Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 3 April 2012

Cerita Aku Dan Lipas.......Eeuwww !


Assalamualaikum and hi readers. Mata aku dah ngantuk dan
otak aku rasa macam dah penat, tapi aku belum boleh tidur
lagi sebab berlambak lagi kerja aku ni haa~


So untuk hilangkan tension wat keje nih, aku curi lah sikit
masa untuk berkongsi pengalaman aku dengan serangga yang
paling popular di kalangan remaja perempuan iaitu Lipas !


Ehem..ehem..ada aweks suka lipas ke? Kalau kat dalam bilik
ada lipas, confirm melompat-lompat atas katil sambil
menjerit-jerit kan? kecoh satu bilik, sebab ada lipas~ (-_-')


So, aku pon xsuka lipas. Sebab lipas menakutkan ! (O_o')
Tapi, telah ditakdirkan aku, mengalami peristiwa disgusting ini~~~

 ****************************************************

Satu hari tu, aku makan kat food court seksyen 2 shah alam,
tau je lahhh certain tempat bukan bersih sangat pun~

So, aku duduk lah makan dengan kawan aku. Meja kitorang
kat tengah-tengah masa tu. Sekitar tu pun bersih je. Makanlah
kitorang dengan aman.

Masa tengah makan tu, aku rasa cam something merayap
kat kaki aku. Masa tu aku rasa sekitar pergelangan kaki aku
lah. Aku cam eh amende nih, tapi aku biar je...

Tak lama lepas tu, aku rasa macam something pulak kat
betis aku. Attention, masa tu aku pakai jeans yg longgar sikit.
So, aku pun tepis-tepis lah, entah apa yang aku buat, yang
penting aku berusaha untuk menghilangkan rasa 'merayap' itu.


Aku tengok sekeliling. Ada orang kena kan aku ke, huhu,
tapi suasana masa tu nampak normal je..Hmm aku pon
sambung je lahh makan~~ (u_u)


Sekalinya something tu merayap dah sampai ke lutut aku,
terus laju tangan aku memicit benda alah itu, bayangkan
korang picit something yang berair dan fresh, siap terpercik2
lagi tu....


Masa tu aku dah Oh My God, amende nih????!!!!


Aku hentak-hentak perlahan kaki aku tapi laju-laju sampailah
something itu jatuh ke bawah...and guess what...


Ia adalah seekor lipas !!! 
Lipas besar !!!



UrgHHHHhhhhhhhhh !!!


Stress aku bila teringat cerita nih ! Serius aku cam nak
pengsan masa tu ! Hadoi terus tak selera aku nak makan.


Masa aku nampak je lipas yang jatuh tu, aku cam terdiam.
Aku jenis yang terdiam kalau terkejut gila...so aku diam je...
(O_o') tapi dalam hati dah menyumpah-nyumpah (-_-')


Start daripada tu, aku makin tak suka kat lipas. Serius weh
meremang bila fikir rupa-rupanya yang merayap kat kaki aku
sampai lutut aku tu ialah seekor lipas. 


Dan aku picit lak lipas tu sampai mati, dalam jeans aku lak tu....
owhHHHHH Myyyyyyyy !!!



(*_*) okay tu je aku nak cerita.
Moral : pakai jeans ketat, eh gitu pulak kan~ HAHAH ! :P

aku tak nak letak pic lipas dalam blog aku (-_-')




7 comments:

reenapple said...

aku baca ni pun da geli.. oooooo...

Falling . said...

haha kau oke je ngan lipas .. tade la smpai nk melompat2 .. tp lau lalu dpn aku, aku amek campak keluar ;)

Nong Andy said...

euwwww!! x suka lipas gak

Zaza Iman said...

hehe..damya geli lipas eh..zaza pula suka lipas..kdg2 tgk lipas terbalik bdn dia zaza siap betulkan balik ;)

Lynn Damya said...

reenaple : haaa xsuke2 !!

gugu : hahaha..aku xnak pegang lipas tu >_<

nong andy : haha sepp sikit, kite sama! ahakz

zaza : kenapa zaza suka lipas? suka lahh dkt kucing je...(-_-') hahaha

Zaza Iman said...

hehe...zaza suka tgk lipas..lg2 kalau dia tbalik,kecian je..n 1 lg kumbang..slalu terbalik jugak,zaza btl kan =)

cici tembikai said...

babe kat dmnsara ada 1 restaurant yang famous sbb sdp and banyak lipas -,-'' i ni jnis kalau dah takut jerit je -,- masa tu i dgn girlfriends i , mmg dah dressup mcm vogeyh2 gitu , tengah makan. ada lipas, persetan kan org memandang , kami jerit je lah -,-'' alahai .

kwn i lagi tak senonoh , lipas tu masuk kat leher baj keluar kat ketiak -,- tapi dia tak lakukan pembunuhan lah hahahaha