Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 10 September 2015

Hey awak! Bila nak datang lagi?

Salam.
Kalau korang nak tahu, ada sepasang burung kecik warna kuning yang suka buat sarang kat pokok bunga tergantung rumah kami. Dah 3x dia datang balik untuk buat sarang :)
Yang buat sarang ni aku rasa ibu dia kot. Selalunya, akan ada lagi sekor tengok atau terbang-terbang daripada jauh, aku suspek tu suami beliau. Hahah. Btw, melihat 2 ekor burung kecik ni buat sarang hari demi hari, dalam jarak yang sangat dekat....buat aku sedar besarnya kuasa Allah SWT.


Daripada secebis daun-daun kering or tali-tali rafia ke apa, di angkut bawak balik letak kat sarang, sampai jadi sempurna macam dalam pic kanan tu haa...tu ibu dia tengah bawak cebisan plastik nak letak bahagian dalam sarang tu...nak buat tilam agaknye, haha

Masa first time mereka ni buat sarang, baby dia sekor je. Tapi, yang kali kedua, baby dia ada dua ekor!! Aku tak tau lah kembar ke apa, tapi sekor slim, sekor lagi buntal comel! Hahahaha ni dia..


Comel kan? Masa ni diorang dah besar dah, penuh sarang..haha tunggu masa nak terbang je. Yang kanan tu montel gila, geram tak boleh nak cubit. Haha!


Tapi kan, aku tak tau camna, sama ada angin terlalu kuat or kucing aku panjat gril dan kacau sarang ke apa, kami balik daripada niaga, tengok sarang ni dah jatuh :( Tinggal yg kurus je atas lantai.Tak gerak. MATI :'( Wuwuwu, lepas tu lama gila berbulan-bulan baru diorang datang balik nak buat sarang. Aku cam terharu sebab diorang kenal lagi rumah aku ni. Hahaha~

TAPI KANNN!!! Diorang tak jadi nak buat sarang, sebab apa?? Sebab diorang terkejut dengar suara aku T_T. Masa ibu dia tengah gigih buat sarang tu, aku macam excited lepas tu aku berteriaklah konon bagi semangat kat ibu dia,

Sekali, dia terkejut....terus terbang lari jauh pastu dah tak datang-datang lagi. Sarang dia tu ada je lagi, wuwuwu....sedih betul. Telinga burung kecik agaknye, tu yg dia dengar suara aku macam petir. Nak salahkan telinga burung pulak~ Hahahaha! Apapun, aku selalu tunggu diorang datang balik...

Dah macam kawan pulak rasanya. Datangla balik dan buat sarang lagi, burung kuning yang comel :( Saya janji tak jerit bagi semangat lagi kat awak..wuwu

P/s: bajet snow white lah tu berkawan dengan binatang bagai :P Hahaha btw, ape entah nama burung ni?

4 comments:

eima said...

kelicap madu rasanye .....
burung ni mmg tak takut manusia...waktu aku kecik dulu rajin die buat sarang rendah je kat pokok bunga kertas dpn rumah aku ..... pastu aku rajin pi usha telur burung ni ...warna putih bintik cekelat .....

budak kacamata said...

hi awak dtg melawat blog awak..saya nk folow awak tp tak jumpe button follow

ct cheery said...

Wah bestnyer pengalaman u. Umah I xde burung nak dtg sbb semua sora mcm petir. Burung nak wusya pun takut

Mommy Cici said...

hahaha comel je. mesti dia ingat lynn marah dia. tu dia lari takut plus terkejut. hopefully dia akan datang lagi ye. best apa borak dengan haiwan ni. tapi so far I kawan dgn kucing je la. i takut burung -,- ada tk manusia lain macam ni takut burung. hahahah