Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 25 September 2012

Nekad Dalam Debaran


Perghhh, aku rasa dalam banyak-banyak tajuk entry aku, tajuk entry inilah
yang paling best aku rasa. Ala-ala drama slot Samarinda gitu~ Huhu


Apakah yang aku nekad? Dan apakah yang aku berdebar sangat tu?
Hmmm....


Sebagai seorang manusia yang sentiasa mencuba untuk meramal masa depan,
aku memang tak lari daripada perasaan curiga.


Kadang-kadang, aku TERcuriga jugak dengan jalan yang aku pilih sekarang ni.
Bukan tak bersyukur, tapi inginkan yang lebih baik. Yang lebih mudah, mungkin...


Terus begini, aku boleh, tapi kadang-kadang keyakinan aku tidaklah sekuat mana.
Kadang bila digertak, terus pengsan lalu rebah. Nasib aku masih boleh bangun.
Nasib aku tidak mati mengejut...


Ada peluang bakal mendatang, mahu mencuba atau tidak? Masih dilema...
Bukan tak percaya pada kebolehan sendiri, tapi faktor lain yang menggugat pendirian.


Dunia sekarang bukan macam dulu, kita mencari rezeki pun kadang-kadang boleh
melayang nyawa. Aku tahu ajal maut di tangan Tuhan, sejauh mana mengelak,
kalau dah sampai, tetap sampai.


Jadi, apa sekarang?


Mahu atau tidak? Hati kata mahu, tapi otak ku bertanyakan sesuatu yang juga bernas..


Selamat kah?


...


Entah...



 jadi buat masa ini, aku masih lagi nekad dengan keputusan aku..


Nekad...
dalam debaran....



.....





(seni sungguh bahasa aku kali ni....)



1 comment:

BicaraSamaAwan said...

hidup itu terkadang macam-macam.

kadang2, kejam.
kadang, wah indahnya.

hidup ini pelbagai.

*senyum*