Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Pelamin Vintage. Show all posts
Showing posts with label Pelamin Vintage. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

Kat Sini Ada Pelamin Pallet Kayu

Salam!
Tak dinafikan, trend pelamin pallet kayu kini memang sedang hangat dan menjadi pilihan bakal-bakal pengantin kerana dekorasi dan stylenya yang unik dan sweet. Tapi, ramai juga yang rasa tak tahu kat mana nak tempah pelamin pallet kayu macam ni kan?

Jadi, dalam entry ni, aku akan kongsikan seberapa banyak pautan (link) yang menawarkan servis tempahan untuk pelamin pallet kayu ini demi memudahkan anda membuat pilihan, sekaligus menjadikan impian anda tu menjadi kenyataan.

Lokasi: Seri Kembangan, Selangor
Blog: Sophiesna

Lokasi: Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar
Hubungi: 011-1443 2187
Email: kotakkayudeco@gmail.com

Lokasi: Meru, Klang
Hubungi: 03-3392 0487
Email: supercunwedding@gmail.com


Lokasi: Kuala Lumpur

Lokasi: Batu Pahat, Johor
Email: dedaunbridal@gmail.com
IG: @dedaunbridal

Lokasi: Ampang, Kuala Lumpur
Hubungi: 012-614 7554

Lokasi: Kuala Lumpur
Hubungi: 018-282 7017

8. Kazim Mahasan
Hubungi: 012-950 1515

*************************************
Okay itu saje, semoga entry ini dapat membantu anda yang berminat untuk buat pilihan ya. Terima kasih sudi singgah sini (n_n)


Tuesday, 12 August 2014

Tema Perkahwinan Vintage - Rustic English Theme


Salam :)


Sejak akhir-akhir ni aku tengok, banyak pasangan pengantin yang pilih tema perkahwinan ala vintage, ataupun nama khasnya iaitu Rustic English Wedding Theme. Aku pun suka jugak dengan tema ni, sebab mostly gunakan kayu sebagai bahan utama dalam dekorasinya. Dan aku rasa, tema ni lah yang paling mampu (mudah) untuk sesiapa yang bercita-cita nak DIY sendiri dekorasi perkahwinan mereka :)

Jadi, bagi yang bercita-cita nak DIY tema ini, sila baca lagi ya :) Oleh kerana tema ini kebanyakannya menggunakan kayu, maka berikut mungkin beberapa perkara yang perlu anda cari :

1. Barang-barang lama yang diperbuat daripada kayu dan sebagainya, yang masih elok untuk dikitar semula (jimat kos) menjadi dekorasi majlis perkahwinan anda, contohnya :


Tingkap cermin lama, yang dicat semula dengan warna putih, dan diconteng macam dalam gambar di atas..dalam gambar tu diguna dalam restoran yang bertemakan Rustic English, so kalau nak diaplikasikan sebagai dekorasi perkahwinan, mungkin boleh jadi hiasan di photobooth?


Ini pulak kayu yang bawah katil tu...tapi kalau nak amek pun, amek lah daripada katil-katil yang memang korang dah tak nak lagi..bersihkan dan cat, dan pastikan kayu tu tak reput ya..haa kalau kayu ni, kat rumah aku dah ada dua set, amek daripada katil adik aku, dia tak nak guna dah..hihihi~

2. Cari saudara-mara / kawan yang pandai bertukang-tukang. Ini sangat penting, so takdelah kejadian seperti pelamin anganku musnah (pelamin runtuh), atau pintu gerbang senget-benget sebab salah ukur kayu dan sebagainya. Kalau xde langsung yang reti, upah je lah tukang kayu ya, yg penting...'Let the expert do for you'. Anda cuma bagi idea je nak macam mana. Hehehe...berikut merupakan idea-idea yang memerlukan kerja-kerja pertukangan :


Kena paku betul-betul pada setiap sambungan untuk hasil yang kukuh. Takdelah sandar sikit je dah jatuh kan kayu-kayu tu. Hehe..



Incase kalau korang rasa meja kayu tu adalah biasa, bolehlah buat sendiri 'meja semulajadi' macam ni. Rasa begitu natural sekali. :P Jangan lupa mintak tolong pada yang pakar ye~
Ini pulak tag untuk doorgift yang diperbuat daripada kayu. Aku rasa ni agak leceh nak buat, maybe kayu dia ni boleh tempah je dekat kedai-kedai souvenir Melaka, banyak aku rasa...

3. Dan cari lah idea tentang tema Rustic English ni. Sesungguhnya, bak kata lecturer aku masa diploma dulu...research idea adalah sangat penting sebelum melaksanakan sesuatu. Research lah ya supaya hasil DIY anda itu jadi sesuatu yang boleh membanggakan anda :D

Okay, jom kita tengok pulak idea-idea pelamin perkahwinan yang bertemakan Vintage atau Rustic English ni ya, semua ni local designer yang buat tau..hebat kan (n_n)

Pelamin Vintage / Rustic English Theme


 


Ini aku dapat daripada blog sorang blogger ni, bakal husband dia ni orang seni, so beliau decorate sendiri background pelamin dia, jadi lah macam tu...Gempak tak gempak dia potong kayu kecik-kecik camtu dan susun banyak-banyak macam tu kan~ Haa :D

Gambar bawah ni pulak wedding kawan aku, Encik Kazim..cantik gila kan diorang DIY sendiri... :D
Siapa yang berminat nak buat Pallete Pelamin ni, bolehlah whatsapp beliau (En. Kazim : +6012-950 1515) Beliau juga merupakan seorang wedding photographer :)


******************************************

Not bad kan tema perkahwinan Rustic English ni, aku suka! Sebab boleh DIY, tak perlu banyak-banyak bunga bagai, dan simple tapi just nice. Suka! Suka! Suka! Haha..okay, itu je, terima kasih singgah sini (n_n)

Lihat idea DIY yang lain :

DIY Photobooth Perkahwinan

DIY Buku Tetamu Kahwin

Asas DIY Pelamin Perkahwinan