Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Sunday, 9 September 2012

Aku di-pow tadi..... (-_-')


Salam. Koraaaanggg....nak tawu tak, tadi kan...kita kannn...pergi raya umah
sepupu mak kita. Kita raya kannn...dua kereta, satu lagi tu kereta makcik kita.


Hahaha, motif gedik sangat gaya cakapnya haa~


Takde, tadi aku g beraya. Dua family. Balik beraya, aku nak singgah Jusco.
So, family makcik aku tu pon nak ikut lah kitorang g Jusco. Pergilah sama-sama.


Sampai sana, beli lah pape yang patut kan. Then, before balik tu, mak aku
singgah Big Apple, nak belanja anak-anak makcik aku tu makan donut. Anak
dia ada 3 orang (Taufiq, Rina & Pikah), so mak aku beli yang set 6, 
dapatlah sorang makan 2 donut.


Lepas tu, dah jalan ke kedai yang lain lah, sambil anak-anak makcik aku tu
rasa donut tu. Diorang cakap sedap, nak beli lagi 1 set yang 6 tu. Tapi masa
tu, dah jauh kedai Big Applenya. Uncle aku bagi duit RM15 kat Taufiq.


So, aku pon mengoffer diri untuk teman anak dia tu pergi semula ke Big Apple.
Aku ajak lah Rina dengan Pikah ikut sekali.


Setelah selesai pilih-pilih donut dalam tu, masa bayar kat kaunter :


Rina : Kak Lynn, rina nak air lahh....
Pikah : A'ah lah, kita pon nak air......

Gulp ! Aku tengok harga air dalam Big Apple tu, yelah bagi orang-orang yang
ala-ala belum berpendapatan tetap ni rasa harga RM 8 lebih tu mahal gila untuk seekor air.

Aku : Nak air ke? Emm kejap ea..jap lagi kita beli kat kedai lain..

Rina : Ala, tapi dah haus. Rina nak air......

Aku dalam hati : Ala, baru lepas borong barang kat Watson tadi. Berapa
je tinggal dalam purse ni (-_-')

Aku : Emm, air kat sini mahal sikit lah Rina. Kita tengok kat luar jap g ea..

(dalam kepala otak dok fikir kedai mana aku nak beli air ni, sebab tau je lah
dalam AEON Mall tu aku rasa semua macam mahal je)

Then, lepas bayar kat kaunter, selangkah je tapak kaki aku ni keluar
terus Rina cakap :


"Rina nak air lahhh....."

(-_-')

Aku : Adoi, jap-jap..jap lagi kat luar ni kita singgah mana-mana kita beli air ea..

Then, naik tingkat 3, nak keluar kitorang kena lalu kat cinema kat tingkat 3.
Lepas tu, ahh tak yah citer lah, bukan korang tau pon macam mana struktur
bangunan tu. Haha


So, sampai kat tingkat 3, ada satu gerai jual air. Diorang yang nampak dulu
gerai tu daripada aku. (-_-')

Perbualan di situ :


Aku : Rina nak air apa? Air milo boleh?

Rina : Aaaaa...air.......emm....

(lama sungguh fikir)

Aku : Air milo je la ea Rina? Pikah nak air apa? Milo jugak?

Pikah : Haa..eh taknak..nak air Teh..

Aku : Bang, milo satu, teh satu

Bahagian kaunter jual air tu, terhidang dengan lazatnya buah-buahan untuk dimakan
bersama asam dia tu seperti buah mangga, jambu batu, jambu air, betik, tembikai
dan sebagainya. Dan,

Pikah : Kak Lynn, nak jambu tu satu boleh tak?

Aku : Err..nak jambu pulak?

Pikah : Ala, catu je...catu je... 
(sambil tunjuk jari telunjuk dia, bersungguh-sungguh)

Aku : Okay lah..okay lah....
(berjalan tepi sikit nak amek plastik, nak isi jambu)

Tiba-tiba,

Pikah : Ehh, nak dua lahh..nak dua..nak dua...hehehe

Aku pandang dia. @_@

Dia cakap nak dua je, sambil tunjuk dua jari dia kat aku. 

Aku dalam hati : (-_-') adoi, berapa lah ni semua...

Aku pon amek lah lagi sepotong jambu tu, masuk dalam plastik. Tiba-tiba lagi,

Pikah : Haa, nak tiga lah, nak tiga...... :D

Aku pandang dia lagi. @_@

Tiba-tiba dia cakap, eh takpelah, takpelah nak dua je.

Lepas tu aku pon bayar. Hahaha naseb baik kena RM 5 je. Agaknya bangla
yang jaga kaunter tu pun tahu agaknya aku ni risau berapa harganya :p


Bukan aku berkira, aku tak berkira pon, tapi aku risau duit aku tak cukup
je masa tu. Lepas shopping tadi, aku tak check berapa duit lagi dalam purse.
Tu yang berjimat-cermat habis tadi tu. Hahaha :P


Hadoi, eh maaf lah, aku tadi balik lambat, belum sempat nak BW blog
kawan-kawan blog aku ni. Esok aku round blog korang okay :D


Owh ye, before aku terlupa, ini wajah-wajah budak kecik yang pow aku tadi :

Kiri : Pikah , Kanan : Rina


Hahaha, hai~~memang betul diorang ni. Tapi paling sweet, Rina bagi aku rasa
air milo dia sket kat aku, lepas tu dia cakap 'Time kaceh, belikan ina air~' seyum, sambil
tangan dia dua-dua genggam kat bawah dagu dia, dengan mata bulat dia tu.

Rina~rina~ comel sungguh budak ketot ni, haha (n_n)



6 comments:

Fyfy Liew said...

Eeeeeeee comelnya budak2 tu! Hahahahah.

Nurrul said...

Haha , tak pasal2 kena..
Comel nya mereka berdua... ^^

sekali sekala kena paw.. tak salah.. hehe :"P

aisya said...

tengok gambar macam jenis yg banyak cakap je makcik berdua ni.. hehe

Lynn Damya said...

Fyfy : hahaha comel2 ! (>_<)

Nurrul : hahaha tau xpe,kan..xpe lah sekali sekala, dorg pon jarang jalan dgn sy :p

Aisya : haha mmg pon~~ :D

Nong Andy said...

memang comel. mata besar..

sabar ajalah kena paw..

aku hari2 kena paw oleh Shinta hehehe...

Lynn Damya said...

Nong Andy : haha, agaknya klw sy jalan2 dgn shinta, shinta paw sy tak kak? hahaha :p