Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 23 February 2016

Try Mesin Jahit Janome di Pameran Beg Kraf by EPAL

Salam.
Last week aku balik Ipoh, saje jalan-jalan sana sebab rumah lama suami aku memang kat situ. Then masa pergi Ipoh Parade, sangatlah aku tak sangka dapat tengok event ni secara live okay. Masuk-masuk je terus ternampak deretan mesin jahit Janome dengan pelbagai hasil kraf beg yang cun gila! Mesin jahit Janome bagus dan popular kot kat Malaysia ~

Dan bermulalah kisah keterujaan aku, sejurus selepas itu...


Budak ni teruja dapat try mesin serbaguna Janome hari tu. Dapatlah beliau siapkan tempat letak tisu tu hah...tapi kan, serius lah best gila okay mesin jahit tu, memang tahan lasak semua benda pun dia boleh jahit. Patutlah harga beribu-riban~


Mula-mula aku je yang menjahit kat situ sorang-sorang, lepas tu jadi ramai sebab rombongan cikgu-cikgu subjek kemahiran hidup baru habis dengar taklimat daripada penganjur event ni, so lepas tu baru diorang leh try-try guna mesin. Hehe..


Dah siap try jahit guna mesin tu, aku pun round sekitar tu untuk tengok pameran hasil kraftangan macam beg, cadar tilam, bantal dan plushie. Semuanya nampak rare sebab handmade kan. Mana jumpa kat kedai-kedai biasa. Jom, ikut aku jelajah pameran ni (n_n)

Dalam replika beg besar tu ada baaaanyak sangat beg kraf handmade tau! Beg besar tu adalah beg terbesar di dunia yang dihasilkan menggunakan 2984 helai kemeja terpakai tau! Hebat kan? Kain baju UITM pun ade termasuk dalam ni haa...




Budak jakun kan, semua benda pun dia nak sentuh~ Haha, ada banyak gila lagi kraf yang cantik-cantik, tapi aku tak snap pic sebab aku lebih suka jenis yang colorful camtu hah..hehehe owh ade jugak diorang pamerkan plushie yang dibuat daripada jeans fabric. Sangat rare dan err...pelik...hahah :D


So, itu lah dia pameran beg kraf daripada EPAL ni. Untuk pengetahuan korang, EPAL itu adalah sebuah pusat yang menawarkan kursus jahitan pelbagai benda daripada sekecik-kecik bekas tisu, kepada sebesar-besar langsir pun korang boleh belajar kat Pusat EPAL ni tau. Pendek kata, segala benda yang memerlukan jahitan, ada di ajar kat situ. Chewah!

Kursus yang ditawarkan tu pulak, ada beberapa pakej, ada yang Ala Carte contoh korang nak jahit baju kanak-kanak je, haa boleh lah ambil kelas jahitan baju kanak-kanak je. Lagi satu pakej kelas jahitan yang lengkap, means semua korang boleh belajar dalam tempoh setahun, tapi ikut masa kita sendiri nak pergi bila dalam tempoh tu. Pakej lengkap ni, kalau korang ambil, korang siap dapat sekali mesin jahit serbaguna Janome yang aku try tadi tu. Best kan!

Untuk maklumat lanjut tenan pusat EPAL, korang bolehlah try ushar page INI. 

P/s: Rasa macam nak join lah pakej lengkap tu, tapi takde transport...anyone nak join, meh jadi driver aku. Area bangi. Muahahaha!
 

4 comments:

anajingga said...

memang best kan lynn, hari tu ada gak event ni kat aeon rawang, kak ana sempatlah tengok hasil2 jahitan yang dipamerkan, cun-cun semuanya.

eima said...

wahhh .... tp aku blur sbb tak pndai jahit ...hehehe

Mommy Cici said...

Hi Lynn. mak aihh babe banyaknya kraf, mmg 'makanan' you la kan, you suka benda benda kraft ni :D

Anonymous said...

Hi lynn.. last week baru wat kat galleria jb..mmg teruja gilek menengoknye..igt nk join jgk kelas dia.. yg beg beso bapak gajah tu dorg buat dlm masa 6 bln je dan telah mencipta rekod dunia..