Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Saturday, 6 July 2013

Tips Isi Minyak

Salam and hi all. Amboi, isi minyak pon kereta pon nak kena ade tips ke? Haha, sebenarnya
aku ada dengar jugak orang cakap, yang bila kita isi minyak, ada sejumlah minyak yang
akan disedut semula balik kepada pam minyak tersebut. Aku fikir gak, macam mana
keadaan tu boleh berlaku. Tapi, lepas aku baca satu artikel ni, aku rasa ia memang menjelaskan
rasional keadaan itu.



Bila anda isi minyak...JANGAN ISI SAMPAI PENUH !

Sebab :

Ramai antara kita yang tidak sedar kewujudan 'return pipe-line' (tiub pengembalian) di
stesen-stesen minyak. Apabila tangki petrol (dalam kereta) mencecah aras 'Penuh', terdapat
satu mekanisma yang menyebabkan injap petrol itu tertutup dan dalam masa yang sama,
tiub pengembalian tu terbuka bagi membolehkan minyak petrol mengalir semula ke pam minyak.
Tetapi, bila keadaan ini berlaku, meter minyak anda telah pun mencecah kepada 'penuh',
bermaksud anda telah 'mendermakan' semula petrol kepada Oil Dealer itu.

Tips-tips Lain :

1. Isi Minyak Pada Waktu Pagi

Waktu pagi adalah waktu yang dikatakan paling ideal untuk mengisi minyak kerana suhu lantai
stesen minyak masih rendah (sejuk). Perlu diingat bahawa semua stesen minyak mempunyai
tangki simpanan minyak di bawah tanah. Jadi, semakin rendah suhu permukaan lantai, semakin
padat zarah-zarah minyak tersebut. Manakala, ia akan mengembang pada waktu tengahari dan
petang, jadi bacaan liter anda bukanlah bacaan yang sebenar.

Dalam urusan jualbeli petroleum, keadaan tertentu seperti tarikan graviti dan suhu minyak petrol,
diesel dan bahan api jet, etanol dan lain-lain produk petroleum sangat memainkan peranan yang
penting. Naik 1 darjah Celsius pun, dah kira macam masalah besar dalam bisnes petroleum.

2. Elakkan guna 'Fast Mode'

Pada bahagian pemegang pam minyak tu, terbahagi kepada tiga mode iaitu Low, Medium
& Fast. Sebaiknya, hanya gunakan mode 'Low' supaya wap yang terhasil ketika minyak
sedang dipam, dapat diminimakan. Semua hos pam minyak, mempunyai tiub pengembalian.
Jika anda mengepam minyak pada mode 'Fast', sesetengah cecair minyak yang masuk ke dalam
tangki kenderaan anda akan berubah kepada bentuk wap, dan wap-wap tersebut akan disedut
balik semula kepada pam minyak dan kembali kepada tangki simpanan minyak di bawah tanah.
Jadi, ini akan merugikan wang anda.

Untuk lain-lain tips isi minyak boleh rujuk Sini

Haa tu dia, thanx lah kepada encik google translate yang membantu aku translate certain word
yang aku tak tau pe maksudnya tu, untuk diterjemahkan dalam entry ni sebab entry asal dalam
English. Harap tips-tips ini bermanfaat lah ya, tapi kan...


"Kalau minyak dah nak habis,
nak wat camnooo laieeee....
isi je lahhhhh, ye dakk??"

Hahaha !


10 comments:

reenapple said...

tIPS berguna ni... huhuhu. nanti aku ada kereta aku ikut tips ni.. ekekeke

Sarah Mohd Saleh said...

Haha, smpai nak isi minyak pn de tips jugakkk. Tp aku br tau gak ni.heh thankss babe

Gugu Soriano said...

tips nak ngorat lelaki plissssssssssssssss . . hahaha

nuyui a.k.a miss YUI said...

Tips berguna.. bab isi pg2 mmg yui wat..

Nong Andy said...

Halalkan aja la kalau cengitu hehehehe

aisya said...

selalu isi minyak tgk malam.. org kata, isi minyak masa suhu sejuk.. org kata lah.. lepas tu, isi sikit2.. tp kalau nk cepat tu mmg main isi je lah.. tak kuasa nk lama2..

hafiz hafizol said...

tips seterusnya jangan isi minyak di Petronas . Isilah di Caltex. hehe

Lynn Damya said...

Reenapple : haha aku pon bg tips je,lom ad kereta lg :p

Sarah : haaaa kann :p

Gugu : hahah, kau igt aku doktor cinta~~~haha

Yui : :D

Lynn Damya said...

Nong Andy : kau mmg baik hati, kak :D haha

Aisya : haa yup2, malam pon boleh :D

Hafiz : really? haha

Cik Puan Rara said...

heheheh rara selalu isi mlm.pas ni isi pepagi lah.hehe