Happy Three Friends

Miss Money

Thursday 27 December 2012

Akhirnya Seoul Garden bersama family

Alhamdulillah, tercapai jugak hajat aku nak bawak satu family aku
melantak sambil membesarkan diri di Seoul Garden. Minggu lepas
adik aku balik. Dan aku jugak dapat cuti satu hari pada hari bekerja.
Terus aku plan baik punya, sebab kalau hari bekerja, tak ramai
sangat :D

Sampai je, aku target dalam Rm 120 lebih je (sebab 4 orang dewasa)
sila tengok senarai harga ni :

 
Tapi kan, jangan haraplah semurah itu, sebab aku bayar hari tu dekat Rm 150 !
Wuwuwuw, bankrup aku. Damn sangat services charge sampai Rm12 lebih,
gov tax pulak dekat Rm6. Jahat tau~~

Sampai, memang aku tak sempat dah lagi nak snap sebarang gambar, sebab 
memang dah kelaparan. Terus je ngok ngek ngok ngek melantak bersama-sama.

Ni mak abah aku. Memang aku paksa diorang makan habis-habisan sebab
tujuan utama aku bawa diorang ke sini supaya diorang dapat rasa makan 
seperti orang Korea, hahahaha... tapi abah aku makan sikit. Berikut adalah
perbualan aku dengan abah masa tu :

Aku : Bah, makanlah daging ni haa..makan je banyak-banyak..

Abah : Tak minatlah abah..abah rasa macam harimau je kalau makan daging
je...(abah aku prefer vegetables je, daging sikit-sikit je)


This is my mummy. Birthday dia baru je lepas, 26 Dec. Hehehe, sayang mak !

Ini anak-anak mak abah aku (u_u)

Owh nak tau, lepas makan tu, aku dengan mak aku singgah restroom. Dalam
tu, tetiba je mak aku jadi excited sambil cuit-cuit aku. Dah kenapa mak aku ni?
(-_-')

Rupa-rupanya, ada si pelakon lawak tu Amyza Adnan dalam restroom tu dengan
anak kecik dia. Haha sila tahu yang mak aku ni mata dia memang pantas je cam
artis-artis yang ada di sekitarnya.

Dan beliau sangat excited bila jumpa artis. Adakah aku terkena tempias sikapnya
itu? Ahaks,mak aku siap tunggu depan restroom tu semata-mata nak ambil
gambar dengan dia. Haha

Nasib dapat, kalau tak mau tak boleh tidur mak aku malam tu, hahaha :p

Owh ye, mata mak aku memang luarbiasa. Dulu mata dia ternampak Abby Abadi,
Liza Abdullah, Que Haidar...paling latest masa kitorang window shopping di JPO,
boleh dia terperasan pulak ada Sharifah Shahira dalam outlet yang dah tutup tu.
(-_-') 

Owh, lepas tu kan, masa ontheway balik daripada makan-makan tu, ada satu hotel
ni macam cantik dan comel sebab dia colourful.


Sekarang ni, aku cepat penat lah. Even kerja tak banyak bergerak, tapi mata jadi
letih sebab terbukak je mengadap PC.Sejak aku kerja ni, rutin harian makan tengah-
tengah malam dah tak boleh nak dibuat, sebab asal balik je, aku terus tidur awal.
Adoila~~~

Ni pun tabah je update blog~ Ada masa aku bW blog korang ye, maaf lama tak
jenguk. Take care all (n_n)...

 

6 comments:

cik nana said...

oh hotel ni pernah perasan jugak. sbb cantekk..Bliss Boutique Hotel kot dkt dgn plaza Pelangi kan. hihi

Anonymous said...

Wah bestnya! Mesti sedap kan? Bila nak belanja fy pula ni? Hihiks!

Lynn Damya said...

cik nana : haha eh ni Seoul Garden lah, dlm KSL City jb, tp mmg area dekat2 plaza pelangi :D

Fyfy : haha, nak kena kumpul semula Rm 150 nih :p

Sarah Mohd Saleh said...

sejenis makanan cemne tu?

Nong Andy said...

amboi makan...

bila mau belanja akak makan situ.. kan dah kerja hehehe... dah ada duit gaji kekekekek

Lynn Damya said...

Sarah : haha foodnya ala2 meat BBQ and soup...try lah pergi, best ! hehe :D

Nong Andy : haha gaji ade tp belum cukup je lg kak oi~~ :p