Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 29 April 2012

Ni Atuk Aku Ke Atuk Sape Nih?


Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung
masa tu. Umur aku masa tu sekolah rendah lagi lah.
Sampai kat satu kedai makan, abah aku berhenti singgah
untuk beli lauk.


Masa tu, aku, mak aku dan adik aku tunggu dalam keter
je. Mak aku suruh aku call nenek aku, mintak tolong diorang
masakkan nasi, sebab kitorang ada beli lauk, so kitorang
sampai nanti terus boleh makan sama-sama :)


Aku pun dail lah nombor rumah atuk aku, guna phone
ayah aku....



Truttttt....trutttttttt.......


"Hello......." 
kedengaran suara lelaki tua di hujung talian.
(pergh motif ayat aku bertukar jadi ayat novel plak ni)


Owh ye lupa pulak nak bagitau, tu suara atuk aku (n_n)
Lalu aku dengan gembiranya menjerit dalam talifon tu...


"Atukkkkkkkk :D..............Lynn nak balik rumah atuk
jap lagi...atuk masak nasi tau, kita dah beli lauk..."


Lepas tu atuk aku boleh tanya aku siapa? (-_-')
Grrrr...atuk ni !


"Ni lynn lah tokkk......"

"Lynn?" atuk aku tanya balik.

Ehhh atuk aku ni dah kenapa tak kenal cucu sendiri ke?

Aku jawab lagi, "A'ah lynn ni...."

"Lynn mane?" atuk aku tanya lagi.

"Lynn lah ni, cucu atuk....."

"Cucu atuk?"

Halahaiiiii, aku rasa macam nak bilang cobaan~cobaaaan saja
masa tu (>_<)


................................


Setelah lama atuk aku tanya aku siapa, dan penat aku bagitau
aku ni Lynn, cucu dia...Zupppp !


Handphone di tangan aku diambil oleh mak aku.
Lepas tu aku dengar mak aku ketawa segan silu sambil meminta
maaf.................




Ok ye, masa tu kan aku kecik lagi, dail no telefon malam-
malam pulak tu, manalah nampak, keypad phone abah aku
masa tu kecik sangat (ok salahkan keypad pulak, haha)..






aku bukan tak hafal no rumah nenek aku tu, tapi yelah,
dah tersalah dail kannnnn~ nak buat macam mane :p


Hahaha, lepas mak aku putuskan talian dengan 'atuk' aku tu,
mak aku cakap orang tu pelik, tiba-tiba aku telefon
cakap aku cucu dia, then suruh masak nasi pulak tu...


Hahaha, malu sungguh hamba masa tu~~ :p



Owh, sekarang ni atuk aku dah takde lagi...sekarang ni musim
bola. Teringat pulak aku, masa dulu atuk aku sanggup berjaga
malam semata-mata nak tengok bola. Dengan air nescafe dia
segelas besar tu, bila gol je nak bergegar rumah tu dia jerit, hahaha...

Atuk~~atuk~~~ :)



8 comments:

..cik gugu.. said...

rndu atok kt jb tu jugak ..

zaza iman said...

atuk zaza pun dh xde ms kecik dlu.. rindu dia

cici tembikai said...

hahah comel . I pun banyak kali kes salah no . tp bukan salah i -,- kalau u ingat 1 masa dulu ada masalah line, bila kita dial no lain , g line org lain ,masa tu kat carefour kot, i kat tang baju , dah jumpa baju yg i nak . i call bapak i (mmg obvious takkan salah no sbb i save ) pastu i ckp "abah dtg sini balik, akak dah jumpa baju tu". and mamat tu gelak and cakap "baju ? hahah saapa ni ?" , terus i letak -,-

banyak lagi lah act. and kazen i pun cerita . tetiba ada wanita mana call dia

" abang , kenapa tak balik lagi ni bang, saya tunggu je abang ni".

hahaha -,-

akuamir said...

penulis blog??? :O

reenapple said...

heee.. lawak je citer ni.. hehehe

nur fatinah mohammad shariff said...

atuk.

fatin ade tiga atuk and tiga nenek.
atuk yang paling rapat dah meninggal. asetuu kat asrama tengah exam, so ibu tak bagitau. sebab taknak risauand suruh amik exam. tapi bile dapat tau. terus nangis. fatin ade mimpi atuk. sebab rindu sangat :')

nindu akak laaaa. haha :)

syakirah izwanie said...

Adoi. Rindu pulak dekat atuk kita :)

Nong Andy said...

memula baca aku sengeh-sengeh. dah agak dah.. mesti salah nombor..

tapi baca lagi.. entah apa tah mata aku mcm kena masuk habuk pula.. aku 'rasa' mcm aku 'rindu' kat atuk ko yg gegarkan rumah bila bola gol.. aku terkesan dgn kisah atuk ko ni..

*aku takde kenangan dgn atuk. dgn nenek adalah.. :)