Hahaha bodohnya, aku dah lama tak menangis sebab kucing. Hari ni aku
rasa macam dah takde harapan nak berharap lagi. Ya, ini kisah pasal kucing aku
yang bernama oren.
Daripada kecik oren ni hidup dengan family kitorang. Tidur dengan dia, main kejar-kejar
dengan dia, makan kat meja pun ada kerusi khas untuk dia, sampaikan bila aku lukis kartun
family aku pun, mesti ade terselit muka kucing kat situ, iaitu oren..boleh kata semua
family aku pun, mesti ade terselit muka kucing kat situ, iaitu oren..boleh kata semua
kenangan dalam rumah tu, mesti menatang ni terbabit sama. Haha..
Beliau ni sangat gemuk. Abah aku panggil beliau ni, kucing obes (obesity). Dan
oleh kerana kegemukan beliau yang luar biasa, maka aku suka panggil beliau dengan
pelbagai nama untuk melambangkan kegemukan + kecomelan + keselebetan beliau
seperti : si cempedak, arnab buntal, kuda laut, mengkarung selebet dan banyak lagi~
(-_-')
Beliau ni juga merupakan keturunan bangsawan agaknya, yang mana beliau suka
duduk di atas sofa sambil menjilat-jilat bulu nya sampai satu jam (-_-'), dan lepas tu,
akan bergaya mewah sambil pandang mana-mana sudut yang dia suka, dan akan kaku je
macam tu untuk beberapa minit. Masa tu kalau orang panggil, dia tak layan. Punyalah
sombong ! Huh~
Beliau ni sangat gedik. Itu aku sangat akui. Beliau suka masuk dalam plastik,
dan dibuai. Aku selalu hayun dia dalam beberapa minit je, tak larat den lama-lama.
Macam buaikan beras yg 5kg tu je (-_-')
Dalam plastik itu, ada beliau yang selebet...
Dulu, dia sakit mulut, susah nak makan,bawak pegi klinik, doc kata ulser..
aku, abah dan adik aku lah yang jadi nurse kepada beliau. Bagi makan ubat semua.
Alhamdulillah, baik. Cuma badan dia susut sikit.
Tapi, Suatu hari tu, parents aku pergi Shah Alam, amek aku
balik masa cuti sem. 3 hari tak balik rumah, kitorang balik2 je, tengok beliau dah sakit.
Dan dalam tempoh itu, badan dia menjadi sangat kurus. Kurus dan kurus :(
Tapi aku takde amek gambar dia, sebab kesian :( Mulut dia macam sakit, asyik meleleh air
liur dan kadang-kadang berdarah. Asyik terbatuk-batuk je, sian sangat.
Tapi, kami tak bawak pergi hospital, sebab kos yang mahal. Time kucing tu sakitlah,
kereta nak rosak, van niaga kami nak rosak, enjin semua rosak. Aku pulak baru habis
belajar masa tu. Makin lama , keadaan beliau makin teruk.
Tapi, aku tak pernah terfikir nak buang beliau. Aku still sayang dia, cuma dia dah tak
leh masuk rumah. Takut air liurnya bersepah kat dalam rumah. Dia duduk di luar je,
dengan kawan dia, Berry (kucing hitam yang skrg menetap kat luar rumah aku)
Sedih, kadang-kadang bila hujan lebat, Oren baring kat Berry, sebab sejuk, badan
dia dah takde lemak lagi :( Aku sedih sangat tengok. :(
Aku nekad, aku nak kumpul duit, and duit tu aku nak biayai kos rawatan oren.
Aku nak dia baik. Aku nak dia gemuk macam dulu, supaya aku boleh panggil dia
arnab buntal, kuda laut dan cempedak lagi macam dulu-dulu...
Hahahaha...
Tapi, dia dah takde dah...dah hilang...dah dekat seminggu lebih tak balik rumah.
Sepanjang dia sakit ni dia tak pernah lagi keluar dan tak balik lama mcam tu.
Paling lama pun 2, 3 hari je..tapi ni dah lama :(
Mak aku cakap, mungkin dia dah mati. :(
Sama je macam kucing-kucing aku yang sebelum ni aku bela, bila dah tua akan
sakit, dan lepas tu hilang tak balik-balik lagi. Mungkin dia tak nak mati kat rumah tuan
yang dah jaga dia selama ni.
Kepada kucing oren saya, semoga awak tenang di sana. Dan kalau awak
belum mati, baliklahhh... :'( kesian kucing berry malam-malam mengiau-ngiau rindu
kat awak, oren :'(
Bye2 sayang saya...
saya mintak maaf, saya tak sempat nak kumpul duit selamatkan awak, awak dah
pergi...semoga awak baik-baik je kat sana ye, :') amin~~
9 comments:
Fie pun ada kucing kesayang even dekat rumah kemain banyak hari tu dia hilang dua minggu. Last2 balik jugak ke rumah. Sabar ye lynn. InsyaAllah dia balik punya.
Xpe lah bukan rezeki dia, igt kucing tu dtg membawa pahala ^^
makanan yg kita berikan semuanya ada ganjaran utk kita kelak inshaAllah ;D
Alaa.. aku pun ada juga kucing yg jatuh sakit lepas tu dia meninggal. Yaa.. sedih. Aku faham kesedihan kau. =(
wah.. sedihnya akak rasa... akak boleh bayangkan perasaan kamu.. akak malas nak bela kucing sebab takut hati terluka lagi kalau jadi apa2 dgn kucing tu...
*Kuda laut? kuda laut mana gumuk.. hehe..
comelnye oren ni! >.< memg rse syg sgtkn bile dr kecik kte bela dia. bila dh jd mcm tu rse sedih sgt.. semoga oren blik ke rmh awk blikif dia x mati lagi.. ='(
jujur hana kata.. hana menagis baca enyty ni. terkenangkan kucing hana yang hilang mungkin dah mati..
selalu kenangkan dia. dia pun selalu tidur dalam plastik. xda kucing lain yang dapat gantikan dia..
fifie : klw dia masih hidup, harap dia balik rumah lah :(
everything : thank you :)
reenapple : sedih kan...
Nong andy : hahaha tu lah kuda laut kemetot je, xtau nape panggil oren kuda laut :p
Haz : oren sgt comel dan bulat dulu, tp before dia hilang, kurus sgt dh :(
Hnahdy : isk3.. :'( sama lah kucing kite suka kena buai dlm plastik kan..wuwu
babe, I nanges baca entry you . I teringat kucing2 I . :( yang mati yang hilang yang lari rumah bawak anak cucu. I risau apa nasib dorang.
I kesian bila kucing sakit sbb dia tak dpat ekpresikan kesakitan dia. dulu ada kucing nama MImi. cantik kembang . baru beranak anak dia pun cantik.
tapi tetiba dia taknak susukan anak dia.padahal dialah ibu kucing paling baik sekali. my mom pelik. sanggup my mom bwk pergi vet. tu lah kucing pertama yg my mom bwk vet. yela kami bukan orang senang:(
doc ckp Mimi kena virus , doc bagi ubat bagai.
tapi tak lama lepas tu Mimi mati jugak.
Mimi macam tau je dia tak boleh bagi susu kat anak dia takut anak2 dia menjangkit :(
kami cuba selamatkan anak2 dia. nak jaga sendiri tak pandai , kami bagi kat makcik ni dia jual kucing2. mintak dia tumpang susu ke apa ke.
pastu lps beberapa hari dgn slumber dia kata org dah amek anak2 kucing tu. lps tu katanya ada yang dah mati la ;(
dia tipu ke apa ke taktahu la, tapi mak i sedih sngt sampai taknak sayang kucing dah :( sobs
Post a Comment