Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Wednesday, 12 February 2014

Sesuatu yang sweet (n_n)...



Salam. Tempat kerja aku memang betul-betul berhadapan dengan jalan
besar yang menghala ke Johor Bahru. Tapi takdelah, keluar tempat kerja terus
ke jalan besar. Ada jalan depan tempat kerja, then ada penghadang dan
barulah jalan besar.

 Setiap minggu, pada hari Rabu, parent aku berniaga di suatu taman ni, yang
mana nak pergi sana kena melalui jalan besar depan tempat aku kerja ni.

Mak aku, setiap kali tu on the way tu, mesti dia akan mesej aku macam ni..

"Kejap lagi mak lalu depan nih..."

Dan aku pun akan keluar kejap depan kedai, just untuk tengok diorang
lalu. Aku lambai mak ayah aku yang tengah naik van ontheway nak pergi
niaga tu. Mak ayah aku pun sama duk lambai-lambai aku dengan gembiranya
daripada van diorang tu.

Hahaha..comel betul diorang ni. Sejak daripada tu, kalau kena ku kerja, dan
diorang nak pergi mana-mana yang kena melintasi tempat aku kerja ni,
mesti mak aku akan mesej aku macam tu...

Maak....maaakk..... :) Hihi

Mak dan ayah aku....semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan dan
kesejahteraan yang baik..Aminn...(n_n)

2 comments:

reenapple said...

Sweeet wehhhh :D

Ai Syah said...

sweet ..hehe..suke tgok kemesraan family sebegini..=)