Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 4 July 2013

Rasa yang tak berperasaan

Salam semua. Lama tak update, nasib blog aku belum ade labah-labah lagi. Hmm...
Lama juga tak blogwalking, nasib kawan-kawan blog aku masih sudi singgah sini
dan tinggalkan komen, terima kasih :)

Sejak last aku update hari tu sampai laa~ ni, memang terasa nak update tapi rasa
macam tak tahu apekebenda yang aku nak citer. Blank.

...

Sampailah sekarang ni, masih blank sebenarnya. So, aku boleh kategorikan entry
aku kali ni adalah entry luahan perasaan semata-mata. Hmm...

Owh ya, sekarang ni, aku rasa macam dah bosan bekerja. Haha, dulu aku cakap
orang yang bosan bekerja ni, tak reti bersyukur. Bila takde kerja, merungut, tapi bila
dah dapat kerja, bosan lah..malaslah..
Akhirnya bila aku dah bekerja, baru aku faham macam mana situasi bosan ni boleh
berlaku.
Rutin harian yang sama - Kesibukan lalu-lintas yang sama-
Kesusahan untuk mendapat bonus apatah lagi naik gaji even kau perform pon,
adalah antara faktor mengapa situasi ini akhirnya terjadi...



Dan aku rindu pada diri aku yang dulu
Yang boleh stay up memalam buta sampai 3-4 pagi, dan bangun dengan segar je pada
keesokan harinya
Yang boleh bernafas dengan lega setiap kali aku menarik nafas
Yang rasa sihat sepanjang masa...cuma sekarang
Masa macam berlari pecut tinggalkan aku
Sedar-sedar dah habis hari ni...sedar-sedar dah habis bulan ni...tahun ni....
Cepatnya !
Sekarang, balik kerja, serius mengantuk gila
Tidur paling lambat jam 1 pagi
Apakah?
Lepas tu, aku selalu sesak nafas. Aku tak tahu kenapa.
Tapi aku rasa, sebab sekarang aku banyak terdedah dengan habuk dan asap masa
aku balik kerja naik bas...hmmmm
Sakit tahu :(



Owh, memang sejak kebelakangan ni, aku asyik rasa letih dan penat je, selalu mengantuk,
tapi semalam, masa aku tengah busy tolong mak ayah aku kat pasar malam, aku tersedar
something...

Memang aku rasa tak sihat, tapi aku perasan yang kalau aku masa aku tolong mak ayah aku
berniaga, aku tak rasa penat langsung! Dan aku rasa itu magic! Haha :D Alhamdulillah,
mungkin sebab aku ikhlas kot ?

Owh lagi satu, aku perasan...gaji aku tak banyak tapi Alhamdulillah, masih cukup dan aku
tak perlu meminta. Masih cukup untuk aku bagi-bagi sikit kat parent dan adik aku, masih
boleh aku belanja beli barang untuk diri sendiri, dan masih cukup untuk aku sedekah sikit
dekat orang-orang susah. Alhamdulillah...



Kadang aku macam hairan sendiri, macam mana boleh cukup? Tapi bila fikir balik, aku rasa
ia cukup sebab aku langsung tak terniat nak beli benda-benda trendy yang wujud sekarang ni.
Ya, maksud aku macam smartphone, Ipad, tudung yang bertingkat-tingkat yang mahal tu,
baju-baju kurung moden yang harga beratus tu, serius. Aku tak kisah semua tu.

Aku cuma nak senangkan mak ayah aku, family aku, dan masa depan aku. Itu yang penting.
:)

 

Hmmm....apa lagi ya nak tulis?
Macam panjang sangat je ni...ada orang baca ke? Hehe
Terima kasih kalau baca, kalau tak baca pon xpe, sebab ini memang entry luahan perasaan
yang tak berapa nak rasa sangat...

Okay lah..dah nak balik kerja ni. Take care semua.
Aku masih tak berperasaan sekarang nih.

:)

9 comments:

Gugu Soriano said...

aku pon penat reen ., penat sangattt

Gugu Soriano said...

silap taip name plak =.=''

ehem lynn :3

reenapple said...

Uhuuuu.. aku faham. Bila dah masuk alam kerjaya memang penat walau akku tak alami lagi. muehehehe.

Jaga diri bebaik.. :)

#tetiba aku nampak nickname aku kat sini.. ekekek

Rapunzeel Cikilolo said...

setuju dengan cakap ko...

one thing sebenarnye...

kau perlukan cuti

:)

Tinta Lana said...

Salam.

Kadang2 pelik kan, kita ni muda lagi, tpi penat mcm pa je,hahaha. Eh, ak bukn ckp ko, ak perli diri sndiri ni.

Ak jeles tgk org yg lebih berusia lagi bersemangat dari ak yg muda. Tapi, bila tgk situasi, mmg memenatkn pun. Duk zaman skrg ni, smua benda kita buat, mcm2 terkejar2. Apa yg dikejar tak tahulah. Nak kata kejar duit, tak cukup2 ak rasa.

aisya said...

alhamdulillah.. =)

Nong Andy said...

Akak baca dari atas smpai bawah...

Pastu blank xtau nak komen apa..

Yg akak tau gambat paling last tu ko pernah lukis.. sgt memorible la gambar tu heeeeer

Apa pun itu la lumrah hidup kita ni...


Pendek kata akak pun bohsan gak keja...


NAK CUTIIIIIIII

cik kiwi's said...

hai lyn. bosan pi kerja? ape kate carik benda yang best dekat tempat kerja tu. maybe boleh bagi semangat untuk pergi kerja hari hari. :))

Joo Ensen said...

hi, I just read this post and it is quite interesting to share that kind of feeling. I actually face it now and this is my fourth year working under the same department.

What are the solutions for this matter is doing what make u happy in ur workplace and have urself a holiday/traveling. When u do that, u will comeback as a new spirit :) Hope this can help u and motivate u^^

Seeya, hope u can drop by at my blog too :P

Bye for now.