Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 29 April 2012

Terlupa Nak Tolong Ibu Bapa di Akhirat ?

Sedar tak,
 kadang-kadang kita terlupa
yang kita ni sebenarnya terlebih bantu ibu bapa kita di dunia,
sampai kita terlupa nak bantu mereka di akhirat kelak?


Sesetengah anak-anak, terlalu sibuk bekerja,
baguslah kerana mereka kata, untuk ringankan beban
ibu bapa di kampung....


Tapi, kita terlalu asyik bekerja sehinggakan solat dan ibadat
pun tunggang-langgang (Na'uzubillah)...Macam mana tu?


Tiap-tiap bulan kita kirimkan duit untuk ibu bapa kita di kampung,
tapi bagaimana dengan doa untuk mereka?


Jika kita sibuk sangat bekerja sehingga tidak solat, jadi bila
masa kita berdoa? Memang kita boleh berdoa pada bila-bila
masa tetapi selalunya kalau tak bersolat, mungkin jarang juga kita
sedekahkan al-Fatihah dan doa kesejahteraan untuk kedua
ibu bapa kita.


Memang kita boleh berdoa pada bila-bila masa kerana
Allah itu maha mendengar, tapi pada aku lagi afdal lah jika
berdoa selepas kita bersolat. Diri kita sedang suci, masih
dalam wuduk, mungkin lebih dekat dengan Allah, dan doa
mungkin senang termakbul, InsyaAllah :)


Bila ibu bapa kita meninggal dunia, hanya dua benda saja yang
dibawa masuk ke kubur, iaitu amalan...
dan doa anak-anak yang soleh dan solehah...


Anda sanggup kah membiarkan ibu bapa anda di sana
sehelai sepinggang tanpa doa-doa daripada anda untuk mereka?

...


Anak-anak yang bekerja bagus, lumayan pendapatannya,
sebulan mungkin sampai beribu dikirimkan kepada ibu bapanya
di kampung, tetapi.....adakah wang itu dikirim dengan pahala,
atau dosa sekali?


Lihat kerjaya anda.....Alhamdulillah kalau rezeki melimpah-ruah,
ringan beban ibu bapa anda...


tetapi lihat pula penampilan anda......
lebih-lebih lagi untuk yang perempuan :)


Memang dosa kita tanggung sendiri, tetapi kita sebagai
anak perempuan harus ingat !


Kita boleh tarik sekali ayah kita
yang kuat beragama, taat perintah Allah,
cukup solatnya, terjaga imannya,
ke dalam neraka jahanam...

hanya kerana kita sebagai anak yang hidup tak tentu hala 
macam orang Barat !


...



Yang lelaki, anda juga tidak terkecuali...


Jika ibu bapa anda telah berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencari rezeki, tetapi masih saja tidak cukup, masih saja ditimpa
pelbagai masalah, rosak itu rosak ini, sakit itu sakit ini, tak baik-baik...
 jangan salahkan mereka....
terutamanya ibu bapa yang patuh perintah Allah !


Mungkin semua itu berpunca daripada anda sendiri,
yang duduk di rumah tak pernah lekat,
duduk di rumah tak pernah sembahyang,
duduk di rumah tak pernah mengaji,
duduk di rumah tak pernah mendoakan ibu bapa langsung !


Malaikat tak masuk rumah~
Rezeki jauh sekali~


Macam tu anda kata sayang sangat kat ibu bapa anda?


...



....



....




Kita mati hanya membawa dua benda...

Amalan kita, sama ada baik atau buruk...

dan doa anak yang soleh....

"Semoga Tuhan mengasihani kedua ibu bapa kami sebagaimana
mereka mengasihani kami ketika kami kecil dulu"

Amin~~





Pesana Khidmat Masyarakat : Be Better For The Sake Of
Our Parent :)



3 comments:

Nong Andy said...

nice sharing.. aku setuju semua yg di atas. :D

Lynn Damya said...

time kasih nong Andy, saje share, sharing is caring, hehe :D

syafiqakarim said...

alhamdulillah.
harap kekelan lah doa utk mereka.
balance dunia akhirat