Happy Three Friends

Miss Money

Friday 22 November 2013

Apa itu Chee Cheong Fun ?


Salam semua (n_n).

Nampaknya selepas aku update entry Kopitiam Killiney ni, ramai yang bertanya
apakah itu Chee Cheong Fun ? Baiklah, sini aku dah kumpulkan sikit maklumat
untuk menerangkan apa jadahnya Chee Cheong Fun ini?? 

Chee Cheong Fun atau nama lainnya Rice Noodle Roll / Steamed Rice Roll
adalah sejenis hidangan makanan Kantonis yang berasal dari China Selatan dan
Hong Kong.

Chee Cheong Fun dihidangkan dalam pelbagai cara, namun dua cara yang
popular adalah dengan menghidangkan chee cheong fun bergulung yang ada inti (isi)
kat dalam dan chee cheong fun dengan kuah ala rojak petis dan sambal tumis.

 
            Chee Cheong Fun Berinti (Sumber)                       Chee Cheong Fun 'Kosong' (Sumber)

Yang aku makan di Kopitiam Killiney tu adalah Chee Cheong Fun 'Kosong'.
Kalau Chee Cheong Fun berinti tu aku tak sure ada dijual kat mana, better
kalau nak beli pon beli daripada melayu lah, or beli di restoran2 yang ada sijil
halal..sebab kalau ikut resepi asal makanan ni, inti dia tu adalah daging ehem2~
Sebab tengok lah asal makanan ni daripada mana, lepas tu kalau kat malaysia
makanan ni banyak diterajui dan diolah oleh masyarakat Cina :)


TEKSTUR CHEE CHEONG FUN

Saja bagi zoom supaya korang dapat lihat teksturnya menggunakan mata kasar..hahaha
(SUMBER)

Okay, rasa chee cheong fun ni, macam ni :

Rasa kenyal, licin, lembut, lemak-lemak sikit dan tawar...
pendek kata ala-ala kuey teow / laksam lahh :D

So, kombinasi antara tepung gulung tu bersama kuah petis ke ape ntah tu yang
rasanya ala-ala kuah rojak petis, tambah dengan sambal tumis, fuhhhh~ i like baby~
Makan pulak dengan chopstick, so boleh lah korang tergedik-gedik berlagak ala
chinese~ Hahaha...


Kalau kat Killiney harganya Rm 3.80 kot, entahlah lupa pulak...haha..
nampak macam sikit, tapi kalau dah namanya tepung gulung kan, kenyang jugak makan
even satu set...erk tak tahulah kalau perut korang..hahah

Okay, itu saja. harap penerangan ni membantu menambahkan ilmu korang lah ye~
Hahahaha (n_n) eh banyak gelak pulak aku hari ni :P


Bye~


8 comments:

Shila said...

yg ada inti tu mcm sedap..

takde inti mcm plain je rasa dia..

Mime MF said...

la baru tgk channel AFC smlm review pasal Chee Cheong Fun..tgk pun nmpk sedap bila dorang pelbagaikan inti...

Unknown said...

pernah mkn....sedap2...

Nong Andy said...

Serius nampak sedap. Memang buat meleleh air liur lynn..

Unknown said...

nmpak sedap.. tp sy ni kuey teow pun tak makan. huhu

Tinta Lana said...

Assalamualaikum Lynn.

Bukan ke ni yang dalam yong tau foo tu?

Ha, ya la kan.. aku rasa mcm ya,hahaha. Kan kan, kan yong tau foo bnyk bhn, slh satu tu, aku salu amik benda ni, sbb aku suka, rasa mcm kueh tiaw je.

Terima kasih coz bgi pencerahan,hahaha. Ada satu lgi, yg mcm laksa..loh see fun kot namanya. Ak pn dah lupa ejaannya. Ko buat research plak la psl loh see fun ni,ekekeke

Azim Aris said...

apa tu makanan ke...jom xchange list wif my blog :
Azim Aris

Tak Mungkin Benar

Muhasabah

follow ya :)

reenapple said...

lAPAR BILA TENGOK GMBAR NI.. :3