Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 1 September 2015

Melawat Rumah si Pengumpul Barang Purba

Salam.
Semalam hari jadi Nia yg ke-3 tahun. Nia ni anak jiran niaga aku kat pasar malam. So, kitorang dijemput untuk pergi rumah dia semalam, ada buat makan-makan sikit. 


Apa yang bestnya, ayah Nia ni memang pengumpul tegar barangan antik. So dah alang-alang pergi tu, baik amek gambar sekali kan~ Hahahaha, nasib baik ayah Nia memang bagi amek gambar, jadi jom kita tengok koleksi barangan antik beliau nih (n_n)

1. Duit ayam & Duit Pohon Pitis
Haaa ini legend betul. Selalu aku tengok dalam buku teks sejarah je weh, tak pun kat dalam muzium, tapi dalam muzium tak boleh pegang kan. Tapi yang ni, boleh pegang...wuwuwu terharu dapat pegang duit-duit lama camni. Rasa sangat lah lama zaman di mana nenek moyang kita dulu guna benda ni sebagai duit. Kagum gila dapat tengok depan-depan dan boleh pegang camni. Harap maklum aku memang sangat suka dengan barang-barang sejarah camni. Memang aku macam terpegun sebab membayangkan keadaan masa dulu-dulu. Hahaha~

2. Duit-duit purba
Haaa ni semua duit ye anak-anak sekalian~ duit zaman purba memang pelik-pelik kan. Gila berat nak angkut untuk beli barang. Hahaha, yg kiri tu dah macam bentuk cermin ajaib. Pastu, yang duit kecik bulat dalam bekas kuning belah depan ada tiga tu, semua duit emas tulen tau. Hebat sungguh, berapa lah En. Naseer ni perabis beli semua ni, kan?

3. Nilai Duit Ringgit = Nilai Duit Dollar
Mula-mula tengok duit ni aku ingat keunikan dia pada cara ejaan SA-PULOH tu hah, tapi rupa-rupanya keunikan sebenarnya adalah pada nilai rupa-rupanya. Nampak tak Sapuloh Ringgit = Sapuloh Dollar? Dan nampak tak Lima Ringgit = Lima Dollar? Sekarang, cuba check duit korang, mana ada lagi tulis dollar dah kan? :) Sebab Ringgit dah makin menurun dah..hmmm~

4. Duit Tak Potong

Yang ini 'bernilai' sebab duit kertas ni tak terpotong. So, if nak beli barang harga Rm3 / Rm15, bagi je tiga2 keping tu sekaligus, boleh tak? Hahahaha, mesti orang kata eh duit palsu ni. Hihihi~

5. Duit Takde Muka Agong
Haaa ni bukan edit ea. Mentang-mentang kau tak pernah tengok, sedap-sedap tuduh ni kena edit. Hahaha, okay duit ni terhasil akibat tersilap cetak, so jadilah begitu. Takde muka Agong. Rare kan~ hehehe yang bawah ni pun antara duit yang tersilap cetak jugak....


6. Duit RM50 Sempena Komanwel
Suka tengok yang ni. Cantik gila warna dia (n_n) hehehe

7. Pelbagai Kamera Antik

8. Geramnyeeeeee Tali nii....hahahaa

9. Seterika Purba Macam Gayung Mandi
Hahaha yang dua ekor terselit kat tempat seterika tu, mati-mati lahh aku ingatkan gayung untuk mandi. Bentuk dia sebijik macam gayung kot~ Sekali En. Naseer kata itu seterika purba. Owhhhh pakcik baru tawuuu~ Bezanya, arang diletak je dalam 'gayung' tu, pastu tekap-tekap lah gosok baju... haha owhh camtu~ kreatif lah atok nenek kita dulu kan..

10. Barang Tembikar / Logam Entah Dari Mana Entah
Ini memang paling banyak kat rumah beliau. Penuh rumah dengan pinggan mangkuk dan barang-barang tembikar macam ni. So, aku tak lah rajin nak tanya satu-satu asal-usul barang tersebut. Haha~ tapi certain ada yang menakutkan coraknya...errr.

Ada gak sepasang gelang purba macam gelang puteri gunung ledang yang pakai kat lengan atas siku tu, siap ada kepala naga dua ekor sebagai hiasan gelang tu. Unik! Tapi bila tengok lama-lama, rasa macam terpukau sampai ralit gila tengok. Pastu aku cepat-cepat tengok barang lain, tetiba seriau. Haha

11. Meriam Comel
Haa! Inilah dia meriam purba yang paling kecik sekali...comel kan. Hahaha tapi nak guna dia bukan lah pegang je macam tu, mau terpelanting korang kang. Itu just action untuk bergambar je.


Hehe cara guna meriam ni, letak atas stand kat atas tanah. Sama je macam meriam besar tu, cuma yang ni cenonet je. Hehehe

*********************************
So, itulah dia cerita aku membuat lawatan ke 'muzium Encik Naseer' aka ayah Nia. Apapun, simpan barang-barang purba macam ni, ada lah risikonya.


Encik Naseer pernah masuk paper sebab kumpul barangan purba dan antik

Kalau korang nak tahu, hampir semua barangan purba tu dalam rumah beliau tu, ada 'benda yang jaga'. Nia (klik) sendiri pernah kena ganggu akibat mahkluk2 halus yang jaga barang-barang purba ayah dia tu. Even diorang satu family pun pernah nampak 'hantu kak limah' kat dalam rumah diorang. Seram~seram~ Tapi, dah minat nak buat camne kan. Tabah je lah. Ada yang dah buang 'penjaga', dan ada certain barang tak boleh nak buang 'penjaganya'. Hihihi~



P/s: tu belum aku citer yang rumah diorang tu, ada orang bunian tinggal sekali dengan diorang. Seramm dowh...erk!

11 comments:

eima said...

ala cerita la ...mula aku bc ni dah agak dah ade hantu hahahaha
tp duit sa puloh tu aku penah ade dulu ..waktu pindah dr langkawi tatau hilang mana

nur anis said...

fuhh..muzium dah ni...tapi part ada penjaga tu, scaryyyy

ainniah said...

terfikir...macam mane laaaa org dulu2 simpan duit pitis yang besar2 tu. hihihi...

ct cheery said...

Wow..menariknya. Kita pun suka kalo dpt tngok brg2x purba nih. Leh ke kalo dtg lawat???hihi

anajingga said...

wah rare nya koleksi mereka Lynn :)

nona senyum2 said...

wah3, dahsyat, huhuh~ bapak nona pun suke kumpul brg2 antik, brg2 lama nih, sgt ohsemm, hahaa~ sampai xde ruang...kena beli ruang baruu..huhu

aizamia3 said...

Meman rare lah koleksi beliau..

Diana Rashid said...

ok..nak tau jugak cerita yang seram tu...barang2 macam ni memang ada penjaga dia..sebab tu kalau mak2 kita tak bagi bawak balik barang2 pelik yang kita jumpa ke rumah..

Nooriah Abdullah said...

salam singgah
follower ke #554
jemput keblog kaknoor ya
http://nooriahnaim.blogspot.com/

Raz said...

duit xdak muka Agong tu skeri jugak ek

duit komanwel tu aku ada hehehehe

Aisya Ahamad said...

Baru nak impressed, seronoknye kumpul brg2 mcm ni, sekali baca nota kaki, okayyy. Haha