Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 6 February 2014

Kenapa Design di Malaysia Kurang Menarik??

(untuk yang betul-betul nak faham sahaja..kalau tak tabah baca, boleh balik ya ;p)

Salam. Dulu waktu aku study, di bawah subjek berkaitan 'branding', kami student-
student grafik selalu ditugaskan untuk membuat kajian dan cari mana-mana design
yang kami rasa buruk (maaf), untuk di-rebrand atau di-redesign semula. Dan dalam
proses membuat kajian tersebutlah, kami jumpa bermacam-macam jenis design yang
memang tak ada rupa design yang bertauliah langsung (maaf).

Kami termasuklah lecturer-lecturer sekalian, selalu rasa bengang dan memperlekehkan
design-design yang memang tak kena langsung. Masing-masing akan cakap;

"Hishh...siapalah yang design ni!!"

"Buruk gila...ade ke bla..bla..bla..blaa...itu blaa..ini bla..."

"Ade ke design macam ni, semua bagai maklumat nak letak dalam ni..."

"Ini style design setepek-setepek je gambarnya haa..."

Jadi, bila aku dah internship, habis belajar dan bekerja, baru aku faham kenapa. Dan
berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni, aku bahagikan kepada 3 sebab utama
iaitu dari segi designer professional, designer kurang professional dan dari segi budaya dan
masyarakat Malaysia sendiri. Masing-masing turut menyumbang kepada permasalahan ini.

1. Designer Professional

Pro-pro designer memang buat design macam ni, segala bagai color code harus
ada di dalam tangan
Designer professional adalah yang berkelulusan daripada Universiti-universiti terpilih yang
memang melahirkan designer-designer yang hebat. Aku bukan lah hebat mana pun, tapi di
UITM, kami memang di-mind set kan supaya bercita-cita tinggi, buat artwork yang bagus
dan setanding dengan negara luar, kerja bagus-bagus dalam design company yang sudah
establish, jangan buat malu dengan kerja di kedai-kedai fotostat atau kedai print yang kecik-
kecik. Kami amat selalu di 'mind set' kan begitu :)

Jadi, apa yang berlaku daripada hal tersebut? Yang professional akan tetap bergaul sesama
yang pandai dan yang se'level' dengannya, dan yang kurang professional tetap berada di
tahap bawah. Masih terpisah SEBAB designer professional pilih kerja, nak kerja di tempat-
tempat yang bagus dan yang sudah establish, sedangkan 'masalah design kurang
menarik di Malaysia' ini kebanyakannya datang daripada kedai-kedai fotostat
atau kedai-kedai print yang kecik-kecik yang sekian lama dimonopoli oleh golongan
designer yang kurang profesional.

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah design tak menarik di Malaysia, kalau kita hanya
'tolong dari jauh' macam tu je?

"Buat malu je belajar tinggi-tinggi tapi habis study, kerja kedai-kedai kecik macam
tu..gaji pun kecik...tak nak lahh..."

2. Designer Kurang Professional

Kebanyakan designer kurang pro tahu menggunakan software seperti Adobe
Photoshop dan Adobe Illustrator, tetapi tidak tahu 'pantang-larang' dalam membuat
design
Designer kurang professional adalah yang mungkin belajar dari pusat-pusat tuisyen
(yang penganjurnya nak kaut untung je lebih tapi ajar tak seberapa), mahupun daripada
pusat-pusat kemahiran yang mengajar tentang penggunaan software semata-mata tanpa
memahami prinsip-prinsip design.

Macam aku cerita tadi, mereka ni memonopoli kedai-kedai biasa je kan, dan takde yang
lebih mahir dan expert daripada mereka kat situ, so tahap skill dan tahap kreatif mereka
susah nak berkembang. Takde galakan, takde dorongan, takde tunjuk ajar dan takde
siapa yang boleh memberi mereka ilmu yang lebih lagi tentang grafik design. Contoh
macam Do's and Don'ts dalam design, mereka mana tahu! Siapa nak ajar sebab kita
yang konon-konon profesional ni rasa macam cikai sangat kerja di tempat-tempat
macam tu.

3. Budaya dan Masyarakat Sendiri


Orang Malaysia ni aku tengok memang tak menghargai seni, berbanding di negara Barat,
seni ni sangat diterima dalam kehidupan seharian mereka. Senang aku bagi contoh,
majority customer yang datang ke kedai aku untuk buat design, akan minta untuk diletakkan
segala bagai maklumat tentang perniagaan mereka even dalam business card yang kecik
molek tu. Ini kalau buat depan lecturer, mau kena campak laptop sebab business card
semak sangat dengan segala bagai tulisan.

Tapi, aku faham dengan keadaan ini. Orang kita suka membaca maklumat, berbanding
melihat dengan rasa ingin tahu. Tengok satu barang ni, baca..baca..baca maklumat. Itu
yang peniaga pun pakat nak letak segala puji-pujian dan kebaikan produk mereka dalam
design tu. Ini salah satu bukti yang orang Malaysia tidak menghargai seni.

Tak salah kalau nak letak maklumat, tetapi selalunya, yang tak penting pun seboleh-
boleh nak letak juga dalam design. Barangkali, masyarakat Malaysia tidak mengetahui
tentang kelebihan 'Minimalism' dan barangkali memang tak pernah dengar kata-kata
'less is more...' agaknya...

Kebanyakan daripada orang Malaysia juga gagal untuk mentafsir maksud-maksud di sebalik
iklan kreatif daripada luar negara. Jadi, mari aku ajar untuk memahami beberapa iklan
daripada luar negara yang mempraktikkan konsep Minimalism (simple) seperti ini :

Ini adalah Iklan kesihatan gigi
Nampak tak bentuk gigi tu disusun dengan menggunakan Safety Helmet?
Jadi, untuk memahami iklan ni, anda harus menggabungkan kedua-dua objek
yang anda nampak iaitu perkaitan antara bentuk gigi dan Safety Helmet; yang
membawa mesej tentang penjagaan gigi :)
Ini adalah Iklan perabut
Apa kaitan nyamuk dengak kulit? Kita tahu kan nyamuk memang suka gigit manusia
untuk hisap darah, jadi nyamuk gigit pada kulit untuk hisap darah. Jadi baca tagline
iklan ini yang berbunyi 'Made of Genuine Leather' yang bermaksud Sofa tu dihasilkan
daripada kulit yang asli, yang tulen. Jadi, dalam iklan ni, menunjukkan betapa aslinya
sampai nyamuk pun tersalah gigit. Haaaa...nampak tak? Hehehe :p
Creative Advertisements
Ini adalah Iklan Mini Chupa Chups
Okay kenapa dalam iklan ini, dia gunakan patung mainan (action figure) sebagai
model untuk makan Chupa Chups ni?

Untuk iklan Chupa-chups tu, anda rasa kenapa??

Haaaa, kalau dapat jawab, aku kasi hadiah misteri. Serius nih.
So, jawab di ruangan komen dan tinggalkan link blog korang ea, senang
aku nak jejak semula...hehehe owh ye, kawan-kawan aku yang sama
course dengan aku tidak dibenarkan menjawab, hahaha

Okay bye !
Siapa jawab betul, serius dapat hadiah tau..



*Jawapan di ruang komen di-hide-kan..harap maklum, jangan meniru tau~
Haha :p


8 comments:

Lynn Damya said...

From Msredcheesecake : Target chupa mostly kids yg selalunya fan kepada action hero. Kids akan follow apa action hero kesukaan mereka buat. And besides, even a serious adult macam action hero tu pun boleh jatuh cinta ngan chupa chups... Like me...heeee...

reenapple said...

Ahaaa... aku tak tahu la Lynn. Akku plus bab3 design ni tersangat lah K.O.. kakaka

Jawapan msredcheesecake tu betul ya?

Lynn Damya said...

Reenapple : haha aku hanya sampaikan saja jawapan tu, nt aku update betul atau salah, hehe :D

yongpropaghandi said...

sebab...chupa chups tu "mini" sangat, sampai action figure yang kecik pun boleh makan.haa.. betul tak? haha

Nong Andy said...

Ala.. akak memang tak tahu jawapan la....

eima said...

mampus nk jwb ..dah aku ni jenis spesis rakyat malaysia yg tak guna otak utk mentafsir nk dihidangkan je jwpan tu ... hmmmm

sbb size yg kecik sampai mudah adiwira tu nk beraksi sambil isap chupa chup ...

nuyui a.k.a miss YUI said...

kdg2 org pndai sebut je..huhu..

bab iklan chup2 tu tak tau la plak.

tp nmpk comel robot ke apa tu punya mulut.

Anonymous said...

Macam mana nak jelaskan ek....
Dia guna action figure sebab chupa chups mini(kecil). So guna action figure sebab action figure kecil.