Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 4 October 2012

Kesengalan aku yang tak terbendung dan tak dibedung



Entri ni ditaip sambil muka ditutup dalam sarung waffle bagi mengurangkan risiko
rasa malu ketika menaip.


Antara benda sengal yang aku buat dulu ialah :


1. Kisah tutup phone

Okay, masa ni aku tak tahu lah umur aku berapa, tapi aku rasa dalam aku
tingkatan satu, dua gitu lah. Dan sila tahu yang masa tu, aku belum tahu sangat
apa itu teknologi~
 
Suatu hari tu, masa kat rumah, mak aku mintak tolong aku charge kan handphone
dia. So, aku phone charge kan lah kat bawah. Mak aku kat atas masa tu. Charger
kat bawah, so aku charge lah kat bawah, abah aku ada kat bawah masa tu.
 
Then, mak aku cakap, masa charge tu tutup handphone tu. Mak aku maksudkan
tutup itu adalah off kan handphone lah kan :)
 
 Aku pun dengan bijak dan pandai lagi berilmu ni pun amek lah bantal kecik
kat sofa, lalu aku letakkan bantal itu di atas handphone mak aku. Tertutuplah
handphone mak aku tu di bawah bantal tersebut. 

Abah aku tegur, "Woi, buat apa tu?"

Aku jawab, "Tutup handphone lah..."

Selepas itu, baru lah aku sedar di mana letaknya kebangangan aku. Huh ! Sengal betul !


2. Skrip Bujang Lapuk

Yang ni sampai sekarang aku masih tercari-cari apakah motifnya aku buat macam tu~
Masa kecik, mak aku selalu bukakkan cerita Pendekar Bujang Lapok lakonan P.ramlee
tu. Memang selalu sangat lah aku tengok cerita tu, sampai aku naik hafal dah skripnya.

Dan satu hari, aku memutuskan untuk tulis semula skrip cerita tu. Aku tuliskan
dalam test pad, siap ada babak satu, babak dua. Semua aku hafal. Bila aku tengok
benda tu, aku rasa sangat berpuas hati. Lengkap skrip tu, sebijik macam dalam
movie yang betul-betul ayatnya aku tulis.

Tolong bagitau aku, adakah aku ni berbakat tulis skrip? Hahaha


3. Fanatik movie Titanic

Okay, aku ni memang peminat cerita Titanic. Masa kecik-kecik lagi aku dah tengok
movie ni, tapi aku ingat lagi, dulu-dulu tengok movie guna CD. Titanic ada 3 cd, tapi
aku selalu tak dapat tengok CD 2, sebab diorang cakap yang itu ada censor.
Hahaha...so aku tengok je lah CD 1 & 3 berulang-ulang kali sebab aku touching
gila tengok cerita tu.

Kira aku ni fanatik habis lah cerita tu. Lepas tu, aku terbaca dalam satu Mastika ni,
ada tertulis satu artikel pendek tentang kos perbelanjaan untuk membuat filem Titanic.

And guess what, aku pergi hafal artikel tu dengan bersungguh-sungguh, dan lepas tu
aku try baca artikel tu semula tanpa melihatnya. Bangga gila bila dah dapat hafal
artikel bodoh tu. Rasa macam perghhh, aku memang peminat no 1 cerita Titanic.

Sengal betul, entah apa motif lah aku ni dulu-dulu (-_-')


4. Imaginasi penyanyi kaset

Dulu, mak ayah aku suka dengar kaset lagu-lagu nasyid, aku pun suka jugak.
Bila dalam kereta, mak aku pasang kaset tu dan lagu-lagu yang sama berkumandang
di radio.

Bila kat rumah pun,mak aku pasang lagi kaset tu, lagu-lagu yang sama jugak
keluar. Suatu hari tu, timbul perasaan kesian di dalam hati lalu aku menyuarakan
pertanyaan aku kepada abah,

"Bah, kesian orang yang nyanyi tu, asyik kena nyanyi je,mama asyik
pasang je, diorang tak penat ke?"

Innocent kan aku dulu, comel jek~~hahahaha ;p


5. Err...disket ke dik??

Okay yang ni memang aku mengaku betapa tak up to date nya aku dengan 
dunia luar, ala-ala katak goreng tepung gitu. Kisah ni bukan masa aku ketot-ketot
dulu, tapi masa aku err...mula-mula masuk U tahun 2007 dulu.

Pergi CC dengan bangganya aku bawak disket, rasa macam style je burn folder
dalam disket. Orang sebelah rupanya gelakkan aku, Kuang hajau sungguh !Huh !

Err....beberapa hari sebelum kejadian tu ialah aku pergi  ke library sorang-sorang,
ye aku bawak disket lagi...dah lepas tu nervous apasal PC kat library tu takde
tempat nak masukkan disket ??? Warghhh tolong ! Tolong !!!
 
Nasib aku tak menjatuhkan maruah aku dengan bertanyakan orang kat situ,
mana tempat nak masuk disket, kalau tak~~~~perghhhh !!


Okay, itu lahh kisah sengal dan tak berfaedah yang aku pernah buat dulu.
Entah pape je lah, hadoiyai~~ tapi tu dulu, sekarang aku dah ada wawasan~
(ayat awie dalam zombie kampung pisang)

Aku dah tak guna disket lagi, aku dah tak hafal mana-mana artikel lagi,
aku dah tak tulis skrip lagi dan yang paling penting lagi,


"Aku dah reti off phone !!"


Ngahahahahahahaha. Kbye~Zzzzz



10 comments:

Anonymous said...

Hahahaha entry ni serius kelakar!

Lynn Damya said...

Fyfy : hahahahaha, ala jgn gelakkan malu i~~~hahaha :p

fifie said...

baca yang tulis skrip bujang lapuk tu dah sakit perut tapi baca yang disket tu. ya allah innocent nya budak nie. haha.

Lynn Damya said...

fifie : hahaha ni lagi sorang gelakkan aku :p haha malu je dh besar2 pun guna disket, ish3...

reenapple said...

Haha. kau buat aku gelak di pagi hari ini

Nong Andy said...

1) Aku suka n3 ini.. sebab kelakar dan buat aku gelak sensorang..

2) Ko memang sengal tahap.. akakaka.. tahniah dah pandai 'tutup' fon.

3) lucu tgk gambar org tutup kepala itu ahahaa.. aku sedang bayangkan kau tgk buat macam tu.. (tapi hebatlah boleh taip juga sambil tutup kepala) :p

last sekali.. Aku mula fikirkan apa kesengalan dulu yang aku rasa macam nak terjun dlm kolam.. haha. terima kasih kerana taip n3 ini walaupun ko malu :D

::CIK LYNN:: said...

hahaha...seronok bca entry akak ni...=p actually time kcik2 dlu pn sy ada tpikir cam imaginasi pnyanyi kaset tu tp dlm versi video tape..(maklum la dulu2 xda cd...hehe)

hnahdy said...

yang paling sengal antara yang sengal adalah tutup handfon.hahaha

Lynn Damya said...

Reenapple : hahaha :p

Nong andy : haha thank you2~ :D aku memang hebat menaip smbil memakai sarung di kepala~ sila ingat kesengalan anda dan update entry ye, aku nk gelakkan ko pula, haha :p

cik lynn : haha thank you dik :D, haha

hnahdy : tahuuuuu xpe ! tp skang aku dh reti tau~ haha :p

cici tembikai said...

hahahah kelakarnya bee -,-'

I handphone okay . lappy je kot bangang sikit -,- sikit je lah . I tak kenal beteri laptop and i try berkali2 utk on . my dad pulak sangat 'helpful' dgn melihat saja -,-'' and it happen when i was 18 okay -,- err kecik lagi kan ? hahahaha