecah Perut ABPBH 2013

Memang semua yang tengok semalam pun akan cakap part Johan parody kan lagu
'Sayang' yang telah diparodykan oleh seorang mamat lem...yang skang tengah feymes
kat youtube. Ahakkk sangat macam haram !! Lawak gila..

 
Sampai terburai tu haaa rambut si johan. Haraaaammmm betul ! Haha
Tengok video kat sini : Video Parody Johan 'sayang'
Dan Part yang aku rasa berpuas hati adalah part di mana.......

Bagus ! Rampas balik daripada Aaron Aziz !!

Shaheizy Sam menang !!!

Ada dua sebab kenapa aku suka gila beliau nih menang.

1. Sebab beliau memang bagus berlakon.

2. Sebab beliau berjaya merampas kemenangan ini daripada Aaron Aziz !! Aku
puas hati giler ! Hahahaha >_<

Sorry Aaron, wa lagi popular tahun nih ! Haha


Sumber gambar : Facebook Media Hiburan & Triggy.com

6 comments:

Zaza said...

zaza pun suka tgk part otai2 je n part paling pecah perut..haha..suka tgk johan =)

najihahfara said...

setuju. paling menyerlah yg part tasha shilla. konker lebih

Muhammad Zulqarnain said...

Aku nak tambah satu lynn..part bebudak kat tengah stage tu..memekak dowh..rimas aku.

reenapple said...

Hahaha. Aku setuju dengan kau. Semua!!! Even aku tak layan sangat ABPBH 2013 tapi bila part Sam menang, aku tonton! hahaha.

Erk.. aku pun tak suka Neelofa dan aku pun tak tahu macam mana nak tengok kehenseman seseorang artis lelaki tu. Aku rasa aku memang tak pandai nak tengok macam mana lelaki tu dikatakan Handsome. Erk..

#Eh... panjang lak aku komen. Mohon approve tau. Ejejekekekekke =P

reenapple said...

Ohhh luypa nk gtao aku pun tak minat Aoron Aziz.. kih kihkih. Kita geng! hahahaha

Nurrul said...

EMM , nURRUL TERUS tak tengok lansung sebb TB rosak :(