Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 11 September 2012

Nampak gempak, tapi jahil


Beli DSLR, lepas tu berlagak dengan aku yang memang dah ada DSLR ni.
Cakap yang kau ada itu ada ini. Bila aku tanya sikit, haram kau tak tahu jawab.


Kau ajar aku guna DSLR tu, kau bandingkan gambar aku dengan gambar
yang kau ambil. Ya, gambar kau memang cerah, gambar aku ada bayang
bawah hidung dan mata.


Kau paksa aku guna flash kamera tu. Aku tak nak. Kau paksa, supaya
gambar aku sama cerah macam kau punya gambar. Aku berkeras tak nak.
Terus dia bandingkan lagi gambar dia dan aku.


Memang, gambar kau cerah. Cerah sungguh. Sebab kau guna flash kamera
tu. Berlagak sungguh cara kau mengarah aku itu dan ini, sampai aku tak
sampai hati nak bagitahu yang lecturer aku, sangat melarang menggunakan
flash kamera tu, sebab gambar akan jadi tak cantik.


Pada kau cerah itu mungkin cantik, tapi pada aku yang dah belajar lama ni,
cerah yang begitu adalah tak cantik. Jujur, cerah, tapi gambar flat. Tak ada
nilai seninya. Aku tak sampai hati nak cakap, aku senyum je.


Lepas tu, kau berlagak dengan aku. Cakap pasal lens. Kau tanya aku ada
lens yang panjang-panjang tu ke? Aku cakap takde, tak mampu. Dan aku
tak kuasa nak beli, sebab aku bukan niat nak jadi photographer tetap pon.


Lalu, dia bercerita dengan berlagaknya tentang harga lens yang beribu-ribu
tu. Bagi nasihat kat aku kalau nak ambil gambar wedding, kena ada lens panjang
yang boleh zoom tu. Hehehe, zoom lens pun kau tak tahu nama dia kan~


Aku cakap dalam hati, zoom lens tu tak perlu sangat lah kalau nak ambil
gambar wedding, lain lah kalau artis yang kahwin. Ini kalau setakat jadi
freelance ambil wedding photoshoot berdiri sekangkang kera je daripada
depan pelamin tu je...


Ape gila kah kau nak suruh aku pakai zoom lens??


Kau masih tak nak kalah. Kau nak tunjuk lagi kau hebat. Kau nak tunjuk pulak
kau tahu semuanya yang aku tahu. Okay, aku diam. Aku bagi kau peluang.


Kau ajar aku Adobe Photoshop. Kau ajar aku cara crop gambar dengan
menggunakan magic wind. Penuh berlagak nya kau ajar aku. 


Tahu kah kau, crop guna magic wind tu adalah crop yang sangat tidak
professional. Kalau orang yang ajar aku itu memang tak tahu, aku sudi untuk
betulkan. Tapi, kau ajar aku masa tu dalam keadaan yang super berlagak.
Seolah-olah engkau lah yang paling mahir dalam Adobe tu.


Kau lupakah, aku ni dah 5 tahun bertapa guna adobe-adobe tu? Segala skill
malas, rajin, professional dan tidak pro, aku dah tahu. Sebab aku belajar dari
asas, dari aku tak pandai hinggalah Alhamdulillah, aku dah mahir.


Tapi kau berlagak, buat aku macam aku baru nak masuk tadika. Aku layankan
aje. Sinis ;)


Dua benda yang aku nak tegaskan kat sini :


"Kreativiti seseorang bukan datang daripada kecanggihan peralatan, tapi
kreativiti itu datang daripada otak dan pengaplikasian skill"

Si A guna kamera digital, si B guna DSLR,
even dua-dua cantik, tapi tak semestinya gambar si B boleh seunik dan sekreatif
gambar si A kalau dia tak berfikir secara kreatif.


"Jangan berlagak pandai depan orang yang memang sedia maklum pandai,
kau akan nampak bodoh bangang di situ"

Aku takkan mengaku atau berlagak pandai dalam bab merepair kereta depan
mekanik. Kang dia tanya lebih, kantoi tak leh jawab. Nampak sangat bodoh
bangang kan?? 


Gebaaang je lebih !




Haa, tu makan dia !




6 comments:

Nurrul Hazieqah said...

True betul2 ! ! !Adik setuju sesagat !!
Kreativiti seseorang terletak pada caranya yang superb awesome dan inovatif tuh.. :")

*akk , adik ada pm akk , akak dah baca belum ? ehee ^^

Everything's Everythings said...

amboi marab betul ni.. xpe la nk buat mcm mana dgn org2 yg bgitu.. kalau ak terus terang je bgtau dia maybe dia sndiri xsedar dia sedang berlagak ^^

Anonymous said...

Hahaha Fy suka lah entry ni. Fy pun pnah gak kena mcm ni. Mampu ketawa dlm hati je. :P

Shila said...

mohon jadi fotographer masa wedding nanti..

hihihi..

hnahdy said...

hehe dia xtahu ke yang awk tahu semua tu..

Lynn Damya said...

Nurrul : hehe me think so..owh ok2 nt akak check, maaf lah busy sket, hehe

Everything : haha marah ni...:p org jenis mcm tu mmg xmau kalah der :p

fyfy : hahaha kannn~ ;)

miss senget : haha sy xterror lah awak :p

hnahdy : hehe tahu, tp dia mmg jenis berlagak dan tak boleh kalah , haha :p