Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Mykad Smart Shopper. Show all posts
Showing posts with label Mykad Smart Shopper. Show all posts

Thursday, 30 July 2015

Link SAH Untuk Aktifkan Mykad Supaya Dapat Diskaun Bila Bershopping

Salam.
Hoho! Inilah dia benda yang aku tunggu-tunggu sebenarnya. Aku dah dapatkan link yang SAH untuk korang aktifkan fungsi affiliate dalam Mykad korang tu, so bila-bila korang shopping nanti, tunjuk je Mykad, confirm pelbagai faedah korang akan dapat tau! Apa faedahnya?? Haa, meh baca (n_n)


Bila aktifkan Mykad, kita akan...

1. Dapat diskaun ketika bershopping
2. Dapat mata ganjaran setiap kali bershopping iaitu Rm1 = 1 mata (mata ni pulak takkan luput sampai bila-bila)
3. Bawak 1 kad saje. Tak perlu bawak kad-kad diskaun lain, sebab guna Mykad korang sendiri tu pun dah boleh dapat diskaun
4. Dapat tahu lebih banyak pilihan kedai atau perniagaan yang dapat memberikan diskaun kepada kita melalui suatu apps yang disediakan.
5. Lebih jimat banyak sebab ada diskaun dan rebat tunai (mata)

Jadi, marilah kita beramai-ramai mengaktifkan mykad kita untuk kemudahan kita sendiri. Aktifkan je dulu, sebab benda ni macam menabung untuk hari yang akan datang nanti. Kumpul-kumpul point pastu kot satu hari tu kita takde duit nak makan sebab terjadi kecemasan yang memaksa kita berjimat gila. So, tebuslah point tersebut di kedai-kedai yang terpilih.

Jangan risau, sebab kedai runcit pun dah guna tau sistem ni. So, takdelah kita dapat point masa shopping kat mall je, kat kedai runcit beli bawang sekor pun boleh dapat point tau! Hahahaha~~

So, MACAM MANA NAK AKTIFKAN MYKAD SECARA PERCUMA??

Klik SINI (isi melalui e-form)
dan anda akan lihat paparan borang ni keluar, sila isikan.

Then ikutlah arahan dia sampailah habis. Selamat maju jaya! :D

So, cara guna Mykad yang dah diaktifkan ni...

Dengan menunjukkan Mykad anda yang sudah diaktifkan kepada kedai-kedai yang gunakan sistem Mykad Smart Shopper ni haa~

Macam mana nak tahu kedai tu guna sistem Smart Shopper ke tak??

Senang je, dekat premis diorang akan tertampal sticker macam ni:


Korang juga boleh dapatkan senarai kedai yang sudah berdaftar dengan sistem Mykad Smart Shopper tu di SINI. Ini aku screenshot daripada link tersebut, antara perniagaan / kedai yang dah guna sistem Mykad ni adalah:
See? Actually ada baaaanyak lagi page, tu pun baru 2,3 page je aku snap. Kalau korang perasan lah macam yang aku cakap tadi, even kedai Runcit pun ada sistem ni. Kedai makan pun guna jugak, so just imagine, makan pun korang boleh dapat point mata ganjaran!! Kebenaran apakahhh iniiii~~~ Hahaha~ :D


So, ape lagi sila isi e-form untuk aktifkan myKad (klik) korang. Bukan setakat korang je boleh isi, nak isikan untuk satu keluarga dan sanak-saudara sekali pun boleh biar semua pun dapat faedah masing-masing. Benda yang bermanfaat, haruslah dikongsi bersama, kan? Hihi~

Untuk lebih kefahaman tentang program ni, sila baca entry pautan di bawah:

1. Fahami program Affiliate Junction (Klik)
2. Manfaat Program Smart Shopper by AJ kepada peniaga (klik)

Btw, Program Mykad Smart Shopper ni adalah di bawah rancangan Affiliate Junction (AJ) yang mana ramai orang kata AJ ni tipu, scam dan MLM. Seriously, mereka dah salah anggap. Next aku akan update tentang perbezaan besar antara Affiliate VS MLM. 

Dan lagi satu, korang kena tahu aku bukanlah salah seorang ahli AJ ni. Jadi, kenapa aku bersungguh-sungguh untuk ceritakan tentang AJ kalau aku bukan ahli? Haa itu pun next entry. Stay tuned! (n_n)



P/s: Jom aktifkan Mykad! Jangan risau, aku takde dapat pape komisen pun kalau korang aktifkan Mykad tu, hehe :)

Friday, 24 April 2015

Nak Dapat Diskaun Guna MyKad Tak??


Salam.
Haaa jangan tak tahu, MyKad kita ni ada banyak gila kegunaannya. Banyak sangat sampai ada 50 fungsi tau! Tapi apa je yang kita guna dengan MyKad kita ni selain daripada sebagai pengesahan identiti diri / lesen memandu / touch n go??

1. Tau tak dengan fungsi yang ke-50, MyKad kita ni boleh dapatkan banyak gila cash rebate dan point yang sangat menguntungkan diri kita sendiri kelak?

2. Tau tak dengan fungsi yang ke-50, semuaaaaaaaa Mykad-mykad yang ada dalam Malaysia ni sebenarnya dapat memberikan kita side income yang berterusan kalau kita tahu caranya macam mana!

3. Dan tau tak apa dia fungsi Mykad yang ke-50 tersebut??

Affiliate Marketing

Err...apekebenda nya Affiliate Marketing tu????

Okay inilah aku nak cerita, sebenarnya minggu lepas, aku ada sedikit discussion dengan kawan aku merangkap ahli Affiliate. Ya, something like dealing process between blogger dan orang kuat Affiliate sebenarnya. Hahaha!

Sorry, notebook yang aku pegang tu takde kena-mengena dengan Affiliate okay, haha!
So, selepas sesi penerangan selama hampir 2 jam di Food Court AEON, akhirnya aku berjaya faham banyak benda daripada sistem Affiliate Marketing ini, dan bagaimana ia memang dapat membantu kita mendapatkan side income dalam masa panjang dan berterusan, dan percayalah semuaaaaa itu akan aku kongsikan kepada anda dalam masa terdekat ni jugak :D

Jadi, harap maklum, entry ni sebagai Alert Entry / Teaser Entry kepada beberapa entry selepas ini yang akan berkisar tentang Affiliate Junction, so takdelah anda pelik sangat apesal aku tetiba buat entry macam tu kan~ Hahaha..okay that's all!

P/s: Stay tuned~ (n_n)