Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Saturday, 29 December 2012

Pernahkah korang tertelan gula-gula getah??



Hahaha pernah? Bila tengok benda ni je terus aku teringat kisah aku masa kecik-ketot dulu. Balik sekolah agama, naik motor. Mak aku amek, bawak adik aku sekali. Dia pun baru lah 2,3 tahun je kot~ Aku singgah kedai, macam biasalah nak beli jajan~ Haha..

Selama ni aku memang tak pernah nak beli chewing gum sebab takut tertelan, tapi kenapa entah hari tu aku rasa macam dah cukup ilmu dan keyakinan agaknya nak try chewing gum, so aku beli. Perisa blueberry okay, aku ingat lagi :p

Aku senyap-senyap bagi adik aku sebiji, saja nak bagi dia rasa. Sambil naik motor tu, kami kunyah gula getah tu. Mak aku pesan kat adik aku,

"Mar, gula-gula tu jangan telan tau !"

Sekali adik aku cakap, dia dah telan. Gulp. Aku dah cuak. Mati aku lepas ni mesti mak aku salahkan aku sebab bagi dia makan gula getah tu. Dan kerisauan melampau tu menyebabkan aku
terus campak buang je 2 kotak gula getah yang aku beli tu.

Piuuuunggg~~~~~

Sampai rumah, mak aku try jolok tekak adik aku, dengan harapan gula getah tu dapat dikeluarkan, hahaha tapi tak dapat pon :p

P/s : dulu aku takut gila kalau tertelan biji limau, sebab orang cakap nanti tumbuh pokok limau dalam perut. Jahat betul~ T_T 


5 comments:

-meeSUPERGIRL- said...

sengaja telan pun pernah . hahahha

Lynn Damya said...

Mee : hahaha ko mmg luar biasa (-_-')

reenapple said...

Err.. aku selalu je telan chewing gum tu sebab malas nak buang sesuka hati.. ehehe.

#tak boleh blah yang yng pokok limau tu.. Tapi aku tak pernah telan.. eheheh

yong propaghandi said...

dulu aku pun pernah tertelan...dan ya..aku rasa yang aku nih dah nak mati.hahaha

Anonymous said...

babe, my mom tak bagi i makan chewing gum sbb i takut tertelan. tapi sbb i nak sgt my mom pun bagi dgn syarat half je ( dulu yg famous wrigleys tu) and kunyah dpn dia 2,3 kali pastu buang -,-' hahah sampai skg i tak suka chewing gum . hahahaha and and i selalu telan biji limau klo order sirap limau . hahahaha - cici