Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 10 December 2013

Real 'Found Footage' Film VS Acting 'Found Footage' Film

Salam. Okay aku baru menonton movie 'Highland Tower' semalam, dan aku rasa movie
tu best sebab ia real. Tapi aku bukan nak komen panjang tentang movie tu, aku cuma nak
terangkan sikit konsep 'Found Footage' yang diketengahkan dalam movie ini.



Apa itu konsep 'Found Footage' ?

Secara keseluruhannya, 'found footage' bermaksud pita rakaman yang dijumpai, berdasarkan
beberapa sebab utama sama ada; si perakam video dan rakan-rakannya yang terlibat ditimpa
kemalangan / kematian / hilang tanpa jejak, atau pun, pita itu memang dibuang, terbiar selama
beberapa dekad dan kemudian dijumpai semula oleh sesiapa pun yang melalui kawasan yang
berkenaan. Dan pita rakaman itu kemudiannya dijadikan sebuah filem / digunakan dalam
sesebuah filem.

Genre filem yang sesuai dengan konsep 'Found Footage' ?

Filem-filem yang bergenre seram, misteri, hantu, kisah pembunuhan, kisah penyeksaan, dan
pelbagai lagi yang 18 SG adalah amat bersesuaian menggunakan konsep 'found footage' ini.

Contoh Filem Yang berkonsep 'found footage' ?

Terdapat dua cabang dalam filem berkonsep 'found footage' ini, sama ada rakaman yang
digunakan adalah yang rakaman yang sebenar-benarnya (real footage) atau pun sekadar
lakonan semata- mata yang hanya menggunakan teknik seolah-olah 'found footage'
(acting footage)

Antara filem terawal yang dikatakan menggunakan real 'found footage' ini adalah filem :
Untuk makluman, poster inilah yang aku rasa paling beradab, memandangkan poster-poster
yang lainnya SANGAT-SANGAT MENGERIKAN DAN GILA !!!!! Aku mohon jangan
research pasal ini sebab memang insane. (aku dah warning)

Cannibal Holocaust
Mengisahkan sejarah kehidupan masyarakat kanibal di tengah hutan Amazon, yang diketahui
umum, mereka makan manusia ! Sekumpulan penyelamat datang ke sana apabila kumpulan
pertama (para pelakon) tidak dapat dihubungi / tak balik-balik seperti yang dijadualkan. Namun,
usaha menyelamat itu membawa mereka kepada suatu penemuan yang mengejutkan apabila
mereka terjumpa pita rakaman yang merakam kegiatan puak-puak kanibal ni.

Terdapat banyak cerita yang mengatakan itu dan ini, aku sendiri tak pernah tengok citer gila ni,
jadi tak tahu kesahihannya. Ada yang kata ia merupakan rakaman yang benar sebenar-benarnya,
manakala ada yang mengatakan ianya hanyalah sebuah lakonan filem yang melampau !

Paranormal Activity


Ada yang kata filem ni menggunakan rakaman yang sebenar, tetapi ada juga yang mengatakan
ianya hanyalah berdasarkan kisah benar, tetapi rakaman tersebut adalah rakaman yang
dilakonkan semula. Paranormal Activity, one of my favourite movie ! ;)

Diary of the Dead


Okay, aku ingat lagi masa tu terjadi satu kes yang menyebabkan aku keluar bandar Melaka
sorang-sorang dan tengok wayang sorang-sorang. Citer ni pulak tu...erk (-_-') Hahaha..dan memandangkan cerita ni berkisar tentang zombie, maka dengan konfidennya aku mengesahkan
ianya berupa sebuah filem acting 'found footage' Hehehe...lakonan jeww~

Salah satu scene dalam filem Diary of The Dead, ini lah contoh yang aku katakan acting
'found footages', teknik rakaman yang seolah-olah 'real'
Okay, sebenarnya ada banyak lagi filem-filem yang berkonsepkan 'found footages' ni
yang telah dihasilkan tetapi diragui kesahihannya, contohnya seperti The Blair Witch Project;



The Poughkeepsie Tapes



Rec / Rec 2



dan banyak lagi....google lah sendiri dengan carian 'Found-footage' film, dan pilih mana
yang anda nak tengok :)

Peminat Filem Berkonsep 'Found Footages' ?

Apa-apa genre filem pun, tetap mempunyai peminatnya, termasuklah genre filem yang
berkonsepkan 'found footages' ini. Aku salah sorang yang minat gila dengan filem yang
macam ni, tapi dalam minat-minat tu, aku benci dengan certain movies yang acting
'footages' nya tu agak huru-hara dan memeningkan kepala! Seperti movie ini :

CLOVERFIELDS


Aku emo betul tengok movie ni, bukan pasal jalan ceritanya ke apa..tapi sebab 'footages'
nya tu kelam-kabut gila, bayangkan cameraman berlari-lari sambil pegang video cam, betapa
peningnya aku ketika menonton filem tu, tabah je lah duk dalam cinema tu sambil menahan
pening dan memaki-maki movie tu....bila teringat balik pun terasa macam pening (-_-')

vlcsnap-354005
Tengok gambar je pun dah pening (-_-')

Pada aku, Paranormal Activity pon lagi okay lah, sebab kamera stay diam je, dan tekniknya
masih juga rakaman (footages). Dan...aku juga rasa, filem tempatan arahan Pierre Andre itu
juga bagus dari segi 'footagesnya'. Camera dikawal dengan baik, tidak terlalu bergegar,
kelam-kabut, pening dan sebagainya. Hahaha...

Komen aku tentang Filem 'Highland Tower'

Korang dah tengok Highland Tower? Hehe, actually ramai yg cakap tak best, tapi aku tetap
nak cakap filem tu best (n_n), sebab ianya sebuah rakaman yang sebenar-benarnya di
lokasi yang juga sebenar-benarnya.

Aku dapat tengoh hantu sebenar dan aku dapat tengok apa yang mereka boleh buat. Sebab
dalam filem-filem seram lain kan, 'hantu-hantu yang disolekkan' hanya bertindak mengikut
arahan Tuan Director~ hehe..memang lah kemunculan hantu sebenar kurang membuatkan
kita sakit jantung seperti 'hantu-hantu' yang berlakon, tetapi mereka tetap mempunyai
keunikan tersendiri, sebab merekalah HANTU SEBENAR !

Aku baca-baca dalam internet, ada yang cakap dengar baby menangis lah, bunyi orang
mengilai, menjerit lah hapa lah, memang lah aku percaya tempat-tempat yang lama dah
ditinggalkan terbiar macam Higland Tower tu berhantu, cuma aku rasa cerita-cerita tu
mungkin dah ditokok tambah je....tapi bila part dalam rakaman tu tetiba terdengar bunyi
baby menangis....perhhhhhhh~~~ then dengar bunyi macam hantu menjerit~~~~
nyaring gila !!

Kesimpulan yang aku nak buat adalah :

Filem Highland Tower ni takkan berjaya, tanpa komitmen dan kerjasama daripada
hantu/hantu dan mahkluk- mahkluk halus di sana. Even contoh macam SEEKERS pon,
duduklah kat sana beberapa jam or berhari-hari, kadang-kadang tak muncul satu pun entiti.
Jadi mungkin kali ini, keinginan hantu/hantu ni untuk menjadi glamour dan popular semakin
membara, dan dengan izin Allah SWT, 'mereka memperdengarkan' dan 'memperlihatkan'
kepada kita, siapa dan bagaimana rupa mereka...betul atau tidak, Wallahualam.. :)


4 comments:

Mime MF said...

highland tower tak tgk lg...paranormal activity dh tgk la..rs berdebar nk tau apa yg jd..yela feeling2 dr true story katanya..

queens said...

ehmm..belum tgok lg..interested..i wanna watch it in the cinema but my friend didnt approve i didnt want to watch this alone..will try to watch highland tower later..btw just want to inform today 20th anniversary highland tower collapsed...nice writing lynn..

reenapple said...

Aku setuju dengan ayat last kau. Ehh.. aku tak tengok lagi HT tu...

eima said...

lagi ko ckp jgn googles yg canibal tu lagi aku nk tgk .. hahaha

tu la aku tak penah tgk lagi highlands tower sbb aku taks uka cita berlari2 pening ni