Happy Three Friends

Miss Money

Saturday 26 January 2013

These Three Things ;)

Salam semua :) Dah lama rasanya aku tak update pasal diri sendiri dalam blog ni.
Hihi. Konon buzy ya amat, tapi sebenarnya memang agak buzy lah, hehe :)

Sekarang aku memang balik keje dah jarang bukak laptop. Ngantuk gila weyhh~~
Penat ! Tapi apa pun aku suka keja aku. Tapi, serius, bukan pasal gaji or apa-apa
yang boleh membanggakan aku. Memang kadang aku terfikir, kalau aku kerja kat
KL or Shah Alam, confirm gaji aku cecah 2K. TAPIIIIIIIII..........
sebelum aku sempat merungut pasal kerja aku sekarang ni, aku terlebih dahulu
sepatutnya bersyukur, sebab Tuhan sebenarnya dah makbulkan doa aku :) iaitu :

1. Kerja yang dalam masa yang sama, aku boleh jaga mak abah aku.

Sekarang aku kerja, dekat je dengan rumah aku. Memang aku tinggal dengan
parent aku. Senang. Selesa. Transport pergi balik kerja pun tak jadi masalah. Ada je,
Alhamdulillah. Pernah terdetik, aku nak nekad je kerja jauh-jauh, konon nak dapat
gaji banyak so boleh belikan family itu ini, tapi....serius aku tak sampai hati bila
mengenangkan, yang aku dah lama gila jauhhhhh dari family dan inilah masanya aku
duduk rumah jaga diorang. Bila lagi kan? Lepas ni kalau ditakdirkan aku sampai masa
untuk berumah tangga, aku kena lebihkan suami dan keluarga mertua :( Sedih nanti,
jadi aku kena ambil masa ni lama-lama dengan mak ayah dan adik aku.

My Family (n_n)
 2. Kerja yang dalam masa yang sama, aku boleh tolong parent aku niaga

Yup, pada yang tak tahu, dah lebih 6 tahun mak ayah aku berniaga kat pasar malam.
Duit yang aku gunakan untuk belajar, duit yang aku gunakan untuk bersuka-ria menonton
wayang, berkaraoke, makan di restoran-restoran mahal, shopping dan lain-lain lagi kononnya
dengan alasan melepaskan tension, duit yang kadang-kadang aku guna untuk belanja orang
tersayang dan kawan-kawan semuanya hasil jualan pop corn dan ice blended mak ayah aku
kat pasar malam. Aku takkan lupa semua tu.

Dulu waktu aku masih belajar kat U, aku memang sedih gila tak dapat tolong mak ayah
aku niaga. Dan sekarang, aku dah habis study, jadi takde masalah nak tolong, kecuali
kalau aku penat gila kerja satu hari tu. Haha :p

3. Kerja yang dalam masa yang sama, aku boleh tetap jalankan bisnes craft aku

Promotion terbaru Hummy Lovey : Siapa Cepat, Dia Dapat !! :D
Hohoho ! Ini serius sangat berbaloi, dan aku tersangatlah sukanya pon adoi sebab bukan
senang weyh nak set up bisnes ni. Lagi-lagi kalau bisnes sendiri-sendiri dan produk sendiri,
takde partnership bagai. Hoo kalau disiplin tak kuat, boleh lingkup bisnes maa....

Alhamdulillah, setakat ni aku belum pernah terdetik untuk tutup terus bisnes craft aku tu.
Sekarang ni, memang proses pembuatan agak lambat sebab aku nak kena bahagikan masa
kepada tiga; kerja - niaga - buat craft. Tu yang aku punya bisnes skang agak slowww je,
tapi takpe! Slow-slow dulu, biar Hummy Lovey aku tetap beroperasi, mula dari bawah babe
:D Hehe

Hmmm...(n_n) so, apa lagi yang aku nak selain dari tiga benda ni? Benda yang selalu aku
doa-doakan, tanpa aku sedar dah pun aku dapat. Alhamdulillah. Dan ada orang tanya aku,
tak nak kerja tempat lain ke? Hehe aku senyum je, kalau aku jawab pasal tiga benda ni pon,
mesti diorang tak faham, nak melawan juga or pandang rendah kat aku. :p


Whatever dear, aku happy tau macam ni. Lagipun, kat ofiz aku, boleh online, hahahaha...
balik ikut office hour~ bos suruh aku overtime, pun aku taknak. Hahaha >_< !

Owh and lagi satu, buat masa sekarang ni, kalau ada yang mempertikaikan apesal aku tak
nak sambung study lagi, sorry lah dear, memang aku dah takde hati lagi nak belajar.
Penat lahhhh, sorry to say aku memang bukan jenis perempuan yang bercita-cita tinggi :D

Aku rasa masa untuk aku study tu terlalu lama dan terasa rugi, baikkk aku duk rumah
manja-manja dengan family dan kucingan aku yang comel-comel tu. Hihi (n_n)


Okay tu je coretan panjang aku ni. Ish3 memang panjang betul aku rasa ni. Thanx sudi
baca ! (n_n)


4 comments:

Anonymous said...

hehe, entri mmg panjang. Kite bce yg three things je n tgok gambar..^^ best nye kalau camtu. Snang :)

Anonymous said...

okeyla tu...

kalau niat baik pasti dirahmati kan :)

Puan Kutu said...

apa yg Allah aturkan utk kita adalah terbaik..takde apa yg lebih membahagiakan selain dekat dengan famili sendiri..mak yah kita yg utama.semoga dirahmati..:)

cici tembikai said...

babeee i pun nak macam tu jugakkkk =( kalao keje jauh2 gaji 2.5 tapi kena fikir tambang petrol makan blablabla, i sampai terfikir nak keje warung bwh flat je -,-' tapi mcm hampeh pulak kan. kalau i tokey takpe ni belajar tnggi2 nak sama dgn pekerja indo. aish takleh . hahahahah