Happy Three Friends

Miss Money

Friday 5 April 2013

My Superhero : ABAH :)

Sedar tak sedar, abah aku rupa-rupanya dan berumur 51 tahun. Dah separuh abad. 
Tapi, oleh kerana rupa fizikalnya yang awet muda, buat aku lupa tentang usia sebenar
abah.

Sekarang ni, abah aku cepat penat. Kadang-kadang pergi kedai beli barang, balik je
terus penat. Aku pelik, abah aku ni asyik penat je. Sampai aku geram. Aku mengeluh
kat mak,

"Mak, abah tu asyik penat je. Pergi kedai jap je dah penat. Jalan sikit je dah penat.."

Dan mak aku jawab,

"Abah tu dah 50 tahun dah, dah tua. Nampak je macam muda.."

Hmm...lepas mak aku cakap macam tu, aku baru tersedar. Dan ayat tu masih
terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ni. Aku memang baru tersedar, abah aku tu
sebenarnya dah tua. Kudrat dia pun dah tak kuat sangat. Hmmm....

Sedihnya...kenapa abah aku dah tua..Aku tak nak ahli keluarga aku tua. Aku nak diorang
semua sama je macam sekarang ni. Hmm...

3 April lepas, hari jadi abah. Abah dah 51 tahun.

Ini abah aku :)

Semoga abah dan emak diberi kesihatan yang baik sepanjang hidup mereka, semoga
mereka dipanjangkan umur dan diberi kesihatan dan kesejahteraan yang baik,ya Allah.
Amin~

Dannnnn, mari kita tengok keriangan abah aku ni bila bergambar. Sejak tengok aku
dengan adik aku berlompat sakan depan kamera, abah aku pun nak gak. Hahaha~


Kegembiraan yang tak terbendung (-_-')
Okay itu lah sedikit tentang abah aku. :) Thanx sudi singgah sini.

8 comments:

Akupenghibur.com said...

wahhhh masih kuat dan bersemangat :)

reenapple said...

Tetiba kau buat aku teringat kat Abah aku lak. =). Selamat hari jadi jugak. =)

amy syifa said...

sedihkan bile sedar mak dan ayah kitee semakin tua :(

amy syifa said...

sedihkn bile mak dan ayah kite semakin tua :(

Lynn Damya said...

Aku penghibur : hehe nampak je kuat tu :D

Reenapple : hehe thanx :D

Amy syifa : hmmm, sgt sedih :'(

Nurrul Hazieqah said...

takpe.. doakan kesejateraan mereka selalu... :)

Sarah Mohd Saleh said...

hahaha.comel je aku tgk bapak kau lompat2 ni,jgn tsalah landing udahh lewww

Zaza Iman said...

wah damya..sporting tgk ayah bgambar..mcm org muda..hehe..masih kuat =)